Friday, 16 August 2013

0
Komen

Berbuka Bersama Mertua

Aku balik ke Kelantan 2 hari sebelum raya
So aku berkesempatan untuk berbuka dan bersahur
kat umah sendiri dan juga rumah mertua
Kan ada 2 biji rumah sekarang. hehe
Berbuka puasa umah aku tak lah semeriah umah mertua

Mana tak nya aku cuma 3 beradik je
tapi belah ES plak 9 beradik. Opcorse lah
rumah ES lagi meriah. Aku memang raya bermakna raya tahun ni
sebabnya dah bergelar sebagai seorang Isteri.hahah

Majlis buka pose kat umah aku just makanan di hidangkan atas meja and terus makan di meja sebabnya kami bukan ramai pun
hahahaha.. Yang ada sekarang ni cumanya
papa,mama, adik, mak alang (aunty), aku and ES je lah
Memang ngam2 dengan meja makan umah aku

Tapi umah ES mana boleh duk atas meja sebabnya semua
dah kahwin and juga ada anak2.
kebetulan plak time 2, memang buat makan
ala kampung lagi lah syok.
Aku memang suka ulam2 ni.
Meriah lah wei....

Ni baru separuh taw makanan,
Atas meja ada lagi. Lagi pun,
disebabkan ramai sangat, aku solat dlu dengan ES
Then baru makan. Kiranya 2nd round lah. haha

Kalau nak tahu berapa ramai yang berbuka korang boleh bilang gelas air yang ada 2. 2 pun ada yang share2 taw

Aku tak dapat nak tangkap picture ipar duai aku
sebabnya tak pakai tudung. So aku boleh snap picture makanan
je lah. huhu

Berbuka puasa sebelum raya korang punya macam mana?

0
Komen

Hadiah @ Hantaran Perkahwinan

Salam semua.. Masih dalam mood raya kan?
Ingat taw kawan2 makan harus berpada2
sebabnya perut ni dah terbiasa dengan makanan
sedikit di bulan pose
Ke bulan pose pun u all memang makan
banyak gak?

Okey... ni aku nak share sesuatu dengan u all semua
Ni tentang kurma yang aku pernah bercerita dengan
hangpa semua. Ingat lagi ke x?
Ni sekali lagi aku nak bagiataw kat korang
Rupanya kurma ni datangnya dalam banyak bentuk
Aku sendiri terkejut and teruja bila melihatnya
Macam boleh di buat sebagai hadiah, hantaran dan
sebagainya sebabnya cara susunan dan kotaknya lawa sangat2

Kepada sesiapa yang nak kahwin/tunang and masih
mencari barang lagi, aku syorkan ni boleh
dijadikan sebagai manisan.
So sweet and nice.

Sayangnya tak jumpa yang macam ni time aku kahwin ari 2
Kalau tak, memang dah lain dari yang lain
Harga yang diberikan adalah berpatutan sebabnya
ianya boleh di hias dan di tempat
mengikut budget masing2
Ikut suka korang lah nak berapa ringgit pun

Ikut lah kemampuan masing2 okey..

Okey..untuk yang ni, kotaknya bersulam manik
Jangan korang ingat ianya sekadar lukisan
manik okeyyyy
Bagi aku yang ni memang elok di jadikan sebagai hadiah
Dari korang duk bagi barang2 yang orang tak leh guna,
Baik lah bagi makanan. At least bila orang makan, dapat
pahala pada si pemberi.


Ni lah kurma yang belah dalamnya.
Cantikkan? Aku plak yang teruja taw

Ha.... ni lah aku cakap boleh dijadikan sebagai hantaran
Memang molek sangat2 lah taw sebabnya bekas dia pun
ada cermin. Boleh nampak isi dalamnya apa.



Selain dari 2, boleh juga di buat sebagai hamper.
Semuanya mengikut budget masing2 ok.
Cakap je berapa badget korang and apa yang korang mahukan.

Seperti biasa, semuanya boleh terus di emelkan kepada
nurfarhana1418@gmail.com

0
Komen

Takziah Kepada Officemate

Puuuuuhhhhhh..puuuhhhhhhhh...
haacem..haacemm..
Uikk banyaknya debu kat blog aku ni
Apa2 pun

Assalamualaikum dan juga Selamat Hari Raya
Cerita raya bakal menyusul.
Ni aku nak ucapkan Salam Takziah kepada officemate
aku yang baru kehilangan ayahnda tersayang.
Semoga roh beliau dicucuri rahmat
Aku datang office semalam, boss aku kol and bagitaw
yang officemate aku baru sahaja kehilangan ayahnya

Then terus mengatur kereta untuk melawat dia d
Kuantan Pahang. Aku pergi bersama beberapa orang staff sini
ke Kuantan yang memakan masa 3 jam. 
Kami bergerak ke Kuantan pada jam 9.00 and sampai pada jam 11.00.
Kami tidak sempat tengok jenazah kerana telah selamat di kafankan pada jam 10.00 pagi. 

Ni adalah antara hasil kutipan aku dari umah Kak Ita ni
Aku memang rembat semua yang ada.
Yang 2 durian, pisang, pucuk ubi, ulam raja dan juga kacang botol. Bukan setakat 2 taw, aku siap ambil akar2 pokok untuk ditanam. hahaha

Tengok lah keenakan para jejaka sekalian menikmati
durian kampung yang memang best
Geng2 perempuan berpuasa, so tengok je lah.



Tengok lah buah durian ni. Memang enak lah. Kak ita tengok durian pun dah tak lalu. hahaha

Ni kacang botol.Yang muda2 semuanya aku dah rembat
Aku dengan kak Noor yang rembat. hahaha
Habis yang lain nampak macam tak berminat je
Ke malu??????? haahhaha


Okey... meh aku kenalkan kepada yang tidak kenal
Yang berduri 2 durian, pucuk2 yang depan sekali 2 pucuk ulam raja. Yang banyak 2 pucuk ubi. Sebenarnya aku tak makan pun pucuk ni, tapi aku ambil sebabnya may b ES suka.
Lagi pun boleh blaja2 makan

Haaaa.. ni lah Kak Noor

Sebenatnya aku juga ada belikan satar dan juga keropok losong tapi lupa nak snap picture lah.
Apa2 pun, terima kasih ke Ayah and Mak Kak Ita yang sudi menerima kedatangan kami walaupun tanpa di rancang. hehe
Terbaik lah makanan semuanya dari kebun


Sunday, 4 August 2013

0
Komen

Solat Perfume

Salam semua.. Aku nak bercerita mengenai 
Solat Perfume
Korang pernah dengar x?
Tapi mesti pernah tengok kan? Aku rasa ramai sekarang
ni yang niaga perfume ni
Terutamanya kat Jalan TAR.
Aku pun nak bagitaw tentang perfume ni.

Perfume ni memang boleh di bawa untuk SOlat
Terbahagi kepada yang lelaki dan perempuan
Boleh beli 1 per 1 @ 1 box terus
Memang tak jadi masalah

Perfume ni adalah antara yang telah di baca ayat2
suci alQuran dan tak boleh dilangkah
Sangat2 sedap baunya..



Aku betol2 minta maaf sebabnya korang terpaksa baca cam ni.Aku bukan tak rotate k tapi aku memang dah berkali2 cuba tapi tak dapat. Last2 aku fed up. hahahaha

Korang semua boleh beli 1 per 1 @ ambil terus sekotak. Ni dah rongak sebabnya ada orang dah ambil. hehe




yang warna pink kotak untuk perempuan.


Yang ni plak untuk lelaki. Aku memang tak tipu and serius aku kata yang sedap. Memang langsung tak rugi kalau korang semua beli. Perfume dia tahan sangat2 lama walaupun murah. Bukan macam yang korang beli kat tempat lain. Pakai sekejap dah hilang.


 For those who are interested with this, can contact me by email.. AKu memang akan sedia menjawab.....

Beli 1 - RM 10.00
Beli 1 kotak  - RM 50.00
0
Komen

Shopping Untuk 2 Rumah

Lepas kahwin ni mesti lah ada 2 biji umah
Rumah aku dan juga rumah mertua
SO, aku harus lah adil nak tido umah sendiri
@ umah mertua. Umah mertua pun best sebabnya
suasana meriah jugak
ES je yang akan boring sikit duk umah aku
sebabnya dalam umah 2 hanya papa aku je laki. hahaha

Aku dah plan dengan ES nak balik kampung ni nak 
beli siap2 barang dapur kat sini
sebabnya murah2... Ce teka kat mana....
Haruslah di Hero Hypermarket 
Kan aku memang suka shopping kat sini

Harus lah ambil 2

Cuba lah korang bayayangkan,dengan troli penuh ni ES dah bimbang takut harga cecah 200++ sebabnya memang semua barang ambil double2. Tapi nasib lah tak sampai pun 200. AKu sendiri pun amat lah terkejut. Kan aku dah kata yang pasaraya ni memang murah sangat.


 Memang penuh dalam kete. Nasib baik lah sepupu aku tak jadi tumpang. Kalau balik sama gak memang berat lah kete sebabnya barang dia pun memang banyak. hehehe. 
Beg aku dengan ES pun dah 2 beg taw. Dah lah berat
Buh apa dalam 2 pun tak tahu lah sampaikan
berat cam 2. hahahaha
0
Komen

Berjalan Mencari Baju Raya

Salam semua.. Raya makin dekat
u all semua dah sampai kampung ke?
Ke ada yang terpaksa beraya berjauhan dengan keluarga?

Aku akan bergerak balik Kelantan tengahari esok
Lepas kije terus shoot balik kampung
Harap sangat sempat berbuka kat kampung.heheh
Sepanjang puasa ni mana balik lagi. 

Weekend ni aku kuar mencari baju raya.
ES dah ada baju raya (baju time tunang ari 2)
Baju 2 memang elok lagi sebabnya ES baru je pakai sekali.
So, aku nak elakkan pembaziran, ES pakai je lah yang 2
Nak pakai baju akad nikah, takut nampak sangat sebabnya
warna putih. Kan, terakad nikah kali ke 2. hahahahah
Aku plak yang susah nak mencari baju untuk ikut warna
baju melayu ES

Tema kali ialah....................Pink Belancan
Aku usaha gigih walaupun penat teramat2 taw
3 hari berturut2 cari baju aku. hahah
ES walaupun penat tetap gagahkan diri teman aku
Aku plak rasa bagaikan nak berbuka je pose sebabnya
panas yang terik and juga penat

Korang bayangkan erk, aku ke Kenanga, Jalan TAR, ChowKit, WangsaMaju, Seri Rampai, AMpang Park,Setiawangsa, Bangunan MARA
tapi langsung tak de yang berkenan 
ES nampak macam dah fed up tapi 
nasib dia nak jugak ikut wife dia ni. heheh. 

Time aku naik ke Bangunan MARA, aku berjumpa dengan geng2 yang comel..........

Comel teramat2... Putih melepak muka dia

Aku tak gemuk tapi ni LIsdawati sarungkan aku jubah dia, Dia nak kasi aku try, so aku ikut kan je lah. hehe. Then bila dah siap dia plak yang suh ES ambil pic kami. hahahaha. Terbalik plak

Ni baju yang ke 2. Dia jugak yang request ES suh tangkap pic kami. hehehe. Kiranya hebat jugak lah aku. Artis yang request nak bergambar denga aku. hahaha. Padahal baju ni aku try je, tapi nampak cam aku memang pakai.


Yang ni banyak jugak aku sempat sedut ilmu2 masakan dengan dia. Master Chef Selebriti lah katakan

Baju raya aku akhirnya jumpa juga... Kat mana and baju apa, kena tunggu lepas raya k.Baru lah suprise sikit
kalau dah tunjuk sini, xde lah suprisenya.. hehehe

Beg dah pun siap kemas untuk balik kampung esok..
Memang tak sabar
Doakan perjalanan kami selamat

Friday, 2 August 2013

0
Komen

Majlis Khatam Al-Quran

Salam semua. puh.puh..puh..
Berdebunya blog aku ni.
Dah lama tak menyinggah disini kan?
Aku plak bz memanjang
Mengalahkan big boss aku.
Mesyuarat sana, mesyuarat sini.

AMARAN - ENTRY NI MUNGKIN AGAK PANJANG
2 hari lepas aku joint majlis khatam Quran
Dah joint tadarrus haruslah joint gak khatam Quran ni.
Majlis ni buat kat Masjid Khalid Al-Walid (masjid tentera)
Walaupun masjid ni dekat je dengan aku, tapi tak pernah pun lagi
solat kat sini. ishhhh teruk benor

Masuk je masjid ni memang aku tergamam dengan kecantikkan
and juga besar sangat2 masjid ni



Masjid ni tak de rak. Semua buku2
ilmiah/ Quran/ apa2 je bahan bacaan semuanya disusun cam ni
Ni sebenarnya adalah tiang
Unik sangat bagi aku... @ aku yang kuno?

Lama sangat aku pk, apakah benda alah ni. Speaker ke?
Rupanya baru aku tahu yang ni adalah aircond. hahaha



Majlis ni kebanyakkan tentera
Ye lah, aku kan kije dengan geng2 tentera. So awam berapa ramai sangat lah yang ada.

Kak Ma dan aku yang kuit

Sebenarnya ramai tapi ni aku ambil time diorang semua tak sampai lagi. Bila diorang dah sampai, aku plak segan nak bergambar. huhuhu


Yippi dapat hadiah. hehe



Group aku yang tadarrus. Sebenarnya 4 orang tapi Kak Kam, dari awal lagi dah cabut. Dari kiri Kak Mai, Kak Ma dan .........

Kat masjid ni setiap hari sepanjang bulan pose memang ada pembahagian bubur lambuk. Diorang masak kat sini lah. memang panjang beraturnya lepas solat zohor. Pkul 3 memang dah licin taw. Kat bawah ni adalah antara hadiah2 yang aku dapat.



Ni adalah sejadah untuk travel. memang kecil molek and amat sesuai if nak solat kat mana2 sebabnya sejadah dia bukan di perbuat dari kain. Tapi cam plastik gitu. may b untuk askar2 yang masuk hutan. Dalam HP ES memang ada yang di buka.


Syukur sangat dapat Quran terjemahan yang begitu bagus ni

Yang ni aku tak cita banyak, paham2 lah ye. hahahahaha

Anyway, thanks to MINDEF for the best present i ever had which is Terjemahan Al-Quran. Memang bagus sangat bagi hadiah2 gini
Sangat lah berguna.