Friday, 29 March 2013

0
Komen

Detik Percintaan (Part 2)

Ingat tak yang aku janji nak berkongsi kisah aku dengan ES? So, hari ni, aku tunaikan janji aku. 

Dia bawa balik aku jumpa family dia time raya. Yang bestnya, adik2 dia semuanya 1 sekolah dengan aku. Malu gila time jumpa diorang taw. Tambahan lagi jumpa kat sekolah. Dah lah adik dia selalu je buli2 aku. Terok eden raso. Aku pun xsangka plak 3 orang adik dia sekolah sama dengan aku. Jumpa pun time g raya waktu 2 lah.

saja2 tepek pic ni.

Mak Mertua : D, nak bawa balik anak dara orang pun, biar ada kija dulu
ES : Erm... (dengan muaka slambanya)
Time ni ES aku kija xseberapa lagi. 

Cuba korang pandang ke langit and renungkan.
Time 2, aku umo 18 tahun (form 5) . ES plak umo 24 tahun.
Aku selalu je pk, betul ke dia dengan aku akan bertahan sebabnya aku ni budak mentah, dah lah sekolah lagi. Tapi aku tetap go on jugak sebabnya aku cam yakin dengan dia. 
Time ni family aku tak tahu yang aku dah berpunya kecuali kakak aku lah sebabnya asal2 perkenalan kami pun dia yang aturkan. 

Paling tak leh lupa, ES naik moto (lupa jenama, tapi nama moto ni kelakar) jumpa aku kat lorong umah aku. Tengah sedap bercinta cintun, ayah aku plak baru balik kija, terserempak plak. Aku pun terpaksa tadah teinga jugak lah bila sampai umah sebabnya ayah aku selalu pesan, nak jumpa sapa2 mai jumpa kat umah. 
Before ni aku memang selalu ajak datang umah, cumanya dengan ES tak tahu napa boleh jumpa kat situ. hahaha


 
Aku dan Encik Suami



Tapi, lepas je diorang tahu aku dengan ES, memang Alhamdullilah sebabnya tiada sebarang bantahan atau pun halangan. Malah, parents aku give 200% support for our relationship. Bangga jugak aku sebabnya kakak aku ada jugak pak we dia (before dia kahwin k. Now dah ada anak 2 orang pun) yang parents aku reject.  
Sampaikan time datang KL, parents aku mesti ajak ES tido kat hotel sama2, minta ES temankan mama aku g shopping. Aku memang terharu dengan ES sebabnya dia pandai ambil hati family aku.



Lepas je dia kija kat Kajang (Jbtan Perangkaan), aku plak dengan study kat UITM Machang, banyak yang berlaku antara kami. Tapi banyak yang manis taw. Yang pahit cuma gaduh2 kecil je. Dia cemburu sebabnya aku banyak terlibat dengan aktiviti time u (korang nampak tak yang dia sayangkan aku?) huhuhuh

Malu bila korang taw
Tapi tu semua tak jadi hal lah. Bak kata orang, time bercinta gunung berapi sanggup redah lagi. Padahal kena percikan time goreng ayam pun dah teriak. hahaha

Lepas je aku tamat Diploma, aku sambung ke Degree. Kesedihan mula menguasai aku bila aku dapat kat Kedah. Aku mati2 ingat aku dapat kat Shah Alam. Nak dekat dengan hubby aku time 2. Tapi terpaksa redha.

Aku habiskan sem pertama d Merbok, akan tetapi tidak sem ke 2. Tetapi u all jangan pk aku stop pengajian plak taw. Idak nya.. Nanti aku cite entry lain untuk yang ni k. If aku lupa, tolong ingatkan.

Time aku habis sem 1 di Merbok, aku memang dah plan untuk kahwin n juga buat perancangan rapi taw. Actually beza umo aku dengan ES 6tahun. Jauhkan, so meandangkan aku semakin muda and ES aku semakin tuuuutttt, aku pun buat pilihan untuk kahwin.Tapi on the spot. Sepertimana aku bagitaw, perancangan rapi.

 Aku memang betol2 giat mencari pekerjaan yang sesuai n juga kukuh sebabnya bukan senang nak lepas dari parents aku. Aku tak buat jahat taw.

Aku start kija d Jabatan Perangkaan.APA???? Yes.... tepat sama sekali. Sama tempat dengan ES aku. Dia lah yang tolong, siap bgtaw boss dia yang aku ni spupu dia taw.hahahah.
 Sementara je pun. Time ni aku memang happy sebabnya aku banyak masa yang boleh dihabiskan dengan dia. Kuar minum, kuar makan, g kija dia datang jemput. Mana tak nya, aku jauh dengan dia selama 5 tahun. Aku bercinta dengan dia 7 tahun then baru kahwin.

 
0
Komen

Khasiat Kurma

Amalkan Memakan Buah Kurma

idur
Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan & memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin & pengecutan rahim.

credit to : http://kehamilan.blogspot.com/ 



Pesanan penting :
* ES tolong belikan kurma untuk i k.. huhuhu
0
Komen

Kursus Penting

Guyssss....

Aku terpaksa mengikut kursus yang di anjurkan oleh Kementerian Pertahanan nie. Dah lah lama gila taw. 6 hari. Buat plak jauh yang menyebabkan aku terpaksa bermalam disana. Kat Bukit Fraser taw. Memang udaranya nyaman kat sana tapi 2 seandainya bercuti. Kalau g memang kena berkursus, tak da maknanya best.
 Ni kursus wajib, 2 lah yang aku terpaksa pergi. kalau tak, tak hingin aku nak joint meninggalkan ES yang tercinta (sobsobsobsosb.....sedihnya :(  

Cian kat husband aku.. Lagi pun ES aku ni jenis yang tak makan luar. hari2 memang akan bekal untuk g kija,.Jenis yang kurang gemar untuk makan luar kecuali try kedai2 yang baru buka.

Pesanan untuk ES : 
  • Jangan nakal2 time sayang tak de
  • Masak lah apa yang terdaya. Semuanya ada dah dalam peti
  • Kalau terasa boring, boleh g tido umah kak long
  • Jangan lupa ambil kak ipar tersayang yang bakal datang minggu depan
Aku terpasa highlight yang last 2 sebabnya kakak aku nak datang, so ES lah terpaksa g ambil kat LCCT. Kalau tak memang mengamuk sakan lah.

 Barang2 dapur umah 2, memang ES yang belikan and ari 2 aku ternampak yang dia ada beli 1 stok yang aku tak berapa suka sangat dia makan. Tapi memandang aku tak de time 2, so di maafkan lah.. Nak taw apa dia??????

jenggggggg
 .
.
.
.
.
.
..
jennnggg
.
.
.
.
.
.

tarrrrraaaaaa...... ni dia

Nasib baik lah time aku tak de sebabnya aku jenis yang tak suka sangat benda2 cam ni. tak elok untuk kesihatan aku, ES and juga ...................... So kena jaga dari sekarang lah. Aku gak tak suka makan barang2 dalam. APa???? Tak taw apa barang dalam?
Meh aku kasitaw pada yang tak taw..
  1. hati
  2. perot 
  3. pedal dan seangkatan dengannya
Ha..... Jenis yang macam ni lah. ES dulu memang makan, dah duk dengan aku dan kuasa memasak di tanganku, terpaksa lah dia ikut je. hahahahha.. 
Maafkan cayang. lobbbbbb youuuuuu
 
0
Komen

Layan

Aku nak share pic2 aku dengan ES. Harap tak de yang nak termontah erk.. Kalau nak muntah jugak, sedia kan plastik before layan. :) 

Tapi semuanya dalam laptop. Aku kat office. So, buat masa sekrang ni u all layan je lah dlu pic yang sedia ada nie. heheheh *
ni time aku g Cameron.
Pic ni dah berkurun lamanya. Tak silap aku, 2008 kot. Hot2 bercinta time nie. peace*


aku sengaja nyorok belakang ES sebabnya aku chubby time nie. Thanks honey (mmmuuuaaahhh)

Bukan niat nak menunjuk2 ke apa ke. Tapi aku sekadara nak bagi orang kenal sapa kah empunya blog ni n sapa ES aku yang tercinta nie.huihuihui. 
Aku and ES ni memang suka kan berposing2. Dulu time aku kenal dia, tak de lah plak dia suka bergambar. Malah bukan main pemalu. 
Aku je yang memang muka tak tau malu. 2 yang buat ES aku terpikat dengan aku. 
Tapi sekarang, g je mana2 mesti akan muncul soalan. 
"sayang, tak bawa camera erk?"



0
Komen

Kisah dengan Encik Suami aku

Salam semua... Salam sejahtera kepada reader yang non muslim. Aku dari rumah lagi actually memang dah xsabar nak menaip2 ni. Jari jemari aku memang dah gatal2. Kalau dulu if gatal2 mesti nak dapat duit ke apa ke, time now gatal2 sebabnya nak tekan2 keyboard nie. huhuhu

Ok, semalam aku bercerita2 dengan ES aku. Tengah syok bercerita, dia plak boleh kata "sayang, apa kata semua cerita sayang ni tulis je kat blog. Nanti honey akan baca". Terkedu jugak aku. Sebenarnya time 2, dia tengah syok layan cerita man laksa, tapi aku plak dok g potpet....potpet.... dengan dia. Padan muka aku yang dilayan tak layan gitu. So, aku pun nak cita apa2 je kat dalam blog nie je lah. 

ES : Sayang, cantik sangat blog sayang. Honey suka. 
Aku : Betul ke honey? Nampak cam ner?
ES : Nampak ok lah. So, apa2 je story morey nanti just put in your blog k. Honey akan membacanya dari     sana je lah.
Aku :Betul nie sayang? (sambil tengah pk patut ke tulis kat blog sedangkan kami 1 umah @ ES aku dah mula bosan dengan cerita aku?


So, apa2 je yang ada kat sini for my husband and also all my reader. Sapa nak kata aku riak ke, berlagak ke tak kisah sebabnya nak bergiat dengan blog ni dapat kebenaran 500% dari husband aku. Tambahan lagi dia sendiri kata yang dia akan baca semuanya dari sini (hooorrrayyyy). lompat bintang*. 
Dari dulu lagi memang husband aku suruh aku ada blog sendiri memandangkan aku memang jenis yang kuat bercerita and juga menterokai blog orang2 lain. Tambahan lagi, time naik moto dengan ES, aku peluk and suka tulis apa2 je kat perot dia yang semakin lama semakin maju kedepan 2.hehehehe. Korang paham tak nie? Maksud aku tulis kat baju dia lah. Bukan tulis kat perut dia. kan atas moto, macam mana lah aku nak selak plak baju laki aku 2. Paham dak???????? Yang mana tak paham abaikan k...

Thursday, 28 March 2013

0
Komen

Entry Kahwin

Tetiba je aku jadi boring kat office hari ni. Daripada tak de buat apa2 kat office, ada baiknya jika aku menaip apa yang ada kat fikiran aku ni. Memandangkan aku baru je kahwin, so, kat sini aku nak post lah sedikit sebanyak tentang kenduri aku yang berlangsung pada 9/2/2013. Aku sah jadi milik Noor Adilhasidi pada 8/2/2013.  Actually tarikh 9/2 2 kenduri umah aku. Aku ni jenis yang particular sikit, so barang2 kahwin tak de nya nak tangkap muat. Mmg aku dan ES servey betol2 taw before aku beli. And for your info, we have been prepared for a year. Aku tak nak nampak kuar duit segedebuk, so aku pun beli lah sikit2 memandangkan aku pun kija baru 2 tahun. 2 pun lompat sana sini. So, u all layan kan je lah pic aku. Sapa tak mao tengok , sila tutup mata k. huhu.


*picture time sanding nanti aku post next entry k. 
 
ES tengah berdebar2
time ni akad nikah
0
Komen

Detik percintaan (Part 1)

Aku mula mengenali Encik Suami masa 2007. Time ni, aku masih lagi budak mentah yang tak pernah bercouple2. suci gitu.... Aku kenal dia melalui kawan kakak aku. Secara tak disengajakan k. Bukan aku yang gatal2 nak bercinta. lagi pun time 2 aku tengah nak exam SPM.. Aku memang jenis yang tak pandai nak memikat. lagi pun time 2, fizikal aku yang teruk menyebabkan aku tak bercinta. ngeeeehhhhhh2222....

Time 2 aku gemuk taw. mmg chubby sangat2 lah. Aku try untuk kuruskan badan tapi tak dapat lah plak.hahhahah. Tambahan lagi time 2 aku sememangnya duk umah. Balik sekolah, ada je makanan yang dah di hidangkan. Then keadaan umah aku yang memang banyak makanan. Tak pernah putus lah. So apa lagi, tengah2 malam, aku pun merayap lah masuk dapaur untuk mencari makanan. Aku plak jenis yang jarang bersukan. Mana lah tak gemuknya badan aku nie. hahahahahah . dasar pemalas..

Wokehh, berbalik pada tajuk. Memandangkan kakak aku nak kuar and dikenakan syarat untuk bawa aku (bukan aku yang nak ikot, tapi arahan big boss), tambahan plak kuar malam time 2, so member kakak aku pun ajak lah Encik Suami untuk temankan dia jugak. Time 2 kiranya 2 pompuan and 2 laki lah. Wahhhh..hebatkan aku walaupun time 2 malu2 kerbau :)

ES (Encik Suami) : Effa, awak nak beli apa nie? (memandangkan time ni di KB MAll)
Aku : Entah lah. Tengok2 je (kenapalah mamat ni asyik ikut aku je. Nak memilih pun tak senang)
ES : Saya ni pemalu orangnya. Nak tolong pilihkan untuk pompuan memang tak pandai
Aku : Ehhhhh222, xpe, saya boleh pilih sendiri. Awak g lah mana2 pun
ES : xpe, saya teman awak
Aku : Ermmmm (padahal time ni mmg dah nak ngorat aku). huhu

Lepas lama berkenalan dengan Encik Suami, aku rasa yang dia macam minat kat aku je sebabnya message tak pernah putus. HP memang sentiasa di tangan n bersama (walaupun masuk toilet) ahhahahaha.. sampai cam 2 sekali taw. So, lepas aku habis SPM, hubungan kami makin rapat. Aku melanjutkan pelajaran ke UITM Machang and Encik Suami plak kerja di Perak. Amat lah seksa sebabnya kerja jauh and hubungan jarak jauh. OPPPPSSSSS lupa plak nak bagitaw semua... Kami xpernah declare. Diulangi tak pernah DECLARE. Taw2 je dah couple. Aku rasa bahagia jugak sebabnya diterima walaupun aku xlawa lagi time 2. Sekarang dah lawo.huhuhu Lagi pun time 2, Encik Suami tak lah encem cam sekarang. Aku ni jenis yang tak memilih, so aku terima seadanya as long as dia terima aku seadanya. Setelah setahun bercouple, Encik Suami dapat kije gov. Aku amat2 lah bersyukur but kami still berjauhan as dia kija kat Kajang. Tapi demi cinta aku tetap perjuangkan untuk setia (hebat tak ayat aku).


*akan disambung ke part 2 sebabnya nanti u all tak terbaca plak kisah cinta aku ni. Terlampau panjang plak nanti.
Sepertimana yang aku bagitaw before ni yang aku ni masih baru, so aku masih lagi tertanya2 dengan encik google macam mana caranya aku nak tambah itu, tambah ini....

masih banyak yang perlu dipelajari ni nampaknya.. aku pun dah bingung
0
Komen

Permulaan Yang Pertama

viewwwwSalam semua.. For your info hari ini aku baru nak bergiat dengan blog ni. Sebelum ni aku hanya menjadi reader je dengan membaca blog2 orang lain. Actually dah lama Encik Suami suruh aku buat blog tapi tak tahu lah nape tangan masih tak terasa untuk menaip keyboard ni. Semenjak lepas kahwin ni, aku selalu je datang office awal & banyak lah plak terbaca pasal berita yang bagi aku menggemparkan aku (pasal kehamilan, walaupun aku tak hamil). hahahahahah.... Biasa lah setelah kahwin, perasaan ingin hamil membuak2 dalam diri aku. Cian kat Encik Suami aku yang sentiasa menanti walaupun baru kahwin sebulan lebih........huhuhu :).

Untuk pengetahuan semua, aku mula membaca blog 2 tahun yang lepas cumanya baru hari ni terasa nak create own blog. Before this, suka baca blog orang je... Bila dah ikuti blog orang ni, aku plak terasa yang aku pun nak ada blog sendiri sebabnya, macam banyak benda jugak aku nak share dengan u all semua. For people out there, hopefully will be my reader (macam aku selalu buat kat semua).hahahahahah