Friday 27 September 2013

0
Komen

The Guest Hotel & Spa PD

Aku baru je balik dari kursus di PD
Kursus ni 4 hari 3 malam di salah sebuah hotel
yang baru dibuka di PD. Dekat dengan Dataran Segar.
Usia hotel ni sama dengan usia perkahwinan aku
hahahah... Hotel dia best cumanya
in the middle of town.
2 je kekurangan dia. Sebabnya PD kan memang terkenal
dengan pantai2. So bila je kursus kat PD orang terus
akan ingat yang hotelnya dekat dengan pantai

Jom tengok2 hotel and juga makanan kat hotel ini.


Ni adalah toiletries. Toilet dia memang cantik



Ramai kat bilik aku sebabnya baru masuk bilik tak
sampai 25 minit terus aku terpandang kat
anak lipas. mana boleh duk diam.
Aku nangis lah. Bila kol Kak Ita & kak nurul,
rupanya diorang keluar g Giant.
Aku memang menggelabah gila sebabnya
takut dia merayap ketempat yang tak dapat ambil

Aku terus kol reception and mohon bantuan
Dengan keadaan nangis kebetulan En Najib (laison hotel)
kol aku, and dia pun terkejut dengan keadaan aku
Last2 diorang datang menyelamatkan aku. hahahaha

Ni amat memeranjatkan aku sebenarnya sebabnya
Kak ita yang bagitaw aku ada kitab ni dalam bilik.
Aku terus tengok and terkejut jugak lah. Then ada dikalangan
peserta kursus yang mempertikaikan antara tandas
dan juga kiblat. Selain tu jugak, diorang kata arah
kiblat adalah salah. Diorang semak dengan HP.
Kan HP sekarang canggih dah....

Dari bab makanan memang tidak dapat dibnafikan.
Memang sangat2 puas hati sebabnya makanan dia sedap and banyak
Sepanjang duk sana, setiap kali lunch menu utama ialah kambing.
Sup kambing, rendang kambing... fuh... memang sedap lah

Kalau perasaan, cuba tengok telor agar2 kat bawah 2.
Aku memang tak pasti lah telor apa. 4 orang chef yang try tapi still tak dapat tangkap menu apa sebenarnya.
Yang tengah2 memang terasa telor kuning.
Aku memang tak makan lah. hahahaha

0
Komen

Ikan Sungai

Salam semua.. Lama dah tak jenguk blog kan?
Aku baru balik kursus.
ES sekarangkan dah hampir2 nak jadi pemancing tegar
Tapi aku still control sebabnya
dia bawa balik ikan pelik2
yang aku rasa geli geliman untuk masak
hahahahaha...

Bukan queen control taw, tapi aku cuma tak
suka sangat bila ES tak de kat umah.
hahahaha.. Kami kan tengah berhoneymoon lagi
Poyo lahhhhh

Minggu lepas ES g memancing dengan member dia
Then bawa balik ikan yang memang aku tak kenal
and juga tak pernah tengok. Aku memang
langsung tak sentuh.
Proses siang and basuh semuanya ES yang buat
Ni namanya ikan tilan.
Sebenarnya member ES yang dapat,
and diorang bagi kat ES. Time ni
sebenarnya ES dah buang pun ikan ni.
Tapi kucing pun lari bila tengok.
Aku memang tak kenal ikan apa. Tengok macam belut pun ada.
macam ssssss pun ada. hehehe

Aku memang tak tahu nak masak apa, so kol my mum,
mama pun tak tahu ikan apa 2. Mama siap kata tak payah makan
sebabnya takut beracun. haha. Bila kol mertua plak lain
ceritanya. Mertua aku memang hebat bab2
ikan sungai rupanya. Siap boleh bagi menu terus.
hahahah.. So, ES ambil and terus siang2 kan

Aku memang tak tahu ikan apa. huhu
Jong masak je

Ikan tilan yang dah siap di potong2
Aku tolong jugak taw walaupun geli.
Ikan ni memang keras gila masa nak potong2
Aku nengok dalam internet kena rebus dulu sebabnya
nak buang kulit dia. Tapi mertua aku kata tak payah
So, ikut cakap mertua. hahaha

Garam, kunyit hidup, bawang putih
ditumbuk sekali gus. Then letak dalam peti
Memang nampak menyelirakan. hahaha
Tapi aku memang tak makan.
Ikan tilan 2 dah jadi lembut bila ES goreng sampai garing
ES kata memang sedap rupanya isi dia

ES kena masak sebabnya aku berkursus kat PD
Bukan aku malas Okehhhhh


Friday 20 September 2013

0
Komen

Ikan Kelah Hasil Memangcing

Salam Jumaat kepada semua
Next week aku memang tak dapat nak
update blog sebabnya aku berkursus
di PD...Yippppi..
(buat suka walaupun stress menganjurkan kursus)

Semalam aku sampai rumah, ES tak de
sebabnya dia g memancing
Pergi dengan member office dia
yang duk area rumah aku jugak. Sebenarnya dari minggu
lepas lagi diajaknya ES teman dia memancing
tapi minggu lepaskan aku ke Terengganu

ES pergi memancing kat mana, tak de plak
aku tanya.hahahhaha
Lupa lah plak nak tanya. Tapi memang aku tahu
kat kawasan rumah aku ada sungai.
Time dia balik dengan suara yang sangat ria

Sayang.....buka pintu ni.....

Patut lah dia tak leh buka pintu rupanya kat tangan
dia ada ikan kelah. Aku ingatkan banyak ekor
tapi rupanya seekor je
hahahahaha.... Tapi rezeki lah kan?
Cumanya aku memang tak makan. Tukang masak je
Aku memang dah pening nak masak apa

Last2 aku kol mak cik aku sebabnya dia ni memang
pakar masak memasak dengan semua jenis ikan2
dia bagi cadangan goreng saja, asam pedas and juga 3 rasa

Kebetulan plak menu asal aku, ikan pedas....
Apa lagi, terus edjas ke 3 rasa je lah. hahahah
Tapi aku buat jadi 5 rasa. hebat x????
huhuhu...berlagak

Aku memang tak tahu macam mana cara nak basuh
nak siang ke apa ke...
So serahkan pada yang pakar. hahaha.
ES lah yang buat, aku memang tukang masak jer

Tak sampai hati plak nak makan sebabnya comel

Mak cik aku kata, untuk elak hanyir kena  :
1)basuh dengan air beras - tapi aku tanak nasi time ni
2) Basuh dengan cuka - kat umah tak de cuka
3) Rendam dengan air tepung gandung - ada..

So, pemilihan aku untuk membasuh and membuang hanyir ikan
ni, aku rendamkan ia dalam air gandum.
ES yang buh gandum ni. Aku tengok macam nak
buat cekodok. hahahaha

ES siap mengadap internet nak masak apa. hahaha
Aku nak masak untuk weekend tapi ES suh masak
sekarang sebabnya takut hilang kemanisan ikan ni
Entah ye entah idok.. aku pun mengiyakan je lah

Menu paling senang aku pilih ialah 3 rasa..
So, untuk merangupkan ikan ni,
aku sapu dengan tepung jagung.
Baru lah rangup ikan ni..

Then goreng lah ikan ni.... Alamak....
lupa ambil pic kuahnya..
Erm... korang bayang sendiri k
Macam mana kuah ikan 3 rasa yang
dimasak oleh Masterchef..
Macam 2 lah aku buat
hahahahahahahahha

Ikan ni semalam jugak ES makan dengan nasi.
Memang sedap nampak dia makan.
Aku jong tengok je sebabnya aku memang tak makan pun


Thursday 19 September 2013

0
Komen

Accident di Hulu Langat

Assalamualaikum
Happy Thursday everybody..
How's your day?

Hari ini aku nak bercerita kisah accident
yang still berlaku pada aku
erm.... dugaan.. terima dengan hati yang tenang
Hadapi dengan senyuman
semua yang terjadi, tetap
terjadi (lagu Shiela On 7). hehehehe

Lagu ni memang betul2 best lah.
Ok, back to our topic.. Selepas kejadian Langgar Lari
semalam berlaku 1 lagi accident.
Sebenarnya accident ni bukan salah aku
aku ulang k...
BUKAN SALAH AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku langsung tak gerak, memang duk kat traffic lite je
Time 2 memang traffic lite tengah merah.

Belakang aku kete Mez.
Ada lah mamat motor datang dengan lajunya,
menyelit ke kiri dan kenan (tak tahu betol ke x)
Last2 dia menyelit kat sebelah kereta Mez ni
terlanggar side mirrow and juga terjatuh
Nampak macam tak de kaitan dengan aku kan???

Tapi sebenarnya time dia jatuh, moto dia
terkena kereta aku ni. Calar lah jugak
Aku memang terkejut sebabnya kereta aku bergoyang
Then mamat ni plak jatuh dekat dengan tayar
kereta aku. Aku pun stop lah jugak sebabnya dah kena

Ni lah calarnya yang terjadi kat kete aku
Nampak cam cikit kan??? Tapi cuba g kedai,
mesti mahal punya
Minyak pun dah naik kan? Tapi ye lah, bukan semua orang
minta untuk accident kan?
Sebenarnya ni bukan jalan aku balik kije,
Aku selalunya balik kije ikut jalan lain, tapi
memandangkan traffic lite lambat sangat belah aku,
so aku selalu u-turn kat sini

Salah aku ke bila u-turn and accident ni terjadi??
Bagi aku ni memang dah takdir. kalau aku tak u-turn pun mungkin
akan berlaku benda lain kat aku semalam
Budak laki 2 pun bukan minta nak langgar side
mirrow Mez 2. Dah lah sampai tercabut taw.
Lagi lah teruk berbanding dengan calar kat kereta aku ni

Ni lah Mez yang kena langgar semalam
Ramai jugak yang tolong betolkan side mirrow
kereta ni. Budak laki ni pun boleh berhenti sebabnya
dia terjatuh. Aku rasa kalau tak jatuh memang dah cabut
hahahahaha........

Budak laki yang langgar ni ialah yang pakai
helmet warna putih 2. Dia lah yang langgar. Aku terus kol ES
memandangkan ES memang dah ada kat umah.
Lagi pun kejadian ni memang kat umah aku pun.

ES datang and bincang dengan budak ni.
So, ambil no bagai2, settel lah. hahahah
Aku serahkan pada ES lah bab2 cam ni

To ES : i betol2 minta maaf because i didn't do it on purpose. I pun tak nak kejadian ni berlaku. Memang benda yang tak dijangka. Tak de sapa kat dunia ni yang inginkan kejadian buruk berlaku pada diri, keluarga malah orang yang tersayang.
Lagi pun tak de sapa di atas jalan yang minta dirinya accident.
i'm so sorry.....


Wednesday 18 September 2013

0
Komen

Radiator Cooling System & Fuel Treatment

Sape pernah dengar atau tengok
benda alah nie???
Aku memang tak pernah tengok sampai lah
adik ipar aku bagi masa kami nak gerak
ke Terengganu.

Memang banyak sungguh entry yang melibatkan
perjalanan kami ke Ganu ni. Heheh.
Aku sebenarnya tak fasih gak tentang ni,
2 lah yang aku tak tahu nak cerita tentang apa.
Ok, jom tengok apa yang boleh dikongsi
dengan semua okeh


Ha.... ni lah dia..
Ni adalah anti karat taw
Memang bagus jika digunakan sebabnya
dia boleh menyuci air dalam tangki
gak.. Aku pun terkejut masa adik ipar aku bagi
ES dengan teruja, terus try..

Lepas je ES buh dalam tangki, air terus berubah ke warna hijau
Aku yang darat keparat ni, terus snap pic
Untuk dikongsi dengan semua readers lah. hahahah
Time ni aku isi minyak di Gombak,
ES terus buka bonet depan and buh sebagai percubaan.

Okeh.. ni plak untuk jimatkan minyak
Memang susai jika digunakan untuk
perjalanan jauh.
Aku telah menggunakannya dan ternyata berhasil.
Ni senang sangat2. Just buka and buh dalam tangki minyak
Ni boleh bubuh sebabnya kebetulan ES tengah mengisi
minyak. So terus buh lah dalam tangki 2

Aku pada mualanya memang agak musykil jugak,
tapi yakin kan diri saja lah. Lagi pun adik ipar aku
memang arif gak bab2 cam ni. macam contoh baiki paip
ke, lampu ke.. memang terbaik lah.

Tapi kalau u all semua tanya aku beli kat mana aku tak boleh
nak jawab sebabnya bukan aku yang beli.
Ni pun adik ipar aku yang bagi. Aku cuma terima
dari dia je. Tapi tak silap aku
dia pun ambil dari cina mana entah.
Kebetulan cina 2 buat promosi.

Rupanya ES dah pun guna untuk air weper.
Aku je yang tak tahu,. ES kata yang 2 memang bagus

sebabnya dia kuar macam sabun.
Boleh menyucikan cermin kereta yang kotor. Aku pun tak
tahu bila ES bubuh and juga kat kereta mana
Sebabnya aku tahu naik je. hahahaahaha

0
Komen

Langgar Lari

Kejadian ni berlaku kat area rumah aku
Time ni aku on the way nak gerak ke Terengganu
pada hari Sabtu lepas.
Kereta memang langsung tak gerak sebabnya
sangkut jem. Memang terkejut bila
kereta aku dirempuh dengan kuatnya

mamat moto 2 orang telah langgar kereta
aku menyebabnya pecah lampu.
Aku dengan ES time 2 tengah syok berbincang tentang
apa nak buat kat Ganu nanti. Bila je kena langgar memang
clue sebabnya tak disangka kena langgar.
Mamat motor 2 memang nampak macam nak jatuh.
Tapi tak jatuh.
ES hon, dia pun lari dengan lajunya.

Aku dengan ES tengah sangkut jem, so macam
mana nak kejar diorang. Aku dengan ES berhenti tengok
kete, teruk jugak kena langgar.



Tanya abang ipar aku, dia kata memang mahal
lampu waja ni
Sakit hati betol..
Then aku and ES decided nak g wat report lah
Sampai je Balai Polis Batu 9 Cheras, punya lah
sakit hati taw sebabnya polis
yang bertugas dengan selambanya kata :

Polis : Owh.. bila kena langgar nya?
ES : Baru je kena. Terus datang buat repot.
Polis : Saya tak boleh nak ambil report sebabnya semua bahagian traffic kat Kajang.
ES : Pas 2 kami kena g kajang? (dengan bengangnya)
Polis : Lagi pun sistem kami tengah down sekarang ni.

ES memang bengang sebabnya polis
langsung tak de tengok pun kereta kami
Then juga polis langsung tak ambil kisah tentang
accident yang telah terjadi dengan kami.
Teruk betol....
So, dengan keadaan marah kami keluar dari balai

Aku bincang dengan ES sebabnya dah lambat kami 
nak pergi ke Ganu, so kami decided
redha and tawakal sahaja dengan kejadian yang
menimpa kami ni.

ES plak kata, may be balasan sebabnya semalam
kami telah melakukan kejahatan dengan membuang Kucing Liar
Mungkin ni balasan untuk kami yang telah 
membuat jahat untuk makhluk Allah jugak.





0
Komen

Kucing Liar

Salam semua.. Aku tak bz sangat hari ini
So, boleh lah rilex2 sikit memandangkan
dah berminggu2 aku sibuk dengan uruskan
kursus dan juga kewangan.

Hari Khamis lepas, aku and ES dah
rasa hilang sabar dengan kucing2 yang berkeliaran
kat umah aku. Sebelum ni aku memang
rasa simpati sebabnya anak kucing ada 4 ekor
and juga sangat comelll
Walaupun aku takut kucing tapi aku gagahkan diri juga
dengan bercakap and senyum2 kat kucing 2
hahahahha....
ES memang sayangkan binatang

So, aku pun layan je lah. Dia duk main bawah kete
pun aku memang tak kisah.
Tapi sekarang ni yang buat aku hilang sabar
sebabnya, tiap2 pagi aku and ES kena basuh
tahi and juga selipar!!!!!!!!!!!!!!!
Sebabnya diorang ni kecing and juga berak
kat depan tangga umah aku

Mana tak hangin kalau dah
setiap pagi kena cam ni
Dah lah tahi dia 2 teruk bau.
ES dah belikan rak kasut tapi dia tetap kecing
kat rak kasut 2 sampaikan tiap2 minggu kena basuh
rak kasut 2. Nyampah tahap gaban...........

Dah sebulan bertahan and bersabar, akhirnya
aku and ES ambil keputusan untuk
tangkap kesemuanya and letak jauh2
Bukan niat nak buat jahat dengan kucing
tapi ES dah cakap dengan kucing2 semua pun
tetap tak jalan. Atas kete tak payah cakap lah. Memang
tempat dia tido, kecing. Bising lah ES sebabnya
memang dia je yang tukang basuh kete

Ada skali dia kecing kat helmet ES.
Dah lah span plak. Mengamuk lah ES. Dah lah pagi nak g kija
Nasib helmet aku ada. Fuh.... Menguji kesabaran


ES dengan beraninya menangkap
kesemua anak kucing. Nak tangkap ibu
tapi sangat2 susah and garang
Bukan niat nak pisahkan anak and ibu
tapi kucing2 ni dah buat jahat dengan aku and ES

Mula2 ES tangkap and letak dalam tong hitam 2
tapi dengan kecerdikannya dapat juga
keluar walaupun dah ditudung

Tengok air kencing kucing ni..
Kat pintu masuk umah aku
2 yang tak tahannya. Sampai ke dalam umah bau busuk

Tengok ni.. Yang ni fresh lagi
mana aku dengan ES tak ngamuk
Yang paling sakit hati, tiap2 pagi
kena basuh selipar untuk pakai g office.
Kalau stakat air kencing tak pe lagi,
ni siap berak bagai2.



Last2 aku masuk cari kotak yang lebih besar,
letak je dalam kotak
senang sikit ES nak g buang.
Tapi ES kata dia letak kat masjid
Sebabnya mana tahu ada yang prihatin dan akan ambil
untuk bela.

Aku memang tak lah. Bukan tak nak, tapi
aku memang alah dengan bulu kucing ni.
Nanti kan bersin lah berpuluh2 kali


Tuesday 17 September 2013

0
Komen

Birthday Suprise

Ni alkisahnya laki bini yang kena
Iaitu kisah aku dengan ES.

Besday ES jatuh pada 14/08, so aku
buat suprise masa raya ari 2
Aku decided buat kat kampung belah mama
sebabnya malam 2 kami semua ada buat BBQ.
Aku memang plan molek dengan adik aku

Dia lah orang yang kuar g beli kek.
Aku ingat nak bagi Secret Recipy tapi apa
kan daya, aku bagi duit kat adik tak cukup
Adik aku plak langsung tak bawa beg duit.
Terpaksa lah beli kedai kek yang biasa je

Tapi nasib kek dia amat2 sedap.
Banyak sangat pic tapi sayangnya time 2
aku and family semua tak bertudung.
So tak dapat nak share. hehehe
Boleh share pic kek je.



Es, dengan bangganya membalas dendam
kat aku dengan buat suprise gak
Memandangkan time g family day 2 lagi
beberapa hari nak masuk besday aku,
So ES plan dengan kakak2nya.
Aku memang langsung tak tahu.

Dah lah sama situasi dengan aku buat kat ES
Time kumpul semua family,
Time BBQ. Time kena plak masing2 tengah syok membakar
Aku memang langsung tak jangka sebabnya
aku tahu ES bukan jenis romantik.
hahahahahaha...


Sebenarnya time ni aku memang segan
tahap gaban sebabnya bukan stakat depan
family, malah member2 abang ngah pun ada
So, untuk mengelakkan malu 2,
aku pun ajak ES potong kek gak.


Dengan bangganya potong kek
sebabnya usia dah meningkat.
hahahahaha

Time ni ES siap sapu ising kat hidung aku
tapi nasib adik iapr aku tak sempat
snap pic.Segan kot depan orang2.
kalau family je memang tak malu pun

Thanks to my ES for suprising me with
the delicious cake i ever had...
Hebat gituu



Sayangnya sebab tak sempat snap pic yang sebelum
kek dipotong sebabnya kata2
atas kek 2 amat bermakna.
huhuhu...
Saja buat ayat gini,
baru nampak aku menghargai apa yang ES
dah buat kat aku..
Hahahahah....

Gurau je dear....

0
Komen

Keropok Lekor Terengganu

Apa bezanya keropok lekor kat Ganu dengan
tempat lain???
Sapa boleh jawab?

Bezanya ialah, kat tempat lain
banyak tepung dari ikan.
Kat Ganu ni memang banyak ikan.
Kalau makan memang akan rasa ikan 2
Puas hati sangat2 kalau boleh makan
keropok dari Ganu.

Aku kan pergi Family Day kat ganu,
wajib lah bawa balik keropok lekor
dari sana. hahaha
Abang ngah aku telah bawa kami semua ke
1 kedai yang memang terkenal kat sana

Keropok dia kalau makan memang sangat
puas hati lah. Kami yang dah kenyang pun
tetap sumbat gak. hahaha
Kedai ni terletak kat kuala Kemaman.

Tengok lah mak cik 2 orang ni yang sedang
gigih menggotel keropok
Memang nampak taw kedai ni bersih
Dah lah buat depan2 orang, so kebersihan
memang dijaga.
Tak kan nak tunjuk plak yang kedai
dia ni buruk depan customer
Betol x??????

Sebenarnya aku tak turun pun
sebabnya aku dah kenyang.
Last2 ES datang and ajak aku bergambar.
Bukan ajak aku makan.
Jahat betol ES ni.


Makan keropok rebus yang diberikan
kepada kami.
2 lah aku kata walaupun perot memasing
dah kenyang tapi benda free laju je
Dah lah dapat free 1 tupperware keropok (xbanyak pongg)
yang dah di goreng untuk d makan
 dalam perjalanan.
1 kereta dapat 1 tupperware
Tapi aku lupa lah plak nak snap pic. hehehe
Terima kasih makcik2 semua....

Pada sesiapa yang nak beli keropok
area Kemaman, boleh lah
datang ke sini. Memang terjamin keropok
dia sedap sangat2..
ES memang kata nak datang beli sini
seandainya kami balik ke Kelantan
ikut Terengganu ni.

0
Komen

Family Day Part 2

Ok.. Ni dah masuk part 2
Tujuan utama kami ke Terengganu
adalah untuk makan buah2
Bukan untuk BBQ pun. Tapi dah alang2 sampai
teruskan hajat untuk BBQ 2. hehehe

Sampai petang 2 amat lah terkejut aku tengok
buah2 yang begitu banyak.
Macam nak menjual pun ada taw.
Terutama buah rambutan yang berguni2 banyaknya
Ada yang makan kat sana, and ada gak
yang setengahnya kami angkut bawa balik

Nasib lah aku kesana dengan waja,
kalau g dengan myvi je memang tak tahu nak letak
guni buah 2 kat mana. hahaha

Tengok lah muak dengan penuh berminyak sebabnya
baru je sampai.
Perjalanan makan masa sampai 5 jam lebih.
Yang tudung kelabu kak long and tudung itam 2
adik ipar aku (Shima)

Hambik kau..... semuanya guni
buah rambutan taw
And setiap seorang bawa balik seguni seorang
Cuba banyangkan macam mana keadaan dalam bonet

Buah manggis ni tak banyak sangat. just 1
bakul ni je yang ada.
Tapi sempat gak rembat untuk d bawa
balik ke KL

Ni adalah buah durian
Sapa yang tak kenal ketok kepala kat dinding. hahahah
Buah durian ni memang banyak sangat2
Dah kopek untuk makan kat sini, then siap
bawa balik ke umah abang ngah lagi.
Tak cukup dengan 2, siap perisi dalam tupperware
untuk dibawa balik ke KL.
Memang bungkus cantik punya tak mau
berbau dalam kete.
Kalau tak, memang muntah hijau lah jawabnya

Office abang ngah memang dah macam rumah.
Masa mula2 sampai lepak2 kat office dia dulu
Then baru gerak ke rumah dia

Bergambar kenangan.
time ni dah nak balik pun.

Sebenarnya ramai lagi,
tapi ni je yang sempat ditangkap
sebabnya abang long terpaksa jaga anak yang
sedang tido. bibik teman abang and ais g mana entah
Abang ngah sibuk sebabnya Ahadkan kije kat sana.

Gambar kenangan kat signboard
Ni adalah penting sebabnya ada nama kemana kami pergi
haahahha.... Time ni kami nak g lunch
then g ke Dungun tempat adik bongsu ES.
Dia belajar kat sana.

Sekian..... tamatlah cerita family day aku..
Fuh... siap berpart2 bagai
Kalau tak buat cam ni, jenuh lah u all nak baca
hahahah