Perbualan aku dengan pihak IPK Tanah Merah
A :Saya perlukan bantuan ke Kusial Bharu kerana mak saudara
saya sekarang ni sangkut di rumah sendiri and air
telah naik sehingga ke paras pinggang. Mohon pihak polis
menghantar bantuan ke sana dengan kadar segera
kerana terdapat seramai 100 orang bersama mak saudara saya.
P :Puan, kami minta maaf sebabnya ni dah malam and bot kami tak jalan malam.
Apa u all aspect? Ni bukan cerita tipu
tapi ni cerita yang aku sendiri kol sebabnya nak menyelamatkan
mak saudara serta orang kampung yang masih lagi tidak dipindahkan
ke pusat pemindahan di Kusial Bharu, Kelantan.
Aku sedih sangat2 terima jawapan macam ni sedangkan air
makin naik. Kusial Bharu hanya dipunggah oleh bot orang
kampung yang tidak mempunyai minyak yang cukup
untuk punggah semua orang kampung. Aku memang sedih sangat2
Sebabnya mak saudara aku ni adalah orang yang rapat dengan
aku. Sedaya upay aku cuba untuk menyelamatkan semua orang
Last sekali aku terpaksa call secara personal ke
seorang tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan dan juga di
Kem Tanah Merah. Setelah tu, baru aku dapat tahu
dari pak saudara aku yang kebanyakkan mangsa telah pun
di pindahkan ke pusat pemindahan. Sampai macam 2 sekali????
Come on lah... ni melibatkan nyawa... jangan lah sampaikan
nak pk pasal pihak atasan atau apa. Kalau orang kampung
yang memang tidak kenal sesiapa macam mana?
Keadaan perumahan kampung kusial bharu. U all semua ada nampak dalam berita pasal ini???? |
Kereta waja itu ialah kereta abang ipar aku Ni rumah kakak aku kat Taman Harmoni Tanah Merah. Masa ni abag ipar aku balik untuk menyelamatkan keretanya dari tenggelam banjir. |
Keadaan ni sebelum banjir yang teruk. Abang ipar aku 2. Balik untuk tengok apa2 benda yang boleh diambil Tapi semua barang2 penting kak long and abang ipar aku telah simpan |
Kawasan sekitar rumah kak long aku pada sebelah petang Nasib baik dia sempat balik ambil kereta dia |
Korang boleh nampak x air yang nak mencecah sampai ke bumbung rumah????? And yes... ni rumah kak long aku. |
Ni pada hai mula-mula banjir. Air masih lagi paras kaki and ni semua orang kampung yang terpaksa bertahan di sini demi menyelamatkan nyawa masing-masing Bekalan makanan juga terputus |
Ni keadaan di masjid pada 24 Disember 2014. Air mula naik sehingga ke paras lutut. Orang kampung terpaksa bertahan |
Bagi kanak-kanak and warga emas akan ditempatkan di tingkat 2 masjid bagi memastikan keselamatan mereka |
Sekolah Tahfiz Kusial Baru, Tanah Merah, kelantan |
Alhamdulillah akhirnya bantuan dari Perantau Kusial dan juga sumbangan dari CIMB Bank Bangsar tiba di kamoung ini untuk memberi bantuan makanan kepada mereka. |
No comments:
Post a Comment