Ya Allah Ya Tuhan Kami..
Sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun
Lagi Maha Mendengar segala rintihan dan doa kami
Amin...
Ni adalah berita yang sangat mengejutkan aku dan ES
Setelah beberapa bulan berkahwin kami telah
dikurniakan dengan kehadiran orang ketiga
yang kami memang nantikan sangat2
Sudah pasti aku adalah orang yang paling gembira
Sampai tak terkata bila aku dapat tahu aku preggy.
Aku memang ada mendapat demam and muntah yang teruk sebelum ni
tapi bila g jumpa doc and buat test memang NEGATIVE
so, doc beri aku beberapa jenis ubat untuk sembuhkan demam
Aku tak makan sangat ubat 2. Tak tahu lah kenapa
Aku tetap teruskan macam biasa. Paling ketara
yang aku alami ialah terasa nak makan asam and juga
gula-gula pedas macam Strepsil sedangkan
sebelum ni aku memang tak makan semua gula2 berangin
ES memang dah syak aku preggy tapi aku tak rasa aku preggy
sebabnya dah sahih ianya -ve
Aku tak mau melayan perasaan and kecewa sepertimana
sebelum ini. Now, aku enjoy life aku dengan ES je
Tanpa memikirkan kehadiran baby. Semua itu kami
serah pada Allah bila masa yang terbaik untuk aku
dengan ES bergelar parents.
Sembuh dari demam, aku diserang selesama yang sangat teruk
tapi tak de plak alahan muntah ke apa.
Just selesema je
Pada hari Jumaat, ES bawa balik udang galah yang dipancing
di kolam and dimasaknya lemak. Waktu tu,
aku memang muntah teruk sebab tak tahan bau masakan ES
Aku sampai minta ES jangan masak lagi sebab tak tahan
and minta ES matikan api terus. Tapi ES jahat sebab
tak hiraukan aku malah teruskan jugak masak.
Lepas dari 2, ES terus syak aku preggy. Malam 2 gak
aku and ES keluar untuk cari klinik tapi malang sekali
sebabnya semua klinik tutup. Ada 1 klink tapi ramai
sangat orang and aku tak sanggup nak tunggu. hahaa
So, ES decided untuk beli je pregnancy test kat farmasi
Aku hanya turutkan bagi memuaskan hati ES.
Aku memang tak rasa aku preggy pun.
Sebelum tido, aku memang niat seandainya aku mengandung,
minta sedarkan aku sebelum azan subuh. Alhamdulillah aku
tersedar lagi 5 minit sebelum subuh. Bila aku buat test
aku terus tolak tepi sebabnya aku memang jangkakan -ve
Bila pandang kali kedua, aku memang tak sangaka ianya +ve.
Aku terus kejutkan ES and minta ES buat kepastian
ES yang masih lagi kabur and tak paham macam mana
nak baca, terpaksa lah mengadap packetnya untuk baca
arahan dia dulu. hahaha
Time ni muka ES memang kelakar sebabnya masih lagi mamai.
Time 2 aku lah orang yang paling gembira and
aku terus sujud syukur kerana doa aku and ES
selama ini telah termakbul. Memang dari awal perkahwinan
aku mengimpikan untuk preggy tapi aku
sedar bukan masanya lagi. Aku yakin Allah tahu apa yang
terbaik untuk kehidupan kami.
Ni lah hasilnya aku buat pada waktu pagi. Memang langsung tak dijangka. Syukur sangat2 pada Allah yang telah mengurniakan zuriat ini |
No comments:
Post a Comment