Wednesday, 27 January 2016

0
Komen

Rindunya Semua

Assalamualikum....

Puuuuuuu...Puuuuuu... ishhh. apa lah banyak habuk ni. Cam ner lah xbanyak rasanya last aku update perkembangan semasa aku kat blog ni masa anak aku beberapa bulan je lagi. Sekarang anak aku dah besar pun. Usia Vee dah pun nak cecah 2 tahun. Sepanjang bergelar ibu aku sangat2 bahagia dengan kehadiran insan tersayang (ES) yang sangat2 peka dan membantu dalam segala hal. Bukan sekadar hal rumah2 ni, malas masak memasak jugak. Syukur padaMu Ya Allah.

Selain tu jugak, aku sekarang tengah mengandung anak ke 2. Alhamdulillah rezeki Allah beri. Bak kata orang rezeki jangan ditolak tapi harus dicari. hahahahahahha. Aku tak lah mengimpikan untuk jarak yang dekat tapi rasanya elok jugak preggy sekarang. At least baju2 Vee semua boleh bagi kat c adik. Tambahan pula, sekarang ni baju2 budak mak aihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mahal kemain. Padahal baju newborn je pun. Ciput je saiznya tapi harga cecah sampai 30 ke 40 hinggit, So dalam ekonomi yang tengah rancak membeban ni, baik lah berjimat selagi boleh

Penglaman mengandung anak ke 2 so far xjauh beza dengan mengandungkan Vee. 
Xbanyak kerenah, xbanyaka alahan, xde muntah2 yang sangat ketara. Tak de mual yang teruk. Malah aku bersyukur sebabnya sepanjang mengandung ni tak de pun aku kena MC disebabkan keadaan yang tidak sihat. Dan paling penting budak-budak opis aku pun xtahu aku tengah mengandung sebabnya aku macam biasa je. Pergi kerja.. balik kerja... buat kerja biasa.. tak de mual2. perut tak nampak. Ke sebab aku yang gemuk menyebabkan perut aku tak nampak? hahahahahah

Banyak lagi benda yang aku akan kongsikan dengan u all semua sebabnya sekrang mood untuk berblogging untuk kembali. Rindu nak menaip2. Nak share semua dengan u all. Share pengalaman bagai.Nanti aku akan sambung lagi ye. Lagi pun sekarang ni HP aku mati. So xleh nak transfer picture. Kalau x, banyak je isi2 yang boleh aku luahkan kat sini.

No comments: