Tuesday, 24 February 2015

0
Komen

Best Friend VS Cousin

Jenuh pk idea untuk letak tajuk entry ni..
Fuih... kalah dari aku pk nak buat bajet 2016. hahahha

Ni alkisah masa kat kampung... Banyak benor aku update kisah kat kampung.
Nampak sangat dah lama tak menaip. Berdebu n bersawang dah
Suatu ketika dlu aku ada kenalkan best friend aku dengan sepupu
aku tapi bukan nak suh bercinta. Nak suh jadi member je
Tapi entah cam ner sangkut lah plak
Aku plak memang happy lah sebabnya
dapat mengeratkan silaturrahim.
huhuhuu

Aku memang tak sabar nak tunggu depa kahwin sebabnya
mengikut mak saudara aku memang perancangan rapi
dah pun dibuat. :)

Memandangkan dah lama aku tak jumpa dengan dia
masa balik kampung aku kami lepak lah bersama...
Bila lepak bersama banyak lah yang dibualkan. huhuhu


Sepupu aku yang baju hijau and mak we dia plak tudung hijau
U all nampak x permainan sekarang ni????
Dah berpakat.. Tapi aku dah lalui zaman ni so tak kisah lah..

Aku mesti kena senyum lebih sebabnya nak masuk blog.. huhu
Aku memang tak sangka depa ni boleh sampai bercinta sebabnya
aku just bago no telefon je dulu.
Aku and ES dah pun bincang kalau depa ni kahwin
kami nak sponsor buah 1 dulang.
Bukan buah sebarangan taw.. Semuanya buah yang tak de kat Malaysia
Mesti bangga lah punya...


Meh aku kenalkan nama... Yang kawan aku namanya Irham.
Yang cousin aku plak namanya Iqwan.
Yang syoknya.. diorang ni bercinta tapi tak nak mengaku sampailah
tersalah wassap. hahahaha...

Viana bersama dengan che su dia... Masa ni sebenarnya adik aku tak dijemput..
Tapi tetibe je dia datang. Tak pe lah.. Yang penting
dia ada monopod and boleh lah kami bergambar sakan. hahahaha

0
Komen

Makin Cekap Dalam Walker

Bila dah berhari-hari duk dalam walker ni,
nampak lah improvement dia sebabnya dia dah dapat bergerak
dengan laju and pantas
Tapi habis semua benda dirempuhnya...
bahaya betol si Viana ni..

Nak makan pun sekarang dah susah sebabnya terpaksa
lah aku kejar dia... Mana taknya.. sekejap ke hulu.. sekejap ke hilir....
Yang geramnya aku yang mengejar dia tak plak kurus
Malah makin bertambah adalah. hahahaha
Kalau kejar anak sampai boleh kurus syoknya....
Berbunga riang hati ni. 

Pantang nampak camera... terus senyum..
Dah pandai nak jadi model eh....
Senyum sampai ke telinga 2



Tengok lah... sambil makan pun boleh lagi senyum bila
nampak orang nak ambil picture dia.. huhuhu
Macam muka tak bersalah je sebab buat ummi dia ni terkejar kan dia
nak suapkan makanan.


0
Komen

Merisik Adik Ipar

Aku and ES balik kampung masa cuti Hari Wilayah
and juga thaipussam hari 2
Alang-alang balik kampung harus lah balik lama sebabnya
jauh an baru lah merasai duk kampung dengan puasnya.

Alang-alang aku and kak ipar aku balik kampung, 
so adik dia yang sorang lagi pun terus decided nak ajak kami semua
pergi merisik buah hatinya

Anak dara ni dah bersiap pun nak g merisik  ayah Mie dia...

Bergambar dulu sebelum keluar rumah. hehehehe


Ala..... naik kereta je tido... Dah pakai lawa-lawa pun tetap lena...
Apa lah anakku ni....
May be ambil energy untuk merangkak sana sini nanti sampai

ok... aku mulakan perkenalan di sebelah kiri ok
Mak dia, c dia yang dirisik, mertua ku, kak ipar ku and of course
the most beautiful one is me and my daughter. hahahha


Ni yang aku sponsor... Banyak buah tangan yang dibawa,
tapi sayangnya ni je yang sempat tangkap picture...
Tak de lah kenangan

Nak bergambar dengan orang yang dirisik tak boleh
sebab belom rasmi lagi... so terpaksa lah bergambar dengan bakal
ayah mertua je. hehehe..
Atas pelamin nanti bergambar lah sepuas-puasnya eh

Semoga ikatan ini sampai kejinjang pelamin seterusnya
sampai ke hujung nyawa.... Bertemu lagi di Jannah...Amin

0
Komen

Belajar Dalam Walker

Entah apa-apa tajuk enrty aku kali ni. hahahaha
Actually aku kehabisan idea nak letak tajuk ni.
So hentam la labuuuuuu....
Yang penting u all semua kena baca apa yang aku taip ni. 
huhuhu

Ok... kebanyakkan barangan vee memang aku tak beli 
jangan nak kata aku kedekut eh... tapi hakikatnya semua barangan 
kak long masih elok and anak dia dah besar. 
So dia bagi aku pinjam lah. jimat lah jugak duit aku sebabnya
barangan baby bukannya boleh dapat cam beli sayur kat pasar.
huhuhu

Same as walker.. I borrowed from my sis.
So, masa balik kampung ari 2, aku pun terus letak vee dalam 2 
nampak sangat muka dia sangat lah gembira.
Dapat jalan sendiri, sapat bebas, dapat berlari.
Rupanya kaki anak aku ni dah kuat. hahaha
Aku je tak tahu sebabnya kat rumah asyik meniarap je.
Cian anak umi ni....

Muka excited duk dalam walker and dapat
bergerak sendiri....


Semua benda nak masuk mulut... Bahaya betol ni..
Nasib lah walker ni sangat colorful, so dia pun suka je lah.

0
Komen

Bubur Nasi Sayur Campur

Setelah nampak kemajuan Vee untuk makan
Aku telah tambah pelbagai sayuran yang memang sesuai untuk 
dimakan oleh Vee.
So kali ni aku tambahkan pelbagai sayur-sayur
untuk dia rasa manis sayur and juga jadi penggemar sayur.
Sama macam ES. hahahaha.. Kalau ikot aku memang tak lah

Tengok lah sayuran yang telah aku campurkan...
lobak merah - dibuang kulit and hiris nipis
Bunga kubis - dibasuh bersih
Kismis..... Bagi daya ingatan dia hebat sikit

Dimasakkan semua sekali dengan beras perang..
Make sure rendam dahulu taw beras perang 2...

Bila semuanya dah masak blend lah nak bagi dianya hancur halus..
Ni lah yang aku bagi makan kat vee..

Aku akan terus kongsikan segala yang telah aku buat untuk Vee
Untuk dijadikan rujukan kepada semua
Macam aku lah... sebelum ni beria search sebab nak tahu
apa yang patut bagi pada anak....

0
Komen

Bubur Nasi Apple Vee

Salam semua....
Now still alkisah makanan anak aku. huhu
Now aku nak share 1 makanan yang aku tengok sangat best
untuk Vee. Walaupun dia tak makan banyak.
Sebelum ni aku pernah bagi dia makan bubur nasi
and beras biasa-biasa sahaja. Tapi setelah aku pantau and tengok
dia macam mengalami sembelit, so aku and ES
cepat-cepat tukar untuk mencari beras perang

Beras perang tinggi dengan fiber walaupun rasanya sangat
menggelikan tekak. hahahaha
Tak semua orang boleh telan beras ni sebabnya tak sodap
Tapi aku tengok vee pun tak berapa nak makan. 

Oleh demikian, aku terpaksa ubah menu untuk menjadikannya sedap
memandangkan Vee sangat-sangat2 suka makan apple
so aku decided untuk masukkan apple ke dalam nasi dia

Masa buat ni aku yang terliur lebih sebabnya tengok apple yang
sangat lazat and sedap. Dah lah manis

Ok... seperti biasa...
apple di buang kulit..
Beras direndam dahulu (kali ni beras perang)
And ada tak nampak hitam 2??????
Aku tambahkan kurma sebabnya manis kurma sangat sedap

Lepas dah lembik and nasi pun dah masak... Blend lah sebabnya
nak bagi betol2 halus supaya baby makan dengan enak
tanpa tercekik.. Bahaya wooooo

Its ready for my baby now....
Sayangnya tak de pic dia tengah makan. huhuuh
Jangan buat banyak sangat sebab baby bukannya macam
orang dewasa ni. hahaha

0
Komen

Puree Pisang

Untuk bagi makanan kat baby, mom perlukan try and error
sebabnya sekarang adalah masa untuk baby mengenal rasa
jangan bagi makan terlampau banyak tau sebabnya perot baby masih kecil
and mungkin tidak mampu untuk menampung makanan
yang banyak. So bagi makan portion yang bersesuaian.

Aku try bagi makan pisang kat Vee and alhamdulillah dia terima dengan baik
Aku buat ni masa kat kampung. Pisang adalah benda
yang sangat mudah untuk disediakan sebabnya tak perlu nak blend.
Pisang memang dah semulajadi lembut. 

Okeh... seperti biasa.. pisang haruslah dibuang kulit
Bukan setakat nak bagi kat baby.
Kalau mak budak nak makan pun memang harus dibuang kulitnya.
hahahahahaha

Pisang ni sangat mudah. Kalau rajin nak steam dlu pun boleh.
Kalau aku memang pemalas, so ambil pisang and terus
campurkan dengan sedikit susu dia.

Lenyek-lenyekkan ia....
Then siap... Bagi makan je lah. hahahahaha

0
Komen

Bubur Nasi Vee

Vee dah lepas pun untuk menu puree... 
Orang kata puree kena bagi 4 hari berturut-turut tapi
aku tak amalkan sangat sebabnya aku rasa mesti dia muak
and jemu makan benda sama.
Cuba letakkan kita kat tempat dia. 4 hari berturut-turut makan 
benda yang sama of course lah jemu. Then bila anak tak mau makan
mula lah para ibu kata yang anak tak suka makan lah..
anak tak de selera makan lah... apa lah...
Padahal anak 2 dah jemu. hahahaha

Tambahan plak kita kena ingat walaupun dia 2 masih baby tapi
dia juga ada perasaan.. wahhhhhhh.. tetibe menyelami
hati anak. hahahha.. 
So aku bagi makanan kat vee memang berlainan setiap hari
Kiranya aku tawakal lah.. huhuu. 
And alhamdulillah Vee lulus dengan jayanya... huhu

Hari ini aku kenalkan Vee dengan bubur nasi.. No makanan instant.
Semuanya akan di buat home made... Cuba elakkan untuk bagi makanan 
ready made to my baby....
Kaedah pembuatannya sangat lah mudah..
Yang penting para mom kena lah rajin and juga banyak bersabar.
Untuk pengetahuan semua, beras perlu direndam terlebih dahulu bagi memastikan
ianya lembut.  Aku rendam lebih kurang 8 jam. huhuhu

Lobak merah dibuang kulit and di potong kecil.
Make sure potong kecil bagi memastikan ianya cepat lembut
Kalau x jenuh lah nak tunggu. Takot kering air je., uhuhu
Then rebuskan bersama........
Baru lah air dari lobak merah turun and akan membuatkan nasi 2 manis
Baru lah baby pun terasa nak makan.. huhuhu
Make sure jugak periuk, blender yang digunakan untuk baby adalah
berasingan dari yang biasa kita guna untuk masak.
Bukan apa.... kot2 ada kesan cili ke, belacan ke kecsian plak kat
si kecil terasa pedasnya....


Wah.... gelak besar dia dapat makan. hehehe
Seronok tengok dia makan and ni adalah motovasi untuk
aku jadi lebih rajin.... huhuhuhu


0
Komen

Puree Untuk Vee

Salam semua.... Lamanya tak menaip blog ni.. 
Syok lah bila dapat menaip. huhuhu
Now aku dah happy sebabnya vee dah start makan 
Dia plak memang jenis yang tadah mulut. Lagi lah aku suka nak menyuap.
Bila tengok anak makan aku lagi seronok. 
Lagi-lagi lah bersemangat nak masak-masak untuk dia.

Benda pertama yang aku kenalkan kat Vee ialah apple...
And she loves to eat puree apple.. Memang syok sangat tengok dia makan.
Aku pun makin hari makin rajin lah search-search menu untuk Vee.
And juga aku dah start membeli belah untuk menu dia.
Aku akan try the best untuk homemade semua keperluan Vee. 
Kalau boleh nak elak dari membeli sebabnya aku tak nak bagi gula, garam and
seangkatannya dengannya sebab buah pinggang baby still new 
and tidak dapat nak terima semua benda-benda yang berat
May b mom akan nampak ianya benda yang mudah tapi ketahuilah
para ibu bapa sekalian..............

garam and gula untuk baby yang baru belajar makan adalah sangat berat
So kalau boleh please avoid it from your baby. 

Okeh.. ni dia puree apple dicampur dengan sedikit susu.. Untuk makluman semua
kalau boleh elakkan dari frozen lama-lama sebabnya hilang khasiat buah tersebut 

Cara membuatnya amat lah senang.. Semudah ABC......
1) Aplle haruslah dibasuh terlebih dahulu
2) Di buang kulitnya agar tak tercekik pada baby
3) Steam kan ia.. Aku pilih kaedah steam sebabnya kalau kukus khasiatnya akan
hilang.
4) Bila dah lembik, boleh lah blend kan dengan susu, Kalau nak blend
apple sahaj pun boleh. Tengok lah pada kehendak baby,
Cam Vee dia lagi suka jika dicampur dengan susu sebabnya lagi berlemak.

Nampak tak betapa gembiranya dia dapat makan..
Rumah dah mula bersepah bila Vee dah start meniarap 

Selain itu, aku ada juga buat puree papaya a.k.a betik .
Betik kan banyak khasiatnya akn juga mudah untuk pelawasan.
So aku beli betik yang sedang-sedang sahaj besarnya
sebab untuk penyediaan makanan Vee perlukan sedikit je.
Selebihnya mak ayahnya yang habiskan. hahahahah

Penyediaan betik lagi mudah sebabnya tak makan masa yang lama
Kaedah dia tetap sama cam apple...
Tapi aku tetap akan terangkan jugak k.

1) Basuh and buang kulit betik tersebut.
2) Potong dadu and steam kan.
3) Blend kan betik and siap..........


Aku memang akan sediakan untuk frozen tapi ianya paling lama dalam 3 hari sahaj
bagi mengekalkan khasiat dia pada Vee
Aku tak nak biasakan Vee makan makanan yang di sejuk bekukan.
Tak elok jugak untuk badan dia.

Aku terpaksa sekalikan puree ni sebabnya cara dan keadah yang digunakan
adalah hampir sama. So senang untuk aku terangkan. hehehe

Puree yang aku dah bagi kat Vee.
1) Puree Apple
2) Puree Betik
3) Puree Kurma
4) Puree Labu
5) Puri Carrot

Aku akan terus update apa-apa menu yang boleh dijadikan rujukan




Sunday, 15 February 2015

0
Komen

Nasi Lemak Semenyih yang Super Duper Sedap

Salam semua... lamanya tak menaip
Sekarang anak aku dah start makan, so banyak benda yang aku
kena siapkan... Ok... Pasal makanan baby aku akan update kemudian k.
Jangan risau...aku pasti akan tunaikan janji.

Ni punya story kisah aku g makan nasi lemak yang sangat2 sedap
kat area Semenyih. Tak lah jauh sangat dengan rumah aku.
Kalau jauh sekali pun aku and ES memang jenis yang suka berjalan
Tapi tak suke berjalan ke mall. Kalau ke tempat2 cam ni
memang favorite lah. hehehehe.
Malam 2 tetibe je terasa lapar. Lepas je solat Maghrib aku terus siap2
and ajak ES untuk ke Semenyih.

Dulu kat tempat lain tapi sebab dia dah pindah ES pun dah tak tahu
kat mana kedai baru dia sebabnya last ES g masa kami hangat
bercinta. hahahahahah...
Lepas kahwin memang langsung tak pernah g lagi. 
Nasi lah ES berjaya mencari tempat ni. Apa lagi... serbu lah sebabnya nasi
lemak dia memang aku boleh bagi sampai 10* sebab sedap taw.
Korang yang duk area KL, Selangor baik lah pergi try. 

Orang yang jual nasi lemak ni orang kampung aku (Kelantan). 
And berbangsa India... Tapi jangan bimbang sebabnya diorang ni 
India Muslim.... So sudah tentu terjamin. 
Sebelum pergi kedai makan mesti lah kena mesak halal ke x.
Bahaya jugak kalau main serbu je..Makanan ni jadi darah daging.

Tang harga plak memang sangat2 berbaloi... 
Aku rasa lagi mahal nasi lemak yang makan kat cafe. 

Tengok belakang aku ni.. Sampaikan orang cina pun
ramai tau yang suka makan nasi lemak dia ni.



Tengok ayam dia pun dah teruja. hahahaha

Korang nampak x apa yang sedap kat sini??????
Sambal dia... Yeahhhh..
Tak pedas... Tak manis... Just nice.. Sebab 2 lah orang cina pun boleh makan
sebabnya bukan semua orang cina yang suka pedas.


Vee pun terliur nak makan jugak. Tunggu besar sikit eh sayang