Friday, 21 February 2014

0
Komen

Pening Berputar-putar

Salam semua.
Sihat ke di pagi Jumaat ni?
Alhamdulillah sebabnya kandungan aku nak masuk
19 weeks. Aku masih menanti baby aku gerak2.
Actually aku mula bimbang sebabnya aku tak rasa
lagi baby gerak2. Tapi ES dengan slamber and bestnya
bagitaw "sayang, sabarlah. Baby tak cukup kuat lagi 2".

Malam semalam, aku MC sebabnya aku rasa pening
yang teramat2 taw sampaikan aku rasa
macam rumah aku berputar2.
Sebenarnya dari petang lagi aku memang dah rasa
pening tapi tak sangat and gagahkan diri aku jugak
gi hantar my sis ke Hotel Pacific untuk dia berkursus.

Balik terus tido and terasa nak membuang
air kecil, so aku celik mata and terus
berpusing-pusing rumah. Tapi aku gagahkan diri jugak
sebabnya tengok ES tido nyenyak tak sampai
hati lah plak nak kejutkan.
Masa nak sambung tido terasa lagi sekali
and kali ni memang aku terus kejutkan ES

Aku tak leh nak celik mata @ bercakap dah taw.
Aku rasa macam rumah nak jatuh atas aku je
Memang takut sangat. Aku terus pegang perut takut
apa2 terjadi pada baby aku. Then esoknya terus
ke klinik and bila doc scan baby aktif bergerak
and nothing happend to him. Alhamdulillah

Aku plak doc kata may b perubahan hormon and
bagi aku MC je. Dia tak cek darah aku
sebabnya mengikut jangkaan doc darah aku mungkin ok
sebabnya aku baru check up darah 2 minggu lepas.

Aku suka tengok masa doc scan baby sebabnya dah nampak
kaki dia yang panjang. Jantina pun doc dah kasi tahu
cumanya doc tak berani nak sahkan lagi.
Anyway, aku dengan ES memang menerima seadanya
sebabnya dia tetap anak kami. Pasal jantina
memang tak jadi masalah pun.
Yang penting baby selamat and sihat
serta cukup sihat
AMIN..

Tapi cian kat ES sebabnya tak boleh masuk tengok
baby. Aku check kat goverment so, hanya aku je lah
yang boleh masuk. Last dia tengok masa kandungan aku
2 bulan lebih kot.
Tapi ES dah sibuk ajak aku g scan kat swata
sebabnya katanya dia pun nak tengok perkembangan
anak jugak.

No comments: