Friday, 20 September 2013

0
Komen

Ikan Kelah Hasil Memangcing

Salam Jumaat kepada semua
Next week aku memang tak dapat nak
update blog sebabnya aku berkursus
di PD...Yippppi..
(buat suka walaupun stress menganjurkan kursus)

Semalam aku sampai rumah, ES tak de
sebabnya dia g memancing
Pergi dengan member office dia
yang duk area rumah aku jugak. Sebenarnya dari minggu
lepas lagi diajaknya ES teman dia memancing
tapi minggu lepaskan aku ke Terengganu

ES pergi memancing kat mana, tak de plak
aku tanya.hahahhaha
Lupa lah plak nak tanya. Tapi memang aku tahu
kat kawasan rumah aku ada sungai.
Time dia balik dengan suara yang sangat ria

Sayang.....buka pintu ni.....

Patut lah dia tak leh buka pintu rupanya kat tangan
dia ada ikan kelah. Aku ingatkan banyak ekor
tapi rupanya seekor je
hahahahaha.... Tapi rezeki lah kan?
Cumanya aku memang tak makan. Tukang masak je
Aku memang dah pening nak masak apa

Last2 aku kol mak cik aku sebabnya dia ni memang
pakar masak memasak dengan semua jenis ikan2
dia bagi cadangan goreng saja, asam pedas and juga 3 rasa

Kebetulan plak menu asal aku, ikan pedas....
Apa lagi, terus edjas ke 3 rasa je lah. hahahah
Tapi aku buat jadi 5 rasa. hebat x????
huhuhu...berlagak

Aku memang tak tahu macam mana cara nak basuh
nak siang ke apa ke...
So serahkan pada yang pakar. hahaha.
ES lah yang buat, aku memang tukang masak jer

Tak sampai hati plak nak makan sebabnya comel

Mak cik aku kata, untuk elak hanyir kena  :
1)basuh dengan air beras - tapi aku tanak nasi time ni
2) Basuh dengan cuka - kat umah tak de cuka
3) Rendam dengan air tepung gandung - ada..

So, pemilihan aku untuk membasuh and membuang hanyir ikan
ni, aku rendamkan ia dalam air gandum.
ES yang buh gandum ni. Aku tengok macam nak
buat cekodok. hahahaha

ES siap mengadap internet nak masak apa. hahaha
Aku nak masak untuk weekend tapi ES suh masak
sekarang sebabnya takut hilang kemanisan ikan ni
Entah ye entah idok.. aku pun mengiyakan je lah

Menu paling senang aku pilih ialah 3 rasa..
So, untuk merangupkan ikan ni,
aku sapu dengan tepung jagung.
Baru lah rangup ikan ni..

Then goreng lah ikan ni.... Alamak....
lupa ambil pic kuahnya..
Erm... korang bayang sendiri k
Macam mana kuah ikan 3 rasa yang
dimasak oleh Masterchef..
Macam 2 lah aku buat
hahahahahahahahha

Ikan ni semalam jugak ES makan dengan nasi.
Memang sedap nampak dia makan.
Aku jong tengok je sebabnya aku memang tak makan pun


No comments: