Friday, 29 March 2013

0
Komen

Detik Percintaan (Part 2)

Ingat tak yang aku janji nak berkongsi kisah aku dengan ES? So, hari ni, aku tunaikan janji aku. 

Dia bawa balik aku jumpa family dia time raya. Yang bestnya, adik2 dia semuanya 1 sekolah dengan aku. Malu gila time jumpa diorang taw. Tambahan lagi jumpa kat sekolah. Dah lah adik dia selalu je buli2 aku. Terok eden raso. Aku pun xsangka plak 3 orang adik dia sekolah sama dengan aku. Jumpa pun time g raya waktu 2 lah.

saja2 tepek pic ni.

Mak Mertua : D, nak bawa balik anak dara orang pun, biar ada kija dulu
ES : Erm... (dengan muaka slambanya)
Time ni ES aku kija xseberapa lagi. 

Cuba korang pandang ke langit and renungkan.
Time 2, aku umo 18 tahun (form 5) . ES plak umo 24 tahun.
Aku selalu je pk, betul ke dia dengan aku akan bertahan sebabnya aku ni budak mentah, dah lah sekolah lagi. Tapi aku tetap go on jugak sebabnya aku cam yakin dengan dia. 
Time ni family aku tak tahu yang aku dah berpunya kecuali kakak aku lah sebabnya asal2 perkenalan kami pun dia yang aturkan. 

Paling tak leh lupa, ES naik moto (lupa jenama, tapi nama moto ni kelakar) jumpa aku kat lorong umah aku. Tengah sedap bercinta cintun, ayah aku plak baru balik kija, terserempak plak. Aku pun terpaksa tadah teinga jugak lah bila sampai umah sebabnya ayah aku selalu pesan, nak jumpa sapa2 mai jumpa kat umah. 
Before ni aku memang selalu ajak datang umah, cumanya dengan ES tak tahu napa boleh jumpa kat situ. hahaha


 
Aku dan Encik Suami



Tapi, lepas je diorang tahu aku dengan ES, memang Alhamdullilah sebabnya tiada sebarang bantahan atau pun halangan. Malah, parents aku give 200% support for our relationship. Bangga jugak aku sebabnya kakak aku ada jugak pak we dia (before dia kahwin k. Now dah ada anak 2 orang pun) yang parents aku reject.  
Sampaikan time datang KL, parents aku mesti ajak ES tido kat hotel sama2, minta ES temankan mama aku g shopping. Aku memang terharu dengan ES sebabnya dia pandai ambil hati family aku.



Lepas je dia kija kat Kajang (Jbtan Perangkaan), aku plak dengan study kat UITM Machang, banyak yang berlaku antara kami. Tapi banyak yang manis taw. Yang pahit cuma gaduh2 kecil je. Dia cemburu sebabnya aku banyak terlibat dengan aktiviti time u (korang nampak tak yang dia sayangkan aku?) huhuhuh

Malu bila korang taw
Tapi tu semua tak jadi hal lah. Bak kata orang, time bercinta gunung berapi sanggup redah lagi. Padahal kena percikan time goreng ayam pun dah teriak. hahaha

Lepas je aku tamat Diploma, aku sambung ke Degree. Kesedihan mula menguasai aku bila aku dapat kat Kedah. Aku mati2 ingat aku dapat kat Shah Alam. Nak dekat dengan hubby aku time 2. Tapi terpaksa redha.

Aku habiskan sem pertama d Merbok, akan tetapi tidak sem ke 2. Tetapi u all jangan pk aku stop pengajian plak taw. Idak nya.. Nanti aku cite entry lain untuk yang ni k. If aku lupa, tolong ingatkan.

Time aku habis sem 1 di Merbok, aku memang dah plan untuk kahwin n juga buat perancangan rapi taw. Actually beza umo aku dengan ES 6tahun. Jauhkan, so meandangkan aku semakin muda and ES aku semakin tuuuutttt, aku pun buat pilihan untuk kahwin.Tapi on the spot. Sepertimana aku bagitaw, perancangan rapi.

 Aku memang betol2 giat mencari pekerjaan yang sesuai n juga kukuh sebabnya bukan senang nak lepas dari parents aku. Aku tak buat jahat taw.

Aku start kija d Jabatan Perangkaan.APA???? Yes.... tepat sama sekali. Sama tempat dengan ES aku. Dia lah yang tolong, siap bgtaw boss dia yang aku ni spupu dia taw.hahahah.
 Sementara je pun. Time ni aku memang happy sebabnya aku banyak masa yang boleh dihabiskan dengan dia. Kuar minum, kuar makan, g kija dia datang jemput. Mana tak nya, aku jauh dengan dia selama 5 tahun. Aku bercinta dengan dia 7 tahun then baru kahwin.

 

No comments: