Monday, 29 December 2014

0
Komen

Nasi Kandar Kudu Bin Abdul

Lepas aku story pasal banjir2, tetiba nak change 
pada makanan plak kan...
Jangan cepat pk buruk erk.. aku g makan ni dah lama 
Tak silap aku masa 2 Kelantan masih aman dan harmoni
Aku dah lama nak makan nasi kandar tapi
tak kesempatan. Tambahan plak last aku makan masa aku preggy
and time 2 memang terasa nak muntah sebabnya 
ES je yang beria nak makan. Aku cuma temankan je. hahahahaha

Dia plak yang tetibe mengidap nak makan nasi kandar
masa aku pregnant hari 2. Kesian dia.... Nak makan KFC memang aku
tak layan sebabnya aku terus hilang minat pada KFC
hahahahahaha.... Padahal sebelum ni hantu taw. Pantang
jumpa signboard KFC terasa nak makan. 

Ok... ni alkisah bulan lepas tak silap aku... November kot
Aku ajak ES g KL sebabnya SOgo kan ada sales sekarang ni
Mesti lah kena gosok2 siki ES supaya cair dengan aku.
hahahahha.... Lagi pun aku dah g dengan member aku masa hari Jumaat
So balik terus lah pujuk rayu dengan ES sebabnya ada benda
yang aku dah aims nak beli. hahaha

Alang-alang pergi ke Sogo melalui Chowkit, terus lah singgah
makan nasi kandar ni. FUh..... memang terbaik lah.

Bergambar dulu sebelum pergi makan. Perot tengah lapa
sebabnya ES tak bagi breakfast :(

Tengok lah ES dengan gigihnya beratur.
U all boleh tengok betapa panjangnya beratur untuk makan nasi kandar ni. Padahal ni bukan waktu lunch lagi.
Tak silap aku baru pukul 11 lebih kot.


Ok.... kalau u all semua nak cari kedai ni,
Boleh google.. dia jalan chowkit menghala ke
Jalan TAR.. Sebelum traficc light depan Maju Junction.
Depan dia ada bank... Tak silap aku CIMB kot..
Tanya encik google mesti dapat.
hehehehe

Are you hungry????
Baby hanya boleh drink milk je.
Tunggu sebulan je lagi k..
Menunggu dengan penuh kesabaran dan kelaparan

Alamak... salah tepek lah plak. hehehe
Ni hasilnya yang kami makan.. licin
ES memang tak suka membazir... hahahaha
Tinggal tulang je
So u all semua boleh lah buat kesimpulan betapa sedapnya
nasi kandar ni.

Ni lah menu yang ES ambil....
nasi...ayam... daging...sayur2.. and juga bendi
kuah plak dicampurkan semua sekali.
fuh..... menjilat jari wei

Sunday, 28 December 2014

0
Komen

Hikmah Daripada Banjir di Kelantan

Setiap kejadian yang berlaku adalah dengan izinNya
sebagai hamba yang taat pada perintahNya 
haruslah bersabar dan sentiasa bersangka baik pada
Allah kerana setiap kejadian yang berlaku
ada hikmah yang Allah sahaja tahu. 

Banjir besar yang berlaku di Negeri Kelantan amat 
teruk dan dasyat kerana melibatkan kehilangan nyawa
dalam jumlah yang besar tetapi tidak dihebahkan oleh
pihak media masa. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
untuk setiap hambaNya. Percaya lah wahai saudara Islamku
Allah sudah menentukan setiap benda yang berlaku 
dan dihadapi dengan tabah serta taqwa oleh hambaNya akan 
mendapat ganjaran yang setimpal dikemudian hari.
Mungkin sekarang kita tidak sedar akan hikmahnya.

Saudara islamku, percaya lah bahawa Allah akan meghantar
bidadari untuk membahagiakanmu dan memastikan kamu tidak akan 
berduka sepanjang hidupmu.
Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah dalam perancangan
Allah dan kebahagaian akan menanti dimasa akan datang.

Aku ada terbica 1 wassap yang diterima dari group lain
dimana mengatakan 
Allah juga mendatangkan banjir yang besar di
Kota Makkah yang dahulunya dijadikan tempat himpunan
segala berhala-berhala dan patung-patung, kemudian Allah
mendatangkan banjir besar untuk menyucikan kembali
Kota Makkah daripada perkara kufu. 

Begitu juga lah banjir besar yang melanda negeri Kelantan,
ianya perlu dilihat dari sudut positif dimana
Kelantan akan menjalankan hukum hudud iaitu perintah Allah
pada tahun hadapan (2015). Banjir yang telah diperintah
kan oleh Allah ini mungkin atas tujuan menyucikan bandar
Kota Bharu dari segala maksiat atau perkara yang tidak elok.

Selain itu, perlu diingatkan juga, Kelantan adalah negeri
yang dipandang mundur berbanding dengan negeri2 lain.
Tidak mustahil selepas ini Kelantan akan bertambah maju
dan berkembang pesat seperti mana Bandar Acheh
yang dahulunya tidak kenali akan tetapi hari
ini menjadi pusat pelancongan yang sangat terkenal 
selepas dilanda Tsunami pada 26 Disember 2004.

Oleh yang demikian, tingkatkan ketaqwaan kepada pencipta
serta sentiasa yakin dan bersangka baik pada Allah kerana
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Allah juga
Maha Pengasih dan tidak akan dihantar bala bencana
kepada hambaNya yang tidak mampu.









Kuala krai pada 24 Disember 2014

Ombak besar tapi yang ni aku tidak pasti area mana

Kesedihan yang melanda sekolah manik urai dimana
mangsa banjir terperangkap di tingkat 4 bangunan sekolah
tanpa ada bantuan @ penyelamat yang datang sedagkan
bot2 polis, tentera dan maritim boleh je mengharungi
laut yang bergelora tetapi kenapa mangsa ini
tidak diselamatnya???

Sama-sama kita berdoa supaya kesemua mangsa selamat kerana
pada 25 Disember 2014 aku dipahamkan air naik sehingga
mencecah ke tingkat 4 dan tidak tahu apa nasib mangsa keadaan.


Keadaan stadium Kelantan

Hospital besar Kota Bharu - Hospital Raja Perempuan Zainab
Semoga semua pesakit telah dipindahkan ketempat yang sepatutnya
dan semuanya berada dalam keadaan baik







keadaan rumah kawan aku kat Taman Restu, Telipot.



Keseluruhan negeri Kelantan dari pandangan udara.
Masya Allah... semuanya dipeuhi air dan langsung tidak daratan

Wisma Kota Bharu


Pelajar-pelajar UMK yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa
masing-masing dan terpaksa mengharungi banjir




Pemandangan kampung kusial bharu dari pandangan atas bukit



0
Komen

Sultan Kelantan is The Best

Tanpa mengenal penat, lelah, pangkat dan darjat
yang dipegagang beliau telah turun padang 
dan dengan hebatnya telah membantu orang
ramai tanpa pengetahuan dan kesedaran
orang awam serta orang kampung.
Memang Tuanku is the best sultan yang ada.

Ketika Kelantan dilanda banjir, beliau turun sama
turun padang, menaiki bot serta memberi bantuan
kepada mangsa-mangsa yang terperangkap
sehinggakan semua orang tak sedar
kedatangan Tuanku disitu.

Aku sendiri terkejut bila dimaklumkan akan berita ini
sebabnya tak sangka Tuanku sanggup berbuat demikian
Tapi memang tidak dinafikan dalam ramai2 sultan
SUltan Kelantan adalah antara Sultan yang sangat berjiwa
rakyat dan juga terkenal dengan sikap down to earth. 
Kagum aku sebagai rakyat Kelantan.

Beliau telah pergi ke tempat2 banjir tanpa di iring,
tanpa membawa pegawai2, tanpa liputan yang meluas oleh
jurucamera and pelbagai lagi.

Tanpa memakai selipar pun. Macam rakyat biasa je dia
Berbanding dengan yang lain yang memerlukan liputan
media dari segenap sudut dengan setiap kebaikkan yang dihulurkan
kepada rakyat


Pergi melawat kawasan yang dilanda banjir dengan membawa \
kenderaan sendiri. Tanpa pemandu. Ini lah baru dikatakan
pemimpin yang dekat dengan rakyat.
Memahami situasi yang sialami oleh rakyat.
itu lah keberkatan yang ada pada Sultan Kelantan bila menjaga
solatnya serta tingkah lakunya bila berdepan dengan orang
bawahannya... Kagum sangat2

0
Komen

Tahniah The Red Warrior Lembah Klang

Pada malam Kelantan dinaiki air yang begitu teruk,
kumpulan TRW Lembah Klang telah membuat keputusan untuk
menolong dan membantu golongan mangsa banjir
di pedalaman dimana kami semua dipahamkan makana tidak sampai
ke sana. Oleh yang demikian, bantuan yang bawakan 
oleh TRW Lembah Klang mnuju ke daerah pedalaman seperti
Kuala Krai dan juga Gua Musang

Mereka telah berjaya mengumpul sumbangan dari orang ramai
pada 1 malam sahaja akan tetapi sumbangan
yang diterima mamemang tidak sangka 
dan mereka berjaya memuatkan semua barangan tersebut kedalam 
2 buat trela. Tahniah kepada semua rakyat yang sangat
prihatin dan sumbangan mereka hanya Allah yang mampu
untuk membalasnya.

TRW Lembah Klang memang sangat gagah untuk menjayakan 
misi kerana tidak tahan melihat sengsara yang 
dihadapi oleh orang Kelantan terutamanaya dipedalaman dimana
bantuan ditidak sampai disana. Mereka akan cuba semua alternatif
untuk memasuki kekawasan pedalam bagi memastikan
mereka tidak mati kelaparan.



Ahli TRW Lembah Klang yang diketuai oleh
Faizal - dua dari kanan

Tengok lah sumbangan yang berjaya mereka bawa.


Orang kuat TRW Lembah Klang - Faizal


Semua usaha yang dilakukan amat lah berbaloi kerana
penghantaran dihantar sendiri oleh mereka dan
tiada pihak ke 3. Syabas anak2 Kelantan yang bergabung tenaga
dan juga sanggup membahayakan diri sendiri demi menyelamatkan
nyawa bayi2, kanak2 serta warga emas.
Semoga Allah memudahkan semua urusan mereka

0
Komen

Banjir Di Kelantan - Part 3

Terlampau banyak yang aku nak kongsikan dengan semua orang
sebabnya aku nak tunjukkan pada semua
kejadian sebenar yang telah berlaku di negeri aku
yang tindak mungkin disebarkan oleh pihak2
tertentu. Oleh itu, aku ambil kesempatan untuk
berkongsi susah kami semua dengan orang ramai.

Bandar Kota Bharu


U all semua boleh tengok keadaan arus yan sangat deras



Bank Rakyat kota bharu - sumber dari kak long sebabnya dia pun
staff bank rakyat jugak
Dalam ni semua aku share dari sumber kelaurga aku sendiri

Berhadapan SUK Kelantan

Sekolah Tebing Tinggi, kusial Bharu..
Sekolah ni 2 tingkat and air telah menenggelamkan
tingkat 1. Semua mangsa banjir berada di tingkat 2
Harap sangat2 air mula surut sebabnya bimbang kalau ai
cecah sampai ke tingkat 2

Ni rumah pak saudara aku yang aku cerita pada entry sebelum ni
pak saudara aku pakai baju warna hitam lengan panjang
and yang pakai baju hitam lengan pendek ialah
tok saudara aku. Yang tidak berbaju ialah jiran aku
Tengok lah rumah... Tinggal bumbung sahaja. 


Alhamdulillah pada 26 Disember air dah mula surut di Kuala Krai
tetapi boleh tengok kemusahan yang terjadi. Tapi aku tak heran dengan kemusnahan yang berlaku di Kelantan tapi yang aku
penting ialah mangsa banjir yang selamat.
Aku tak sekuat diorang untuk mengharungi saat yang begitu genting
Memang banyak benda yang diorang lalui dengan berhujan panas
diatas bukit....di bawah pokok... tanpa makanan... baby tak makan
orang tua yang tidak sihat
Yang mana terpaksa berenang untuk menyelamatkan nyawa
dengan arus yang kuat...

Sedih and pilu bila aku pk 

Jambatan Pualau Melaka yang mula retak... Aku baru sahaj dapt
info dari member aku yang air mula melimpahi jambatan ini.