Wednesday 27 January 2016

0
Komen

Berakhinya Degree In Information Management (IM)

Wahhhhhhh... manyak syok wo.... Untuk pengetahuan semua, aku start buat degree dari tahun 2010 -2016 taw... lama???????????????? sebabnya aku buat masa 2010 fulltime, Then aku pk nak tekad untuk cari kerja. lepas 2 aku decided untuk cari kerja dan alhamdulillah aku berjaya mendapatkan pekerjaan yang tidak lah elok tapi so far boleh menampung kehidupan aku. Last2 aku tukar mode pengajian ke part time. Sebab 2 lah lama. 

Dan akhirnya, Januari 2016 detik bahagia dalam hidup aku bila aku dah di semester akhir. Tapi paling tak best aku kena buat praktikal. Memang lah tak lama praktikal 2 cuma 4 hari je tapi banyak plak benda kena siapkan. Dari segi dokumentasi, laporan2 yang penting. Banyak lah. So aku pun terpaksa lah turutkan jua demi menghabiskan degree ku ni. Aku sangat bersyukur sebabnya walaupun aku praktikal Boss aku kata xpayah ambik off. So, maknanya cuti aku tak ditolak walaupun aku tak de kat opis. terima kasih bos.... yyyyeeeaaahhhhhhh.

Ni alkisah sepanjang aku praktikal... Aku kije sangat jauh dengan bidang aku belajar. So aku terpaksa lah praktikal. Praktikal yang aku pilih di Perpustakaan tempat aku bekerja, Kemeterian Pertahanan Malaysia. So library ni paling senang untuk aku dapat kelulusan praktikal dalam masa yang sangat singkat. So aku rembat je lah. Lagi pun syaratnya mesti ada penilai dengan gred 41 dan keatas. 

Sepanjang kat sana banyak benda2 yang aku tak pernah jumpa, aku jumpa... antaranya................

 
Ni memaang kali pertama aku tengok secara real. selalunya just baca dari buku @ nota je. Ni Namanya scanner. Untuk scan surat kabar. Tapi rasanya ni scanner model lama. sebab sepanjang aku study rasanya pernah tengok pic yang lagi modern bentuknya.

ni nama dia........................\
hahahha.. nampak x? aku pun lupa... tapi ni alat yang digunakan untuk cetak huruf2
atas buku2 thesis... Tengok pic selanjutnya untuk ketrangan lanjut. 

Ni huruf2 yang akan disusun dan akan diletakkan atas kertas warna emas dan akan di letakkan kat mesin tadi (picture atas) untuk menghasilkan di muka depan buku

Yang ni aku ingat.. nama dia book press. lepas je dah siap semuanya buku yang dihasilkan haruslah tekan dengan benda ni untuk memastikan buku tersebut tak terbuka.. tak terkeluar. senang kata untuk kemaskan buku2 dan juga nampak ianya tersususn dengan cantik

Ni plak aku.. hahahha.
Nama lagi praktikal mesti lah aku yang kena buat sendiri untuk mendapatkan pengalaman. Bukan senang wei nak buat ni. At least tak de lah tercongok je tak tahu apa2


Sebenarnya aku bukan nak tunjuk pintu security yang memang dah selalu korang nampak kat mydin lah, library lah @ mana2 pasaraya. Aku nak tunjukkan strip @ senang dipanggil benang halus yang diletakkan dibelakang buku dan pintu ni mengesan benang tersebut jika u all ada niat jahat untuk mencuri buku. Aku pun baru pertama kali nampak. tapi sayangnya aku tak snap picture benang 2. Staf yang jaga kat library ni bagi yang real kat aku untuk masukkan dalam repot. Sebab 2 aku lupa nak snap pic. huhu

Sekian dulu untuk hari ni. Nanti kita sambung lagi yeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee



0
Komen

Rindunya Semua

Assalamualikum....

Puuuuuuu...Puuuuuu... ishhh. apa lah banyak habuk ni. Cam ner lah xbanyak rasanya last aku update perkembangan semasa aku kat blog ni masa anak aku beberapa bulan je lagi. Sekarang anak aku dah besar pun. Usia Vee dah pun nak cecah 2 tahun. Sepanjang bergelar ibu aku sangat2 bahagia dengan kehadiran insan tersayang (ES) yang sangat2 peka dan membantu dalam segala hal. Bukan sekadar hal rumah2 ni, malas masak memasak jugak. Syukur padaMu Ya Allah.

Selain tu jugak, aku sekarang tengah mengandung anak ke 2. Alhamdulillah rezeki Allah beri. Bak kata orang rezeki jangan ditolak tapi harus dicari. hahahahahahha. Aku tak lah mengimpikan untuk jarak yang dekat tapi rasanya elok jugak preggy sekarang. At least baju2 Vee semua boleh bagi kat c adik. Tambahan pula, sekarang ni baju2 budak mak aihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh mahal kemain. Padahal baju newborn je pun. Ciput je saiznya tapi harga cecah sampai 30 ke 40 hinggit, So dalam ekonomi yang tengah rancak membeban ni, baik lah berjimat selagi boleh

Penglaman mengandung anak ke 2 so far xjauh beza dengan mengandungkan Vee. 
Xbanyak kerenah, xbanyaka alahan, xde muntah2 yang sangat ketara. Tak de mual yang teruk. Malah aku bersyukur sebabnya sepanjang mengandung ni tak de pun aku kena MC disebabkan keadaan yang tidak sihat. Dan paling penting budak-budak opis aku pun xtahu aku tengah mengandung sebabnya aku macam biasa je. Pergi kerja.. balik kerja... buat kerja biasa.. tak de mual2. perut tak nampak. Ke sebab aku yang gemuk menyebabkan perut aku tak nampak? hahahahahah

Banyak lagi benda yang aku akan kongsikan dengan u all semua sebabnya sekrang mood untuk berblogging untuk kembali. Rindu nak menaip2. Nak share semua dengan u all. Share pengalaman bagai.Nanti aku akan sambung lagi ye. Lagi pun sekarang ni HP aku mati. So xleh nak transfer picture. Kalau x, banyak je isi2 yang boleh aku luahkan kat sini.