Saturday, 13 July 2013

0
Komen

Resepi Butir Nangka


Salam semua..
Sapa yang tak pernah dengar butir nangka?
Pergi tanya en google atau baca je entry aku ni sampai habis. hehehehe
Mesti nanti korang akan cakap...
"ooooo...kuih ni rupanya"

Aku dah tahu yang korang ni tahu makan tapi tak kenal nama.huhu
Aku nak share resipi ni 
Aku balik je kije tadi, dengan gigihnya terus buat taw.
Aku boleh terpk nak buat butir nangka ni sebabnya officemate aku kasi daun pandan
Dah lah banyak. Padahal umah aku pun ada jugak.

Ok.... memang senang and kacang je
Antara malas and rajin je. huhu
Aku boleh di kategorikan rajin lah jugak
hahahahahaha

Bahan2 dia senang sangat.
Daun pandan
Tepung pulut
Air 
Kapur
Santan
Gula & Garam
Halba


Basuh kasi cuci dulu then blend
Kita nak ambil air daun pandan nie.


Sapa tak kenal?
Aku pun actually tak kenal gak before ni. huhu
Setakat buat kuih ni, kenal lah
G kedai tanya je mak cik kedai 2. Kan senang

This is not fresh milk k.
Tapi ni kapur. Actually depend to u all lah nak letak ke tak.
Kalau tak letak pun tak pe. Aku letak sebabnya nak kasi tak melekat

Ni adalah tepung pulut. Buh dalam mangkuk besar k. Senang untuk di uli

Ok, ni kapur tadi. Ingat taw kena bancuh dengan air dulu
Jangan ambil banyak. Nanti terasa kapur plak butir nangka ni. Sikit je

Lepas je blend daun pandan tadi, kena tapis dulu
Lagi pun kita just nak ambil air dia je
Campurkan air daun pandan tadi dengan tepung pulut. Then gaulkan sehingga lah adunan tidak melekat kat tangan. Campurkan sekali dengan air kapur jugak. Uli2 sampai lah sebati. Tak payah letak pewarna sebabnya dah guna air daun pandan. Memang akan jadi hijau. Melainkan u all nak change color dia. Haruslah guna pewarna.
Lepas memang dah confirm tak melekat kat tangan
U all semua boleh lah gentel2 jadi bulat2 then boil kan.
Tapi time nak angkat mesti rendam ianya dalam air sejuk taw
Nak elak dari melekat antara 1 sama lain
Nak tahu dah masak ke tak, time boil, ianya akan timbul.
Ha... ni lah hasil dia bila dah siap di rebus.

Sekarang nak buat kuah dia plak. Lagi2 lah senang....

Santan + air + gula + garam+ halba + daun pandan (untuk wangi)..

Then biarkan seketika, masukkan lah butir nangka yang siap di rebus tadi.
Biar kan ianya sebati and kuah dia dah seakan2 bertukar menjadi sedikir hijau
(turun air pandan).
Lepas dah mendidih, boleh lah tutup api.
Sedia untuk dimakan.
Senang je kan?
Nanti try lah....

No comments: