Sunday, 28 December 2014

0
Komen

Hikmah Daripada Banjir di Kelantan

Setiap kejadian yang berlaku adalah dengan izinNya
sebagai hamba yang taat pada perintahNya 
haruslah bersabar dan sentiasa bersangka baik pada
Allah kerana setiap kejadian yang berlaku
ada hikmah yang Allah sahaja tahu. 

Banjir besar yang berlaku di Negeri Kelantan amat 
teruk dan dasyat kerana melibatkan kehilangan nyawa
dalam jumlah yang besar tetapi tidak dihebahkan oleh
pihak media masa. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik
untuk setiap hambaNya. Percaya lah wahai saudara Islamku
Allah sudah menentukan setiap benda yang berlaku 
dan dihadapi dengan tabah serta taqwa oleh hambaNya akan 
mendapat ganjaran yang setimpal dikemudian hari.
Mungkin sekarang kita tidak sedar akan hikmahnya.

Saudara islamku, percaya lah bahawa Allah akan meghantar
bidadari untuk membahagiakanmu dan memastikan kamu tidak akan 
berduka sepanjang hidupmu.
Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah dalam perancangan
Allah dan kebahagaian akan menanti dimasa akan datang.

Aku ada terbica 1 wassap yang diterima dari group lain
dimana mengatakan 
Allah juga mendatangkan banjir yang besar di
Kota Makkah yang dahulunya dijadikan tempat himpunan
segala berhala-berhala dan patung-patung, kemudian Allah
mendatangkan banjir besar untuk menyucikan kembali
Kota Makkah daripada perkara kufu. 

Begitu juga lah banjir besar yang melanda negeri Kelantan,
ianya perlu dilihat dari sudut positif dimana
Kelantan akan menjalankan hukum hudud iaitu perintah Allah
pada tahun hadapan (2015). Banjir yang telah diperintah
kan oleh Allah ini mungkin atas tujuan menyucikan bandar
Kota Bharu dari segala maksiat atau perkara yang tidak elok.

Selain itu, perlu diingatkan juga, Kelantan adalah negeri
yang dipandang mundur berbanding dengan negeri2 lain.
Tidak mustahil selepas ini Kelantan akan bertambah maju
dan berkembang pesat seperti mana Bandar Acheh
yang dahulunya tidak kenali akan tetapi hari
ini menjadi pusat pelancongan yang sangat terkenal 
selepas dilanda Tsunami pada 26 Disember 2004.

Oleh yang demikian, tingkatkan ketaqwaan kepada pencipta
serta sentiasa yakin dan bersangka baik pada Allah kerana
Dia tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan Allah juga
Maha Pengasih dan tidak akan dihantar bala bencana
kepada hambaNya yang tidak mampu.









Kuala krai pada 24 Disember 2014

Ombak besar tapi yang ni aku tidak pasti area mana

Kesedihan yang melanda sekolah manik urai dimana
mangsa banjir terperangkap di tingkat 4 bangunan sekolah
tanpa ada bantuan @ penyelamat yang datang sedagkan
bot2 polis, tentera dan maritim boleh je mengharungi
laut yang bergelora tetapi kenapa mangsa ini
tidak diselamatnya???

Sama-sama kita berdoa supaya kesemua mangsa selamat kerana
pada 25 Disember 2014 aku dipahamkan air naik sehingga
mencecah ke tingkat 4 dan tidak tahu apa nasib mangsa keadaan.


Keadaan stadium Kelantan

Hospital besar Kota Bharu - Hospital Raja Perempuan Zainab
Semoga semua pesakit telah dipindahkan ketempat yang sepatutnya
dan semuanya berada dalam keadaan baik







keadaan rumah kawan aku kat Taman Restu, Telipot.



Keseluruhan negeri Kelantan dari pandangan udara.
Masya Allah... semuanya dipeuhi air dan langsung tidak daratan

Wisma Kota Bharu


Pelajar-pelajar UMK yang berusaha untuk menyelamatkan nyawa
masing-masing dan terpaksa mengharungi banjir




Pemandangan kampung kusial bharu dari pandangan atas bukit



No comments: