Friday, 27 December 2013

0
Komen

Sujud Syukur Kami Pada Allah

Ya Allah Ya Tuhan Kami..
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun
Lagi Maha Mendengar segala rintihan dan doa kami
Amin...

Ni adalah berita yang sangat mengejutkan aku dan ES
Setelah beberapa bulan berkahwin kami telah
dikurniakan dengan kehadiran orang ketiga
yang kami memang nantikan sangat2

Sudah pasti aku adalah orang yang paling gembira
Sampai tak terkata bila aku dapat tahu aku preggy.
Aku memang ada mendapat demam and muntah yang teruk sebelum ni
tapi bila g jumpa doc and buat test memang NEGATIVE
so, doc beri aku beberapa jenis ubat untuk sembuhkan demam

Aku tak makan sangat ubat 2. Tak tahu lah kenapa
Aku tetap teruskan macam biasa. Paling ketara
yang aku alami ialah terasa nak makan asam and juga
gula-gula pedas macam Strepsil sedangkan
sebelum ni aku memang tak makan semua gula2 berangin
ES memang dah syak aku preggy tapi aku tak rasa aku preggy
sebabnya dah sahih ianya -ve

Aku tak mau melayan perasaan and kecewa sepertimana
sebelum ini. Now, aku enjoy life aku dengan ES je
Tanpa memikirkan kehadiran baby. Semua itu kami
serah pada Allah bila masa yang terbaik untuk aku
dengan ES bergelar parents.
Sembuh dari demam, aku diserang selesama yang sangat teruk
tapi tak de plak alahan muntah ke apa.
Just selesema je

Pada hari Jumaat, ES bawa balik udang galah yang dipancing
di kolam and dimasaknya lemak. Waktu tu,
aku memang muntah teruk sebab tak tahan bau masakan ES
Aku sampai minta ES jangan masak lagi sebab tak tahan
and minta ES matikan api terus. Tapi ES jahat sebab
tak hiraukan aku malah teruskan jugak masak.

Lepas dari 2, ES terus syak aku preggy. Malam 2 gak
aku and ES keluar untuk cari klinik tapi malang sekali
sebabnya semua klinik tutup. Ada 1 klink tapi ramai
sangat orang and aku tak sanggup nak tunggu. hahaa
So, ES decided untuk beli je pregnancy test kat farmasi
Aku hanya turutkan bagi memuaskan hati ES.
Aku memang tak rasa aku preggy pun.

Sebelum tido, aku memang niat seandainya aku mengandung,
minta sedarkan aku sebelum azan subuh. Alhamdulillah aku
tersedar lagi 5 minit sebelum subuh. Bila aku buat test
aku terus tolak tepi sebabnya aku memang jangkakan -ve
Bila pandang kali kedua, aku memang tak sangaka ianya +ve.
Aku terus kejutkan ES and minta ES buat kepastian
ES yang masih lagi kabur and tak paham macam mana
nak baca, terpaksa lah mengadap packetnya untuk baca
arahan dia dulu. hahaha
Time ni muka ES memang kelakar sebabnya masih lagi mamai.

Time 2 aku lah orang yang paling gembira and
aku terus sujud syukur kerana doa aku and ES
selama ini telah termakbul. Memang dari awal perkahwinan
aku mengimpikan untuk preggy tapi aku
sedar bukan masanya lagi. Aku yakin Allah tahu apa yang
terbaik untuk kehidupan kami.
 
Ni lah hasilnya aku buat pada waktu pagi.
Memang langsung tak dijangka.
Syukur sangat2 pada Allah yang telah mengurniakan
zuriat ini


Kan aku dah kata yang aku tak percaya,
so dengan pantasnya aku beli lagi 1 untuk test pada
belah petang. Sebab setahu aku, kalau betol2 preggy, test
waktu bila pun tetap akan +ve.

Syukur sebab keputusannya tetap sama.

0
Komen

Kenduri Saudara Di Shah Alam

Setelah beberapa hari family aku kat KL
then tiba lah hari yang sebenarnya mereka datang ke KL
Kenduri saudara aku yang dibuat kat Shah Alam
Aku memang rasa best sebabnya time kenduri ni
semua anak beranak berkumpul and bertemu muka taw
So, ramai lah jumpa and banyak lah benda yang dibualkan
sebabnya dah lama tak jumpa
Kalau tak de kenduri memang payah nak jumpa.

Memandangkan kenduri belah petang, so kami terpaksa lah
mengisi perut kami yang kelaparan di waktu pagi
Papa pilih untuk makan kedai mamak sebelah hotel
Kedai ni memang sedap roti canai and nasi lemak.
Fuh.... menjilat jari taw

Honey... sorokkan perut anda. hahahaha

Ni plak kak long, abang and juga anak dia 2 orang yang
sangat lah nakal and comel..

Gemuknya aku.... erm.. kena kawal pemakanan lah nampaknya
Ambil berkat dukung anak buah. hahahaha


Paling aku terkejut sangat2 yang kat majlis ni
dipenuhi oleh sedara mara kami je.
Memang ada member2 diorang tapi majoriti yang aku
tengok kat dalam dewan ni semuanya saudara2 je.

Disebabkan kami yang begitu ramai,
kami decided untuk kumpul kat belakang dewan je
hahahaha.... memang meriah lah




0
Komen

Shopping Time

Lepas aku kahwin, ni adalah 1st time family
aku semua datang Kl and juga datang kenal
rumah aku. Aku kahwin kan baru je 8 bulan lebih, hahaha

Bila je diorang datang awal dari hari kenduri
aku banyak lah plan nak bawa fanily aku shopping
kemana2 je yang aku rasa perlu.
Aku sebenarnya dh lama nak bawa family aku ke Pasaraya Kenanga.
Sebabnya bagi aku kat sini memang murah and juga pembelian
dia secara borong.
Aku dah tahu, cara pembelian oleh family aku macam mana,
2 lah aku rasa kat sini pling sesuai.

Seawal 10 pagi kami dah keluar taw. Hebat taw. Kedai baru je
buka kami semua dah sampai and serbu taw.

Sampai je sana, mama macam tak teruja sangat
kecuali kak long aku yang sangat2
teruja nak shopping sebabnya mama aku nak
sangat2 g Sogo - tempat kegemaran
Tapi aku lagi beria nak bawa dia kesini.

Last2 bila tengok je banyak handbeg,
baju2 and macam2 lagi terus mama jadi teruja. hahaha
aku memang teruja tengok mama aku bershopping sakan
Sampaikan papa aku memang tak larat nak jalan and
last2 papa decided nak tunggu barang2 yang dah dibeli
kat kerusi je. hahahaha

Muka kepenatan setelah baru beberapa tingkat
menjelajah. hahaha.
Oh MY GOD.... kenapa aku begitu gemuk sekarang??????

Bergambar dengan adik ku.
ES tak dapat joint time ni sebabnya ni hari Jumaat
So ES kerja. Aku membujang lah dengan keluarga.



Anak buah aku yang teramat2 penat

Disebabkan oleh mama nak sangat ke SOgo
walaupun mama dah banyak sangat2 shopping kat
Kenanga, so aku pun ikutkan saja
Bagi memenuhi kehendak mama kan.
Anak solehah


Ni baru sedikit barang2 yang papa aku terpaksa tunggu
sebabnya kami semua bershopping sakan
papa dah kepenatan, so dia pun nak duduk and tak
mau ikut kami. hahahaha

0
Komen

Menyambut Kedatangan Keluarga

Salam semua.. Al kisah yang aku nak story kat sini dah lama
and lapuk sebenarnya sebabnya ni semua
telah berlaku pada bulan November lagi
cumanya aku yang dilanda kemalasan yang melampau
untuk buka blog ni. hahaha

So, terpaksa lah update pada bulan Disember ni
hahahahaha... Lagi pun ni je masa free yang aku ada
sebabnya Penutupan Akaun telah dilakukan oleh AG, so
boleh lah aku bergembira dengan kerja2 aku plak
hahahaha...

Family aku datang KL pertengahan November
sebabnya ada kenduri sedara aku yang buat kat KL
Bagi menghormati undangan tersebut, family aku datang lah sini
Lagi pun time aku and kak aku kahwin pun
diorang balik Kelantan gak.

Aku yang book flight, last2 aku plak yang salah tengok
hahaha.. Lama gila aku tunggu kat sini taw
Penat menunggu je. Hampir 2 jam taw aku tunggu.

Bila je diorang sampai aku terpaksa tinggalkan family
aku sebabnya aku ada kerja yang perlu disiapkan
Mama terpaksa lah stay je kat hotel sebabnya
aku ada kerja. hehehe. cian plak. Papa memang KL ni
ramai member, so dia just hello terus sampai. Tak heran
Ni adalah anak buah aku. Papa lah sibuk nak bawa
dia ni naik flight. Kak long and abang ipar aku
datang dengan kete.

Di sebabkan kelaparan duk dalam bilik hotel,
terpaksa lah turun makan kat bawah hotel saja.
Aku sampai je kat hotel ingat nak bawa diorang semua
keluar makan tapi memandangkan diorang
dah lapar sangat, so turun je makan kat cafe
hotel ni. hahahahaha

Ni plak aunty aku dengan adik aku.
Adik aku tengah sedap menjamu selera sebabnya masa
aku nak g buat kerja, dia lah pembantu peribadi aku
yang aku bawa bagi menjayakan kerja yang aku nak buat 2. ahahah

Anak buah aku mengada je nak duk 1 kerusi dengan
cik su and opah dia. padahal aku dah book
1 seat untuk dia. Membazir betol lh. Hampeh


Tuesday, 24 December 2013

0
Komen

Miss All My Readers

Salam semua... Aku memang rindu kat blog ni.
Saudara mara aku yang tahu pasal blog pun
dah banyak bertanya. hahaha
Aku tak tahu lah kemalasan melanda jiwa raga

Sebenarnya banyak sangat2 and teramat2 yang
aku nak shre dengan u all semua tapi tetibe
plak aku tak bawa cabel ke opis, so
tak dapat lah nak transfer data ke komputer ni
Banyak pic2 yang aku nak share semua dalam HP.
Tak pe, nanti bila ada masa aku akan upload kat sini k
Jangan bimbang...........

So, hari ni just nak menghidupkan semula
blog aku yang hampir berkurun lamanya
tak berupdate and tak dibuka
Nak kata tak de sekitar KL, ada je
Tapi kesibukan + Kemalasan yang menyebabkan aku
jadi macam ni.
hahahahahaha....

Kepada semua, jangan lupa baca entry aku yang
best meletop2 pas ni k.
huhuhuhuhu...
Aku akan update. Lagi pun sebelum ni
aku memang sibuk kat opis.
Datang opis memang semata2 buat kerja
Dah tak dapat nak mencilok ke lain.
Pekerja contoh and merebut gelaran
Anugerah Pekerja Cemerlang 2013.
hahahahaha