Monday, 29 July 2013

0
Komen

Diskaun Until 80% at The Store

Ni aku cite kat Ampang.
Dewan Dato Ahmad Razali.
The Store ada buat potongan sampai 80% taw kat sini
Aku memang hari2 tengok tapi nak singgah
haruslah dengan ES
Baru save duit aku. huhuu

So, balik je dari majlis berbuka puasa
yang dianjurkan oleh office aku,
tengok dewan ni masih ramai lagi.
Apa lagi, terus suruh ES masuk lah. hehe
Duit dalam tangan memang 0 lah
Tapi ES kata, masuk tengok dulu

Sekali kami masuk amat lah terperanjat sebabnya
begitu murah and juga banyak choice ok.
banyak plak
yang berkenan kat hati ni.
Es sepantas kilat tanya
"boleh bayar pakai kad x?"

Wahhhhh sempat aje possing

Aku ingat aku yang teruja.
Sekali aku tengok ES dah jumpa dulu
barang dia.

ES memang dah lama nak cari kasut yang simple cam ni.
Bila dah jumpa dengan price yang begitu murah,
ES kata nak rembat terus lah

Ni lah yang ES pilih
Aku berkenanan warna coklat tapi
sayangnya no size for my husband
ES pun terpaksa pilih grey

Ni aku yang berkenan
Memang nampak cantik
Price : RM 17.00

Asyik barang ES je.
Aku pun nak jugak lah. hehe
So ni aku tengah pening sebabnya bagi aku ketiga-tiga
comel. Last2 aku pilih yang paling kiri

Ni price before less.
After less price dia cuma RM 69.00
Aku pada mulanya memang tak mau ambil
tapi sekali ES bagi kebenaran, so aku pun
ambil je lah. huhuhu

Aku ambil juga 1

So, ni lah semua barang2 yang aku beli malam 2
Memang semuanya murah2 taw


Ni lah pentingnya datang shopping dengan ES
Haruslah dia yang bayar.
Aku tukang pilih and juga bawa barang je. huhuu

Kepada sesiapa yang berada di sekitar Ampang boleh lah terjah ke sini. memang berbaloi2 taw.
Kalau tak silap aku promosi ni sampai 4 Ogos 2013.


No comments: