Tuesday, 19 November 2013

0
Komen

Cadar Bilik Pengantin Untuk Disewa

Heheehhehe.Lagi2 kisah aku kan??
Bukan apa, kalau aku nak masukkan dalam
1 entry nanti akan jadi panjang
berjela2 lah. Nanti u all semua
ambil masa 3 @ 4 hari untuk baca.

Ni plak pasal cadar pengantin yang aku nak
bagitaw kat u all semua
Kalau entry sebelum ni bercerita kisah
Pelamin Buaian dan juga al kisah Bantal Akad Nikah
Sekarang aku nak bercerita
mengenai Cadar Bilik Pengantin.

Rumah aku memang ada kesemua warna kalau
tak salah aku. And now aku memang nak
offer kepada semua rakyat Kelantan
yang memang ingin menyewa.
Aku bukan apa, kalau rakyat luar
dari Negeri Kelantan nak pergi tengok
and ambil macam mana??? Betol x?
Tapi kalau u all semua sanggup,
Aku memang langsung tak kisah

Ni ada lah cadar yang aku gunakan time aku
kahwin kat rumah aku dan juga
masa kat rumah ES. Kan dapat free,
So ES pun gunakan lah yang mertua dia
punya. hahahahaha

Ni time majlis kat rumah aku
Tema aku kan warna merah.
So, cadar ni yang aku gunakan

Okeh... ni plak kat rumah ES
ES memilih untuk gunakan cadar
warna putih sebabnya tema rumah dia
Orange and white.
Cuba u all semua tengok kat belakang2
Nampak x, stand2 bunga???
Yang 2 memang untuk disewa
sebabnya ada kat rumah aku. hahahaha

Semua barang yang ada kat rumah aku sekarang
ni, aku akan bagi sewa sebabnya bagi aku
simpan je pun tak de guna. baik lah
bagi kepada seispa yang memerlukan
dengan kadar kos sewaan yang sangat rendah.

Bunga tangan, hiasa2, cadar
semuanya ada...hehehe..
Tapi masalahnya, mama sekarang tak berapa
sihat, so dah tak dapat nak
pergi hantar, pasangkan pelamin
untuk u all semua... SO, kepada
sesiapa yang berminat, boleh lah
nak menyewa barang2 yang kecil.
Mungkin untuk pertunangan ke.
Tak jadi masalah...

nurfarhana1418@gmail.com

0
Komen

Pelamin Buaian

Salam semua.. Wah.. banyak betul kisah2
aku kahwin ni. hehehehe
Bukan apa, aku cuma nak share yang
bagi aku sesuatu kelainan yang
aku telah buat dalam majlis kahwin aku
Tapi majlis kahwin aku tak de lah
"grand" cam Erra Fazira ke, Rozita Che Wan ke

Ni majlis biasa cumanya pelamin aku yang berbeza
Aku memang dari sebelum tunang aku
memang dah bagitaw ES yang aku nak juga
sanding atas pelamin buaian. ahahaha
Jenuh jugak mencari sepanjang tempoh
pertunangan kami taw. hahaha..

Walau macam mana pun, aku tetap dengan pendirian
So, aku usaha lah cari. Last2 aku jumpa
lah kedai yang buat buaian. Disebabkan
tak de kedai yang ada buaian kat Kelantan,
aku tempah sendiri je. hahaha


Ni lah pelamin buaian aku.
Cantikkan??Hahahaha.. Ni semuanya
design sendiri taw. Aku dengan ES yang design
Kerusi dia memang berbalut cantik.
Span lagi okeh.. memang tak akan sakit
lah punggung u all semua
Nama lagi raja sehari kan???

Ni lah secara keseluruhan. Buaian ni bagi aku
memang unik sangat2 sebabnya aku yang design
hahahahaha

Buaian ni u all semua jangan bimbang
sebabnya kukuh. ianya diperbuat dari besi.
Kiranya macam special je sebabnya duk dalam kotak
kebahagaian kita sendiri. hahahaha

Ni sebenarnya ada kat umah aku.
And untuk pengetahuan semua,
semua bunga2 and juga tapak kaki,
pasu bunga and semua yang lain adalah hak milik
sendiri. Memang rumah aku complete dengan semuanya
Kepada sesiapa yang nak menyewa boleh lah emelkan kat aku
Aku memang saja2 nak bagi sewa daripada
semua barang ni terbiar.
Aku memang bagi harga yang murah2 je
lagi pun barang2 semuanya bukannya grand2 taraf
VVIP pun. hahahahaha

Bunga kat tangan pun boleh disewa sekali
jugak. Ada pelbagai jenis warna
cuba korang tengok kat kaki. Yang 2 pun memang ada
Actually, ada sekali dengan kerusi pengantin
Tapi aku guna untuk Makan Pengantin.
Memang 2 datang 1 set.
Sesiapa yang nak menyewa boleh lah.


Cuba u all semua tengok kat tepi
buaian ni. Nampak x rodiron?
Ni adalah bunga ros.. memang cantik taw.
Yang kat atas ber3 plak 2 anak buah ES
Jadi pengapit aku time ni. hehehe
Aku kan bersanding ala2 kayangan. hahaha
Siap naik buaian lagi.

Berminat nak menyewa????

nurfarhana1418@gmail.com

0
Komen

Bantal Akad Nikah Untuk Disewa

Salam semua.. Ni entry untuk berniaga.
hahahah... Actually, ni adalah bantal
akad nikah untuk sesiapa yang ingin menyewa.
Kepada semua bakal pengantin yang memang
memerlukannya dengan harga yang sangat rendah boleh lah
emelkan kat aku

Sebenarnya ni yang mama aku beli
masa kak long aku nak kahwin
So, lepas 2 duk simpan je, sayang lah
plak. Memandangkan aku ada blog
aku promote lah kat sini

Ni adalah terbuka kepada semua
rakyat Kelantan. Tapi u all semua kena datang rumah
aku lah untuk ambil. Sebenarnya mama aku dulu memang
sangat2 berminat dengan hal2
perkahwinan ni. Sampaikan semua benda ada.
Tapi sekarang mama dah tak sihat

Daripada bantal 2 duk cam 2 je,
Aku offer lah kepada sesiapa yang nak menyewa
dengan harga yang sangat berpatutan aku akan
bagi.. Jangan bimbang okeh...

Ni adalah pic masa aku kahwin ari 2
Aku pun gunakan bantal akad nikah yang ni jugak
Masih lagi cantik sebabnya disimpan
dengan rapi tau...

Ada 2 biji bantal and juga
2 biji bantal golek..


Bantal ni lembut sangat taw..
and juga tinggi jugak
Span yang digunakan memang berkualiti

So, kepada sesiapa yang nak menyewa,
boleh lah emel kat aku, then aku akan bagitaw
mama lah nanti. Then u all semua boleh lah
g tengok sendiri kat rumah aku.

Ingat taw, ni adalah kepada rakyat
negeri Kelantan sebabnya u all kena g ambil
sendiri kat rumah aku. Kalau yang duk jauh
sanggup g ambil, tak jadi masalah pun.

nurfarhana1418@gmail.com

0
Komen

Nasi Goreng Honey

Salam semua.. Hari ini aku kongsikan
dengan semua readers aku pasal
Nasi Goreng Honey.
Okehhh... Nama macam pelik kan?
Sebenarnya sepanjang berkahwin dengan ES ,
aku asyik rasa dia masak gulai lah,
masak asam pedas lah...
Ni kali pertama dia masak masakan yang simple
yang orang bujang pun boleh buat

Bila aku tanya nama apa resipi ni,
dia kata ni resepi dia... So aku bagi lah nama
resepi ni Nasi Goreng Honey. hahahaha
Padahal aku rasa, ni mungkin nasi goreng belacan
je kot. Saja buh nama ni kasi gempak!!!!!!

Walaupun ES yang masak, tapi tetap juga menemaninya.
Sampai siap tau. Isteri mithali katakan. huhu

Resepinya....
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah - 4 biji
Ikan bilis - segenggam
Cili padi - 4 tangkai
Belacan - sedikit
Nasi - 2 orang makan
Telor - 1 biji
Garam & Gula
Mix vegetables


Mula....
Tumbukkan :
bawang merah
bawang putih
belacan

Ikan bilis ni ikut suka hati korang lah.
Kalau tak mau letak pun tak pe.
Aku terpaksa letak sebabnya semalam kat umah
aku tak de lauk lain. hahahaha

Ni terpulang pada semua untuk letak banyak mana
Kalau suka pedas, letak lah banyak.
Macam aku, ES memang manja orangnya.
Tak boleh makan pedas.
hahahahahaha


Gorengkan ikan bilis terlebih dahulu..
Jangan angkat ikan bilis ni taw..
terus masukkan bahan2 yang telah ditumbuk tadi
Masukkan juga cili padi
Kiranya gaul bersama lah...
Lepas 2 masukkan garam & gula



Bila semuanya dah nampak ok..
Pecahkan telor kedalam bahan tadi.
Kacau sehingga telor masak and juga
tidak melekat pada kuali.



 


Haaa..... last sekali masukkan lah nasi and juga
mix vegetables.
Ikut suka hati korang lah...

Sekian sahaja kelas masakan kita pada hari ni..
hahahaha...
Selamat mencuba resepi dari ES ni
Tapi aku rasa ES ni pun rembat je dari
mana2 ni. Then bagitaw ni resepi dia. hahahaha

Friday, 15 November 2013

0
Komen

Puding Gula Hangus @ Puding Caramel

Okeh... Now, it's time for me
to share one resepi. Tapi may be semua
orang tahu nak buat puding ni
sebabnya ianya teramat2 lah mudah

Aku buat puding ni semalam
sebabnya ES pernah mintak aku buat tapi
aku je yang tak buat2. hehe
So, alang2 semalam semua bahan lengkap
kat umah 2, aku pun buatkan je lah

Bahan2 yang diperlukan ialah :
Telor - 7 biji
Susu pekat - 1/2 tin
Air - 1/2 tin
Kastad - 2 sudu
Gula - 3 sudu

Cara membuatnya............
1) Letakkan loyang yang korang nak guna atas api
2)Then panaskan gula terlebih dahulu.
3)Jangan kasi gula sampai hangus sebab takut pahit
4)Rata kan gula tersebut keseluruh loyang
5) Biarkan gula tersebut betol2 sejuk.

6)Panaskan kukusan
7)Pupuk telor tersebut sampai kembang

8)Dalam bekas berasingan, masukkan susu pekat tadi
9)Tambahkan air dan tuang separuh kedalam susu
10) Lebihan air tadi masukkan kastad dan kacau
11) Bila tiada ketulan, tuangkan kedalam susu tadi

12)Tuangkan susu tadi kedalam pukulan telor
13)Pukul sehingga sebati dan kembang

14)Bila pengukus sudah panas, masukkan loyang terlebih dahulu
15)Barulah tuangkan adunan tadi kedalam loyang
16) Kukus selama 20 min sahaja

Jangan bimbang.. selama 20 minit confirm akan masak

Senang je nak buatnya. Nampak panjang
sebabnya aku terangkan 1 per 1.
Nantikan ada plak yang salah buat.
ES yang sakit kaki pun boleh tolong aku
ES amat terkejut sebabnya sangat senang nak buat.

Selamat mencuba kengkawan................

Yang korang nampak kat atas ni ialah hasil daripada
gula yang kita masak awal2 tadi

Kalau nak tebal, jangan lah guna loyang yang
terlampau lebar. And lepas je masak, biarkan ianya
sejuk terlebih dahulu, baru boleh terbalikkan ia
Jangan terbalikkan panas2 sebabnya takut hancur.

Lepas 2 boleh letak dalam peti sejuk....
sedia di makan....................

0
Komen

Injured Semasa Pertandingan Badminton

Salam semua.. Ni sebenarnya kisah sambungan
So... sape2 yang nak tahu dengan lebih
lanjut, boleh link ke page berkenaan

Masa pertandingan hari Sabtu memang
tiada apa2 pun yang terjadi
malah ES berentap dengan jayanya
Nak dijadikan kes,
Masa bertanding hari Ahad, entah macam mana
Lutut ES jadi cramp. Mungkin kesilapan dari
lending agaknya.

Lagi pun ES terkenan sebabnya ES
jump untuk smash bola tangkis pada
pihak lawan. lepas je ES lending,
terus jadi macam ni. Ramai yang kata
mungkin kaki ES bengkok masa lending.
Aku lah orang yang paling cemas masa tengok ES kena

Ramai yang pergi nak tolong ES.
Pertandingan tersebut tidak dapat diteruskan
so, keputusannya pihak lawan menang
tanpa bertanding. Aku memang rasa macam
nak nagis sebabnya sepanjang ikut ES main sukan
ni kali pertama tengok ES injured.

Nak nagis pun ada tengok ES macam ni
Lagi pun time ni memang ES betol2
tengah sakit sebabnya
aku nampak mata ES macam berair (nangis)
Tapi aku tahu ES akan mempertahankan
kelelakiannya. huuhuhu

Abang Halim dan Abang Zaid selaku pengurus
pasukan mereka, sudah tentu rasa
kecewa dengan kekalahan ini
Tapi sebebnarnya mereka lagi bimbang
ES tak dapat bermain untuk jangka
masa yang lama.


Tetap senyum time bergambar walaupun kesakitan
Aku tetap setia menemaninya
Walaupun pada mulanya aku memang tak mau
dah datang

Nasib lah dapat bini yang tahu drive.
Aku terus bawa ES ke Hospital Putrajaya
sebabnya ni adalah hospital yang terdekat
dengan kami.

Tapi tak puas hati gila2 dengan layanan yang
kami dapat. Memang upset sangat2
ES dah lah tengah sakit and opkos lah
sapa2 yang ada kat sana tengah sakit
Menunggu giliran punya lah lama.
Korang semua boleh tengok nombor sekarang adalah
0060 dan nombor ES plak 0067. Tapi makan masa
sampai 2 jam lebih untuk tunggu.

Teruk lah. Bila kami minta nak x-ray
doc plak kata tak payah sebabnya tak de ape2
Apa salahnya x-ray lagi pun ES memang rasa
sakit sangat2. Bila minta MC plak dia kata boleh bagi
sehari sahaja and kalau tak tahan esok
datang lagi.

Datang lagi untuk kami menunggu selama 2 3 jam
semata2 nak ambil MC? Bukan kah doktor sendiri
kata kena rehat kat rumah and
jangan banyak pergerakkan? So what now?
Aku memang tak puas hati gila2222222222

Harap sangat pihak kerajaan
boleh meningkatkan mutu prestasi kerja
sebabnya memang menjadi tugas dan
tanggungjawab mereka untuk memberi service terbaik
kepada rakyat Malaysia. Bukannya kerja free
dapat gaji apa.. So, biarlah berbaloi dengan
gaji yang dapat 2

0
Komen

Pertandingan Badminton di Bawah Jabatan Perdana Menteri

Salam semua.. Al kisah ni adalah cerita
pada Sabtu and Ahad yang lepas.
Tapi aku bz dengan banyak benda, so
tak sempat lah nak mengupdate.

Ni adalah acara tahunan oleh Jabatan Perdana Menteri
dengan mengadakan pertandingn dengan semua jabatan
dibawahnya. Jabatan Perangkaan plak
adalah salah satunya jabatan yang berada dibawah
naungan Jabatan Perdana Menteri.
ES kan memang atlet yang bakal menggantikan
Lee Chong Wei, so haruslah dia masuk
pertandingan ni. hahahahaha

Pertandingan ni berlangsung pada hari
Sabtu dan mana yang layak kepusingan 2/ semi final
akan berentap pada hari Ahadnya.Jabatan Perangkaan
sudah tentulah hebat dan berjaya menyambungkan
pertandingan pada hari Ahad.


Ni adalah pemain malaysia yang bernama
Mohd Razif dan permainannya memang hebat lah
Dia mewakili SPA.. Sudah tentu SPA akan mengambil yang
hebat untuk team dia.

Kalau dah masuk court mesti berpeluh2 tapi
kami yang menonton ni mememang kesejukan taw.
Aircond dia tahap gaban sejuk taw

Dari sebelum tunang, lagi aku memang
ikut kemana je ES pergi. Setelah kahwin ni
lagi2 lah akan ikut sebabnya he is my husband
hahahaha... Walaupun kepenatan, aku tetap ikut gak
bagi memberi semangat kat ES

Ni antara pemain and juga penonton team ES.
Aku memang kenal dengan diorang sebabnya selalu
ikut ES

Tengok lah ES main mix double dengan Kak Liza.
Bersatu tenaga tak sihat sayang oiii
jangan bersatu hati dah. hahaahha

Nampak tak ramai sebabnya ni pic hari
Ahad. So dah ramai yang tewas masa pusingan pertama
Kiranya yang dah masuk ke pusingan
ke 2 ni antara yang bakal menjulang juara lah

Apa2 pun tahniah diucapkan kepada
Jabatan Perangkaan yang berjaya juga masuk ke
pusingan ke 2 walaupun tewas dengan geng FELDA.
Tak sangka plak geng diorang ni kuat
Tahun lepas, Jabatan Perangkaan berjaya merangkul Naib juara

Tak pe... Tahun depan ada lagi.
Tingkatkan usaha anda



Wednesday, 13 November 2013

0
Komen

Rezeki Pemarkahan Audit

Salam and selamat pagi semua...
How's your day? Make it fun and do not stress.
Al kisah ni berlaku ni semalam.
Sebenarnya tempat aku didatangi audit pada
minggu lepas. So kami semua bertungkus lumus lah
menyiapkan apa2 dokumen yang lengkap untuk dihidangkan
kepada audit ni.

Semua yang tak elok haruslah disorokkan.
hahahahaha.... Disebabkan oleh
kami berjaya mendapat 4* dengan marah 98.99%,
Encik Din (lupa pangkat apa)
telah belanja makan pizza. But, actually its only
for his team. Aku plak kiranya rezeki lah sebab
telah dijemput untuk makan sama. hahahahha

Actually this pizza only for Quaters Master's team
And i'm not a part of it. Tapi dah rezeki
jangan ditolak. hahahha


Bila aku masuk je kat office, terus En Din bagi
resit ni kat aku. Kononnya nak suh aku bayar semula.
hahahahaha....

Sebelum ambil pic dalamnya, mesti lah
kena tayang kotaknya dulu. huhuhu.
Banyak biji jugak yang En Din ni order

Yummmyyy... memang menyelirakan.
Rezeki aku lah nak merasai pizza baru ni
sebabnya aku baru je janji dengan ES nak makan pizza ni
hahahaha


Ini lah En Din. Orang kuat kat office dia
Anyway, thanks for inviting me for the best pizza
Actually, i really want to take another one,
tapi malu weh. Dah lah orang belanja,
pas 2 nak makan banyak2 plak.
Memang tak lah. Aku nak g makan pun segan.

P/s : Honey, bagus x i jaga i muka u dengan makan sedikit je?


Tuesday, 12 November 2013

0
Komen

Gadget Terkini

Sebenarnya aku tak tahu nak letak tajuk apa
hahahaha.. So i choose to pick up this title yang
mungkin u all semua akan kata
"what title is this?"
ahahaha.. lantak lah..

Walaupun tak berkaitan, korang layan je k.
Sebenarnya ni adalah sambungan kisah KLCC lagi
Kat Klcc paham2 lah dengan pelbagai
manusia ada kat sana. bukan Malaysian je ada, malah pelancong jugak akan ke KLCC and it will be the most interesting
place in Malaysia that they should visit.

So, tentulah segala mak nenek gadget terbaru akan
ada kat sana.. So, aku dengan ES berjalan2 sambil tunggu
my sis shopping. Terjumlah 1 kedai ni. Dalam kedai ni memang
banyak gila barang2 yang latest. Gadget yang terbaru weh
Fuh... ES memang terpegun then aku tetibe je
terasa yang ES hilang dah. Aku tengok dah melekat kat
1 sudut yang memang favourite dia.

Ni adalah one of his interest.
Al maklumlah nak beli tak mampo eden. hahaha

Ni lah yang aku cakap tadi. Jenuh aku tunggu
dia main taw. Sakit hati betol tunggu ES.
Dah lah lama main padahal kat situ dah tulis tau..
Tak boleh bermain more than 15 minutes.
Ye lah benda free mesti lah nak cuba kan?
Then mesti lah nak main sampai puas
Tambahan plak my sis lambat lagi nak habis shoppingnya



Sian kat budak ni taw. Dah lama tunggu ES nak main
yang 2 tapi ES buat muka tak senonoh dia and teruskan
main tanpa ada hati and perasaan. Teruk betol.. Last
dia mengalah and tak mau tunggu lagi.
Dia pun main lah game kat sebelah ni.


Muka gembira bila menang... Entah ye ke idak.. erm...
Layan kan je lah dan benda free kan? Hahahaha

0
Komen

Galeri Petronas, KLCC

Wah... rindu sangat2 kat blog aku ni
Nov dah nak masuk ketengah pun
tapi hari ni baru aku ada masa nak jenguk..
mmmuuuaaahhhh.. cium blog sendiri.
hahahah

Ok... ni cerita sekitar KLCC. Minggu lepas
my sister datang KL sebabnya dia ada kursus
so, sementara nak tunggu check in aku bawa dia
ke KLCC. Datang dari kampung opkos bawa duit banyak kan?
hahahaha... Ni lah masanya aku nak rembat gak sikit
Aku dengan ES ikut haluan kami,
and sis aku dengan member dia. So aku decided dengan ES
nak g ke tempat yang boleh bawa perkembangan IQ
hahahaha..... Padahal memang tak de tempat lain pun.

Lepas ke PetroSains, aku tengok directory
rupanya ada Galeri lah kat tingkat 3. Tapi aku tanya
orang2 yang niaga dalam 2 semua kata kat tingkat 4 je
ES tak mau mengalah, so kami teruskan pencarian..

Finallllyyyyyyyyyyyyyyy...


Serius aku kata yang aku tak paham dengan kewujudan
galeri ni. Dalam ni aku tengok hanya yang ni
je menampakkan Sains. Yang lain aku rasa macam agak
mengarut sedikit. Aku sendiri tak paham.
Yang ni adalah botol2 mineral yang di recyle. Kat mana
Sainsnya pun aku tak tahu. Aku rasa ni lebih pada
kreativiti je kot

Yang ni tambah2 aku tak paham....Pasal monster bagai2

Apakah motif rambut ini???

Ikan yang diperbuat dari baju dalam..
Pelik betul aku rasa. Memang tak terpk dek akal
Then kalau budak2 tengok cam ner?
Korang rasa is it realistic for chlidren?
Aku memang pelik and jenuh pk maksud tersirat
disebalik semua ini. Heran betul aku rasa.

Sesiapa yang tak tahu, galeri ni terletak hujung sekali
kat tingkat 3. Siapa yang nak rasai sendiri
pengalaman pelik and aneh seperti mana aku dengan ES
alami, boleh lah kesana
Yang penting FREE OF CHARGE!!!!!
sebab 2 lah aku pilih nak lepak kat sini. hahahaa