Friday, 12 July 2013

0
Komen

Bersahur

Salam all my reader . huh
Salam juga pada ES and juga adik ipar aku yang baru je terjah ke blog ni
Welcome to my Cute Blog
kuikuikui

U all semua tentu bangun sahur kan? makan apa?
Kepada sesiapa yang tak bangun harus di ingatkan
Bahawasanya....................
Puasa yang membeza kan umah Islam dengan kaum lain adalah dengan bersahur.
Aku dengan ES stakat ni memang bangun lah
Harap2 akan rebut peluang ni sampailah akhir Ramdhan
InsyaAllah..

Aku sahur dengan roti telor and milo tapi lupa nak capture pic
hahahah...
Alah, korang bayangkan sendiri lah macam mana menu aku 2.
Aku tak buat makanan berat sebabnya aku memang jenis yang bukan bersahur dengan nasi
Same dengan ES. So aku tak payah nak bangun awal sangat
hehehehe
Dasar pemalas lah katakan.

Ni aku ada share cikit dengan korang semua tentang fadhilat bersahur.

Pengajaran hadis:

1. Orang yg hendak makan sahur disunatkan melambatkan berbuat demikian sehingga hampir dengan waktu subuh.

2. Jarak yg paling afdal untuk bersahur dengan masuknya waktu subuh ialah sekadar lama bacaan lima puluh ayat Al-Quran.

3. Umat Islam digalakkan bersahur kerana perbezaan antara puasa orang-orang Islam dengan puasa ahli kitab ialah dengan makan sahur.

4. Waktu bersahur ialah bermula pada pertengahan malam sehingga terbit fajar namun disunatkan untuk mengakhirkan waktu bersahur iaiut kira-kira 10 atau 15 min sebelum bilal melaungkan azan subuh. Rasulullah S.A.W pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.

5. Mengantuk dan letih tidak boleh dijadikan alasan untuk enggan bersahur kerana sahur dapat membantu menguatkan badan orang yg berpuasa untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, disamping sahur itu sendiri adalah satu amalan sunat yg berkat. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani, yg dimaksud dengan berkat (barakah) itu ialah akan mendapat ganjaran dan pahala di mana Allah akan merahmati orang-orang yg makan sahur dan malaikat juga akan mendoakannya.

6. Pengambilan makanan sahur adalah titik yg membezakan antara puasa penganut agama lain dengan puasa kaum muslimin kerana penganut lain tidak bersahur sebelum berpuasa.

7. Waktu sahur adalah waktu yg paling mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT. 

8. Sahur itu boleh dilakukan dengan sedikit makan walaupun cuma seteguk air. Namun tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yg secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yg terlalu banyak atau terlalu sedikit pasti akan mengganggu kesihatan.
Haaaaaa,,, amacam? Tak nak bangun sahur lagi memang aku tak leh kata apa lah
Tapi ada sesetengah orang awal pose memang rajin lah. Tapi cuba tengok dah tengah2 nanti. Confirm tak bangun punya. heheheh
Aku actually nak share pic juadah berbuka semalam
Tapi dalam camera lah bukan dalam HP
Juadah semalam memang best and aku memang teruja nak share dengan semua.
Tunggukan entry aku nanti k. huhuhu
Saje nak bagi u all semua tertunggu2......

No comments: