Masa Raya Haji ari 2, rumah aku kena masuk pencuri
Rumah aku yang kat Kelantan
Sebabnya my mum balik kampung, aku plak
tido umah ES and kak long balik umah sendiri
So, rumah aku memang 0 lah.
Tapi papa memang dah pasang lampu.
Mungkin lah perasan sebabnya tak de kereta.
Mama kol aku pagi2 lagi sebabnya
umah ES dekat je dengan umah aku. Dalam 10 minit boleh sampai
Malam 2 aku plak silence telipon sebabnya aku
letak hp dekat dengan Vee. So masa mama kol berkali2
memang tak dengar lah. Hp ES pun sama. hahaha
Masa nak bangun solat subuh dalam pukul 6.30
and bersiap sebab nak gerak balik KL,
aku terpandang HP aku yang meyala2. Terus aku
ambil and tengok banyak miskol.
Aku buka wassup terkejut lah baca. Aku tinggal Vee dengan
MIL and terus balik rumah. Nenek aku belah papa duk 1 taman
and dia lah orang yang paling awal sampai
Kejadian ni disedari jiran aku yang sememangnya tahu
kami balik kampung. Dia lalu and tengok pintu depan
rumah terbuka. Terus dia kol mama.
Masa aku sampai terkejut sangat aku tengok dengan keadaan
rumah yang sangat2 berselerak. Pencuri ni memang 100% focus
pada bilik sahaja sebabnya dapur and tempat lain memang
dia tak kacau pun.
|
Kat mana ada laci semuanya disepahkan |
|
Ni kat bawah. Kat ruang tamu tempat tengok TV. Dalam laci ni just ada surat2 je. And juga bedak, telipon lama yang rosak. Memang benda berharga tak de pun |
|
Ni keadaan dalam bilik aunty aku dengan adik. Memang teruk disepahkan |
|
Ni kat bilik pakaian. Memang tak de apa jugak Yang ada cuma pakaian2 papa,mama aku and adik Serta cadar2 pengantin je lah |
|
Ni plak keadaan dalam bilik mama. Nampak tak kaki 2? 2 kaki ES yang sedang mencari cop jari. hahahaha |
|
Memandangkan bilik kak long paling banyak barang so bilik ni lah yang paling teruk disepahkan Banyak sangat kain baju kak long yang dikeluarkan dari almari |
|
Apa yang tak de??????????// Yes.... TV... bilik mama and juga kat bawah ni Barang lain berharga yang hilang ada juga. Kami just berserah and memikirkan kearah positif walaupun hati membara. hahahaha Lagi pun mungkin ada hikmahnya
Pada malam keesokkanya plak jiran aku plak yang kena. Dia park kete kat tepi rumah dia sebabnya dia ada 2 biji kerete and tak muat porch. Yang menariknya, minyak kereta pun diorang pam keluar, radio, TV and smua barang berharga diambilnya, Kejadian ni berlaku malam sebabnya bila jiran aku nak keluar g keja terkejut tengok keadaan kereta dia. Aku tak pasti dipecahkan cermin @ macam mana. Aku tahu pun melalui adik aku sebagai pemberita TV1. hahahaha
Suspek2 utama dalam kes ni sudah di laporkan kepada pihak polis. Biar diorang buat kerja diorang lah plak Aku harap kepada pencuri tersebut insaf lah sebelum ajal maut menjemput. |