Friday, 26 July 2013

0
Komen

Solat Terawih KL dan Kelantan

Salam Jumaat untuk semua readers.
Aku tak de apa nak update
So, aku pun terlintas kat solat terawih

Actually aku bukan nak kata mana baik and mana tak baik
Aku just nak share dengan semua orang
Ye lah... orang KL mana pernah g solat
terawaih kat Kelantan, dan
begitu lah sebaliknya...
Ye kan?????? Baik ngaku..

Meh aku story
Solat terawih kat Kelantan, memang langsung
tak de tazkirah. Memang kami akan direct solat
And juga tak pernah ada imam yang akan buat 8 rakaat
Selalunya akan buat full lah.
Tang witir plak, memang tak de witir
3 rakaat.. Selalunya witir imam akan buat
2 rakaat + 1 rakaat..
Memang akan jadi sama 3 rakaat jugak, cumanya
ianya di asingkan. 2x salam lah maksud aku
Paham?

Kat KL plak, memang setakat ni aku tak jumpa lagi masjid
atau surau yang buat full. Memang akan buat 8 rakaat
and juga akan ada tazkirah ditengah2
Witir plak, stakat ni baru 1 masjid yang aku
g and buat witir 3 rakaat dengan 1 salam.

Tak de salah pun mana2.
Semuanya betol.
Bila ada tazkirah boleh lah kita timba ilmu
selaian dapat pahala berjemaah
Kalau tak, susah je nak jejak masjid kan? huhu
So, bila buat cam ni, dapat berjemaah and secara
tak langsung dapat jugak hadir majlis ilmu.

Betol lah orang kata..
Masuk kandang kambing ngembik,
masuk kandang harimau mengaum.

Jangan plak korang semua pk aku nak jatuhkan mana2
sebabnya Kelantan tempat lahirku..
Manakala KL plak tempat aku mencari rezeki
So, aku memang tak de nak condem mana2 k

Ini adalah sekadar perkongsian je. Mana taw,
Mana2 member2 blogger yang nak share tentang terawih
kat tempat masing2 di alu2kan
Dari yang tak tahu, jadi boleh tahu

Tuntut lah ilmu sampai ke negera China.

Sekian. 

No comments: