Monday, 15 December 2014

0
Komen

Membuang Kahak : Kaedah Stim

Sejak kebelakangan ni Viana memang kerap sangat2
kena batuk2 and juga selesema. Aku pun tak tahu kenapa
Memang mudah sangat dijangkiti. 
Biasa lah kan, baby kan memang mudah kena penyakit2 ni
Kita yang tua pun boleh kena apa lagi baby.

Puas aku dengan walidnya usaha untuk membuang kahak
tapi tetap ada jugak. And last2 aku memang 
set mind utuk usaha juga buang kahak sebabnya
kesian sangat tengok dia xselesa time menyusu and juga
tido. Memang bunyi2 taw.. Aku yang nengok pun
rasa tak selesa apa lagi dia yang masih kecil ni.

Lama aku duk depan laptop, and mencari pelbagai
cara untuk buang kahak ni. Last2 aku pun nampak lah cara yang
aku rasa sangat tradisional. Tapi aku sebenarnya tak berani 
nak buat sebabnya ada aku baca it suitable for baby 
6 months and above. Viana kan baru je  5motnh.
Tapi aku dengan ES sanggup ambil risiko jugak and buat
juga kaedah ni sebabnya feedback yang aku baca 
memang sangat2 memberangsangkan. Lagi lah aku terasa
nak try buat sangat2.
hehehehe

Rilax je time ni sebabnya belum start lagi.
Masih boleh sengeh2 lagi...
Hati manyak senang wooo

Boleh pakai air panas dalam besen atau apa2 sahaja
Tapi memandangkan aku ada warmer, so gunakan lah
dengan sebaiknya.
Ok, dalam ni aku just letak air and juga biji
habatussauda... sebanyak 7 biji. Sebelum masukkan dalam ni,
aku baca
1) Selawat Nabi - 3 kali
2) Ayat kursi - 3 kali
3) Surah alfatihah....Sampai kat ihdinassiro tolmustaqim.. niat lah apa2 sahaja yang dihajati and then aku masukkan ke dalam air
ni.

Untuk sesiapa yang ada apa2 penyakit boleh amalkan yang ni
jugak. Tapi lepas je baca ayat 2, makan biji tersebut then
habiskan bacaan tersebut. InsyaAllah akan berhasil
Yang penting yakin dengan pertolongan Allah

Make sure punggung baby lebih tinggi dari kepala,
Ni bagi memudahkan segala kahak2 dia kuar. Sama ada
melalui hidung @ mulut lah nanti.

Memandangkan viana baru je 5 bulan, so tempoh aku buat
cuma  2minit je. 2 pun tahap dia nangis memang tahap
kilat lah. Memamng kuat sangat2.. Aku tengok pun tak sampai hati
sebabnya muka dia terpaksa menahan wap yang panas sampai
merah padam muka dia. Tapi aku tak de lah letak rapat sangat.

Lepas je siap, aku terus terbalikkan anak
and sedut pakai penyedut yang aku beli.
Banyak sangat2 kluar.. Memang puas hati dengan hasil stim ni.
Memang betol2 berjaya


Setelah kepenatan menangis... Tiso lah dia dengan nyenayaknya sebabnyakahak dah tak de.Memang nampak sangat perubahan
sebabnya lepas je minum susu ni dia tido 5 jam tanpa sedikit pun
gangguan.. Aku and ES pun memang senang hati sangat2 dapat tengok anak tak meragam. kalau tak, memang jenuh jugak
nak melayan dia time dia tak sihat.

No comments: