Monday, 28 April 2014

0
Komen

Zarfa Stylista Outlet

Salam semua... Kalau u all semua 
baca dari entry pun dah dapat agak ni pasal apa kan?
yEEEEESSSSSSS. aku memang 
nak berniaga and juga nak ajak u all semua untuk
membeli semua baju kanak2 kat sini.

So... meh ramai2...
Kalau yang duk jauh akan di post
Harga jangan bimbang sebabnya dijamin berpatutan
Kalau ambil banyak lagi boleh murah..
Wahhhh... manyak senang wooo
Meh aku upload sedikit sebanyak baju2 yang 
dijual... and semuanya ready stock taw
So senang lah kalau u all nak beli
Baju semuanya cantik dan juga ada ada dari
budak kecil sampai lah budak besar
Tapi jangan lah u all semua pk nak beli
untuk budak darjah 5 plak. Yang 2 dah terlebih
besar lah plak. hahahaha














So... Macam mana u all tengok? Ada yang berkenan dihati x?
Kalau ada jangan lupa visit facebook 
dan juga instagram yang telah disediakan bagi
memudah anda membuat pembelian. huhuhu
Selamat bershopping22222....

zara stylista outlet

Sunday, 27 April 2014

0
Komen

Pureen Ware House Sales

Salam semua.. kepada sesiapa yang terbaca blog aku 
hari ni masih berkesempatan untuk 
melawat KIlang Pureen yang memang
super duper lah ramai orang
Aku sendiri tak sangka and juga teruja taw nak pergi beli
barang baby. Tambahan plak aku dah masuk 7 bulan
lagi lah rasanya tak sabar nak menyambut kelahiran
anak sendiri. hehehe

Aku pergi kilang ni semalam. AKu tahu pun
sebabnya kak ipar aku bagitaw. Memang jauh park sebabnya
jem teruk depan kilang dia.
Memang tak boleh masuk parking rapat. Baju and semua 
kelengkapan baby ada disediakan.
Macam one stop center lah plak.
Aku memang kelabu mata... Nasib ditenangkan oleh
ES. Gud job my dear. Kalau tak memang banyak habis
Sebenarnya aku dah banyak barang2 baby yang dah dibeli
And semuanya aku beli time baby fair.
Hari 2 aku g baby fair kat Midvelly, then g plak
kat KLCC. Sekarang search kat internet pasal 
Baby Fair je lah. hahaha

Ramai sangat orang. Sampaikan
nak jejak kai pun payah. Jalan pun kena
perlahan2 sebabnya ramai sangat
Takut diorang langgar perot. hehe
Nasib ES sebagai protector 

Dia ada banyak section. Ni section pakaian.
Semuaya barangan baby

See.... Harga baju baby hanya RM 3.00 sehelai sahaja
Tak ke gila murah 2? Aku tak ambil banyak sangat
baju sebabnya aku dah banyak beli
Mama pun dah pesan, baby tak perlu beli banyak2
sebabnya cepat besar.
Tapi bila tengok geram je... ES yang banyak memilih


Kalau u all nampak yang beratir panjang kat belakang
sana adalah untuk proses pembayaran.. Yang duduk ni plak
sebabnya keletihan berjalan. haha
Panas 1 hal kat sana. Diorang ambil2 je dulu
then bila duduk baru diorang pilih semula baju2
Nak pilih time berdiri memang tak sempat lah
sebabnya ramai 


Ok... ni section pasal keperluan baby selain
dari baju.. semuanya ada kat sini. Harga memang tak payah
cakap lah. murah sangat2

Ni botol susu.. tak silap aku RM 5.00 kot 1.
Aku tak ambil sebabnya aku dah beli masa Babyfair kat Midvelly
and KLCC ari 2. Tapi aku beli yang storage milk
sebabnya aku memag niat nak fully brest feed



Ni plak beg untuk letak pakaian baby nanti. AKu tak beli sebab
nya kakak aku kata dia ada yang tak buka lagi
Dapat masa dia bersalin dulu.
Mana boleh jimat aku jimat. heheheh


Ni bahagian wet tissue for baby. AKu pun beli gak 1
get ready semuanya sebabnya bersalin memang tak jangka
memang doctor kata 9 bulan tapi semuanya kejadian Allah
so, aku prepare je sebabnya takut terawal
anak sulung susah nak jangka sebabnya sakit macam mana
pun aku tak tahu. Tak de pengalaman

Sebenarnya banyak lagi barangan jualan kat sana tapi aku
tak boleh nak snap sebbanya terlampau ramai orang.
Aku memang berpeluh gila2...Panas sangat
So, aku decided nak focus je dengan pembelian. Bimbang
jatuh HP 1 sebabnya memang ditolak orang je. hehe
Nak berpegang pada ES dah tak dapat sebabnya
ES bawa banyak barang dah

Pada sesiapa yang nak pergi boleh je
sebabnya hari ni last day. Nak update semalam tak dapat
sebabnya aku ikut ES g tournament bowling kat Plaza ALam
Tempat pureen ni kat SHah alam. Persiaran Kerjaya, Jalan U1/17
Berdeatan dengan Glenmerrie.
Kalau tak tahu nenti Google k

0
Komen

Hangout Bersama Keluarga

Weekend ni akak aku datang KL.. datang bawa
semua anak2 and suaminya tercinta
Serta adik aku and juga cousin aku pun ikut sama
Kakak aku datang bersebab...
Sebabnya biarlah dia je yang tahu. hehehehe

Aku keluar melepak2 dengan diorang and
kami decided nak kuar g makan.
Memandangkan dah lama rasanya adik aku
tak datang KL..

Yang syoknya anak buah aku asyik je bertanya pasal baby
aku yang masih dalam perot. Banyak plak soalan yang
ditanya... heran aku.. begitu cepat berkembang IQ budak2 ni

Ni lah anak buah ku yang comel and bijak..

Kami saja melepak di tempat karaoke..
Sebabnya tak tahu nak g mana. Lagi pun
abang ipar kata dah lama tak karaoke. hehehe

Ni my cousin yang nanti akan berjaya ke
Matrik... Gud luck my dear.. Blaja rajin2 ye

Kami semua karaoke, diorang pun sibuk gak lah
Yang kecik 2 c adik yang baru2 nak pandai bercakap
Memang lucu lah dengar diorang berduet.

Ni lah kalah CT taw... Ziana Zain pun tak mampu
lawan kemerduan suara my sis.. hahahaha


Sejak mengandung dah lama tak bergambar. hahaha
Alang2 ada jurugambar yang tak bertauliah,
minta dia lah snapkan

Ni lah adik bongsu aku..

Ish... dah gemuk lah aku.. Ingatkan naik tang
perot je, tapi rupanya semua naik. Sampaikan
berat badan aku pun bertambah dengan jayanya.
Harap2 baby kat dalam pun berkembang dengan sihat


Ni kami bertiga.... Anak buah aku kalut nak masuk gak
Ingatkan nak ambil pic kami adik beradik je
Dari kiri : adik bongsu, kak long and aku

Ramai tanya aku dah berapa bulan and ada yang
setengahnya tak nampak pun aku ni
mengandung. hehehe
Perot kecil.. Nak g scan baby tapi tak tahu bila
Ni dah masuk 7 bulan pun. huhu
2 months to go baby...
Tapi sesiapa yang jumpa aku mungkin akan nampak
aku gemuk sebabnya perot aku tak nampak
sangat tapi chubby memang nampak. hahaha

Tetiba touching plak tengok pic ni.
Macam romantik sangat... padahal tak pon. hahaha
Tapi ape2 pun ES is the best husband
Menjaga aku sepanjang aku mengandung ni
Thanks dear

Diva terkenal di Kelantan

0
Komen

Berpindah Unit

Salam semua... Weekend ni buat ape?
Sebelum ni u all semua aka baca kisah aku
bercerita di Tentera Darat.
Tapi berkuatkuasa 1 April 2014 aku telah 
ditempatkan di unit baru. Totally berbeza dengan 
Tentera Darat sebabnya kerja aku sekarang ini 
hanya dikelilingi dengan orang2 awam
Tentera ada seorang 2 sahaja. Tapi aku tetap dalam 
Kementerian yang sama. Tempat lama,
aku kena berhubung dengan tentera tapi kat sini
semuanya orang2 awam macam aku. hehe
Tak de lagi yang beruniform.

So far tempat baru aku ok... Boss memang sporting
and member2 kat sana senang untuk bekerjasama
Yang paling ketara perbezaan aku rasa ianya tempat duduk aku
Kalau sebelum ini aku duk dalam bilik sendiri (ala2 boss)
hahahahha.... Tapi sekarang ni aku duk beramai2 dengan
staf yang lain sebabnya kat sini ramai lagi yang pangkat
tinggi dari aku. hehehe
Tak pe..... kena sedar bukan selamanya kita diatas

Ini lah tempat kerja aku selagi aku berkhidmat
di sini.. hehe

Kat sini banyak unit and aku duk di
Unit Hubungan Antarabangsa dan Pentadbiran

Ni lah nama unit baru aku.... dah tak melibatkan tentera
hehehe...

Bengkel dimana ianya meletakkan semua jenis
penggunaan mesin kat sini..
Tempat aku banyak mesin2 yang perlu digunakan untuk buat
tag lah and macam2.... Tambahan plak uit aku ni
memang totally terlibat dengan pameran2 and
yang paling best LIMA LANGKAWI.

Tempat tentera yang syoknya boleh bermain
di luar pejabat macam contoh bola tampar
tapi kat sini disediakan bilik khas untuk bermain2



Ni ialah pantry. Kat sini lah tempat kami akan
makan2 kalau time rest. Tapi selalunya yang melepak dalam
bilik ni aku je lah sebabnya diorang kebanyakkan
akan makan kat cafe @ kat luar
Aku memang bukan yang jenis suka keluar pun. hehehe

Aku harap aku dapat bekerja dengan baiknya kat sini
dengan dibantu oleh rakan2 yang baru...
ape2 pun aku tak kan lupa kenangan duk Markas LOgistik
Tentera Darat sebabnya banyak kenangan dengan staf2
kat sana and juga banyak aku belajar dari sana.
Thanks for all my beloved staff...

Wednesday, 23 April 2014

0
Komen

Bermain Bola Tampar

Wah..... syoknya game yang dimainkan 
oleh budak2 opis aku.. 
Aku hanya mampu melihat sebabnya perot aku
sedang giat maju kehadapan. hehehe
Teringin jugak nak main tapi tak pe lah
Tunggu lepas deliver je nanti. huhu

Ni lah sebenarnya kelebihan duk tempat tentera
sebabnya kami sebagai penjawat awam di sana
tetap diberi kebebesan untuk bermain ape
game yang kami nak pada hari Jumaat petang
Kiranya lepas solat Jumaat kami semua xpayah bekerja
and boleh release stress dengan main pelbagai
mainan yang telah dirancang.

Game yang dirancang haruslah mendapat 
persetujuan ramai. Sebagai permulaanya,
kami telah mengambil kata sepakat untuk bermain
bola tampar and juga Pocho2.
Memang syok lah. Penganjur kepada permainan ini
mesti lah terletaknya di unit aku. huhuhu...

Tengok lah diorang main...
Wah bukan main semangat
Kije tak de lah plak semangat macam ni.
huhuhuhu


Aku memang menjadi pemerhati bebas sambil
ambil picture untuk share dalam blog aku lah
Kalau aku tak kije kat sini boleh lah tengok
sebagai kenangan bersama mereka
Wahhhh... tetiba plak ayat sedih. hahaha


Ok.... nampak x yang berdiri?
2 adalah tentera taw... Syoknya ni game awam
tapi tentera pun joint gak main
Memang seronok lah..