Friday, 19 July 2013

0
Komen

Renungan Jumaat

Syawal bakal tiba, semua bergumbira..
tapi nape ketika Ramadhan bakal tiba ada dikalangan kita yang gundah gelana, sedih
pilu dan ada sesetangah daripa kita susah untuk terima Ramdhan akan tiba????

Aku sendiri akui yang aku juga embira tika Syawal menjelang tiba
Tapi setidak2nya diri ni juga ada secalit perasaan gembira menyambut Ramdhan
Terutama berpuasa dengan insan yang ditunggu selama 7 tahun
cecececece,... kemain lagi pagi2 ni

Tapi hari ni aku nak mengajak semua untuk berpk sejenak tentang diri kita
Sebelum tiba Ramadhan ada kita buat persiapan?
Aku rasa sebelum Ramdhan tiba, persiapan yang dilakukan
ialah menyambut Syawal.
Aku bukan nak kata apa, cumanya nak mengajak semua kawan2 serta ES berpk sejenak
tentang diri kita yang sentiasa kerdil di cc Allah
Ada baiknya jika kita membuat persiapan menyambut Ramadhan sepertimana
persiapan Syawal.

Cuba perhatikan ada x kita
terawih setiap malam?
Bangun untuk solat di tengah malam?
Mengaji sepanjang puasa?
Meluangkan masa sejenak untuk berzikir?
Meluangkan masa menonton rancangan ilmiah?
Mengambil iktibar dari kesusahan orang lain?
Memasak dengan seikhlas hati untuk menu berbuka / bersahur
Berterima kasih suami isteri atas keperluan yang diberikan
Berterima kasih kepada Allah atas nikmat
Bersedekah


Persiapan Syawal pastinya akan lebih meriah daripada Ramadhan.
Selalu kita dengar "Alah, tak pe, tahun depan kan ada"??
Tapi confirm ke tahun depan kita sempat?
Apa jaminan tahun depan kita ada lagi?
Kalau tak sempat macam mana?

Aku akan share 1 pengalaman yang terjadi pada my aunty
Sesuatu yang memang tak di duga
kerana berlaku dengan begitu pantas
Dalam sekelip mata.....
Semuanya kekuasaan Allah.

Aku bukan nak bangga diri tapi aku amat bersyukur sebabnya di kurniakan
seorang suami yang boleh mendidik aku.
Bila aku tengok ES aku memang bangga dengan dia.
Sampai hari ini dia belum lagi meninggalkan terawih.
Aku plak dah pun tertinggal terawih selama 3 malam sebabnya kepenatan.
ES sanggup tak pergi terawih ke masjid kerana nak menjadi imam pada isterinya
Aku plak bukan malas pergi terawih d masjid cumanya aku terasa penat
Aku pergi pada hari cuti.

Aku memang suruh ES pergi masjid tapi katanya tak nak aku
terawih sendirian. Aku memang begitu bersyukur
Allah Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui.
Walaupun sampai sekarang aku masih lagi berdua
Dan amat2 berharap akan ada kehadiran zuriat,
tapi Allah tetap kurniakan aku seorang suami yang begitu memahami aku

Banyak dugaan and cabaran yang aku and ES tempuh sebelum bergelar suami isteri
Namun kami harungi dengan harapan, dia lah jodoh terbaik sampai ke Syurga.

Hari ini aku bukan nak tunjuk lagak pandai jadi ustazah cumanya
apa yang aku taip ni semuanya datang dengan spontan.
Tak pe lah sedikit sebanyak dapat jugak share dengan everyone.
Anyone who has own opinion can share with me and all our friends.
You are most welcome to give any comments.


No comments: