Thursday 31 October 2013

0
Komen

Penyelidik Di Arkib Negara Malaysia

Salam semua...
Semalam aku pergi Arkib Negara
Aku tak pernah jejak pun kesana
Aku g sana pun sebabnya aku nak siapkan assignment
yang telah diberikan and bahan2nya
memang terdapat di Arkib Negara sahaja.

Aku memang suprise sangat masa masuk Dewan Penyelidik
sebabnya aku tengok ramai penyelidik
yang sedang tengok bahan arkib yang bagi aku
sangatlah bernilai sebabnya kertas2 yang diorang
refer 2 semuanya dah berwarna kuning and juga
memang nampak keasliannya.
Terpesona aku dibuatnya.

Bila sampai sana, aku terus ke kaunter
pertanyaan and terus kita akan didaftarkan sebagai
penyelidik and secara automatik akan mendapat
KAD PENYELIDIK.. FREEEEEEEEE...
Bukan aku je dapat, ES pun dapat jugak taw.
Walaupun dia hanya meneman aku je.
Dah lah kad dia seumor hidup.



Sebelum masuk dalam dewan 2,
kita akan dibekalkan dengan buku peraturan
bagi memastikan kita semua mengikut peraturan.
Macam aku lah.... walaupun hati rasa cam nak je
ambil picture bahan2 dalam 2 akan juga pic keadaan
dalam dewan 2, tapi aku tetap menghormati
peraturan yang telah ditetapkan.
Baik tak aku?????

Semua barang2 kita harus ditinggalkan dalam locker
yang telah disediakan.
hanya boleh dibawa masuk hanya
PENSIL, BUKU NOTA and BEG DUIT.
Tu je yang dibenarkan
Buku yang bercetak memang tak dibenarkan.

Kita kan pergi ke tempat yang menyimpan
bahan2 lama, of course lah kena jaga elok2.
Nanti generasi bawah kita plak yang nak guna
Tak gitu?????

Sebenarnya tak lah susah sangat pun cari
ARkib ni. Kalau siapa yang tak kenal,
Boleh cari Stesen Bas Jalan Duta,
hanya berdepan sahaja.


Monday 28 October 2013

0
Komen

Frozen Food

Salam semua.. Hari ni aku nak share and juga
sedikit buat promosi barangan frozen
Aku buat dalam blog sebabnya ramai sangat
yang bertanya tentang harga.
So, the best way aku letak je dalam ni
Sapa2 bertanya aku suh buka blog ni sambil2
aku boleh gak promosi blog aku
hahahahaha.....

Okeh, frozen food yang ni memang sedap.
Aku tak tipu sebabnya aku sendiri dah try.
Nak jual mestilah kena try dulu kan.
Ni actually budak office aku yang buat
Bila lah aku nak menuntut ilmu dengan dia.

Sebenarnya macam2 yanga ada. Tapi aku je
yang tak berani nak promosi barang2 lain
sebabnya rasa cam susah nak dijual.
Jadi aku ambil yang senang je lah. hahaha.
Lagi pun yang ni aku memang selalu ambil dengan dia
sebabnya ES suka and juga senang bila ada tamu datang
Just buka fridge, and goreng..
Siap untuk dihidang

OK... ni adalah beberapa pic dengan aku
tapi tak semua pic ada.
Abaikan background belakang 2
Ni namanya pau kacang. Yang specialnya pau ni
boleh digoreng/kukus.
pau dia memang lembut. Cumanya aku tak pernah lagi
kukus. Selalunya goreng je
Sebabnya malas nak keluarkan pengukus dari
kabinet. huhuhuhu


Ni karipap. Sapa tak kenal boleh daftar di
Tadika Kemas.Karipap ni ada macam2 taw. Yang ni
karipap biasa. Aku lupa nak snap pic Karipap Pusar.
Inti dia ada yang kentang, daging and juga sardin.
Stakat ni yang mendapat tempat dihati si pemakan
ialah kentang and daging je.
Tengok lah karipap dia besar kot.
Memang kenyang lah makan sebiji ni.
2 kalau korang tak mempunyai tangki yang besar lah

Ok.. ni plak samosa berinti kentang. Ni yang ada kat
rumah aku lah. Sebenarnya pelbagai inti ada.
Memang rangup sangat2. kalau makan panas2 memang fuhhhhh
Bila dah sejuk pun still rangup lagi

Kat atas ni adalah senarai harga frozen food
So, pada sesiapa yang nak tahu harga boleh lah rujuk
kat sini. Bagi aku harga dia sangat lah affordable.

0
Komen

StatsRun 2013

Salam and hello everybody??
What are you thinking for today?
Is that true Monday is blues?
hahahha..

Ok, let's gonna talk about my weekend.
Weekend hari 2 aku teman ES ke Putrajaya untuk
StatsRun 2013. Memang meriah gila2.
Aku ingatkan hanya untuk kakitangan awam,
tapi sekolah2 sekitar putrajaya and orang awam
pun boleh joint jugak

It's devided into category and my ES for sure
akan ambil kategori yang paling jauh sebabnya
he is a great man. Biar kalah pun. hahahha
ES joint untuk 10km. Wah... hebat 2
Sebenarnya ada gak yang FunRun, Vateren 3KM,
Kategori 3KM and Kategori 10KM.
Aku sebagai isteri solehah mestilah sentiasa bagi sokongan

Semata2 nak g Putrajaya, aku terpaksa bangun
15 min lebih awal dari nak g office taw.
Hampeh betol..Acara ni start pukul 7.30, dalam
pukul 7 dah senam2 bagai. Aku gerak dari rumah
dalam pkul 6.20 sebabnya nak cari tempat lagi.
Yang penting parking yang dekat sebabnya
aku tak mau jalan jauh2. huhu

ES punya semangat nak lari, malam 2 dah siap2
letak baju cam ni. Dengan harapan,
akan menang tempat ke 40 kebawah sebabnya yang sertai
larian ni pun cecah 1000 orang.


Baru lepas berdoa untuk merangkul juara.

Yes..... larian dah pun habis and ES berjaya
mendapat tempat ke ........ erm.. tak
terbilang. hahahha
Then ternampak lah the cutes maskot.
Apa lagi ajak bergambar lah kan.

Aku pun nak gak. Mana boleh ES je
Tapi turn aku tak tahu nape dia tetibe je
duduk. Aku ni rendah ke????

Everybody yang berjaya sudahkan larian will get these
Certificate, towel and also discount voucher RM 200.00
from Key Power Sport. Thanks to all the sponsor.

Walaupun ES tak dapat no dalam larian, tapi nombor diatas
telah membawa tuah pada kami.
ES got the lucky draw. Time nombor ni diumumkan,
ES memang langsung tak perasaan sebabnya kusyuk
dengar wife dia bercerita. Nasib lah aku dengar.
Kalau tak memang melepas lah taw.

Lepas je dapat lucky draw kami terus balik
Buat apa nak tunggu lagi kan? huhuu..
At least, we have something to bring home.
Tak de lah balik dengan tangan kosong je.


Friday 25 October 2013

0
Komen

Petua-petua Tradisional

Salam Jumaat untuk semua readers aku.heheheh
Aku nak share dengan semua beberapa petua yang memang aku sendiri amalkan and juga petua2 lain yang aku dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai.

1. Cara menghilangkan jerawat
 - Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
 - Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
- Minyak Zaitun – Petua ini telah diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.

2. Mengurangkan Berat Badan
- Kurangkan makanan berminyak and teruskan usaha dengan melakukan pelbagai senaman.
- Lebihkan makan buah. Jangan sesekali lupa untuk ambil breakfast sebabnya ianya penting
- Jangan makan lebih dari pukul 7 malam.

3. Cara Menghilangkan Batuk Dengan Cepat
-Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.


4. Menghilangkan Keputihan Yang Berbau
- Ambil beberapa helai daun sirih dan rebuskan isnya. Bila dah mendidih, sejuk kan ia dan cucikan vigina. Berhati2 semasa mencuci sebabnya vagina amat sensitif dengan kuman2 yang ada kat tangan kita.

5. Supaya Rambut Cepat Panjang
- Sediakan beberapa batang serai dan ketuk kan ia. Lepas itu, rebuskan serai tersebut sampai mendidih. Biarkan ianya sejuk dan sapukan pada rambat.

6. Elak Daripada Rambut Gugur
- Dengan menggunakan pati santan. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.

Selamat mencuba semua. Aku pun ada jugak sesetengah dari petua ni yang aku try and hasilnya sangat memuaskan.
0
Komen

10 Tips Untuk Bahagiankan Pasangan

Sapa yang tak mau bahagia? Acu kasi tahu aku sikit. Setiap pasangan pastinya mengimpikan pasangan hidup yang boleh membahagiakan dirinya. Aku pun sudah tentu mengharapkan ES menjadi seorang yang sangat2 romantik yang pasti akan membahagiakan lagi rumah tangga aku.
 
Meh sini aku kongsi beberapa tips untuk rumah tangga jadi lebih bahagia.  

* Saling Memaafkan Antara Satu Sama Lain
Manusia sememangnya tidak terlepas dari melakukan sebarang kesilapan. Tidak kira sama ada anda telah melakukan kesilapan yang kecil mahupun besar, perkataan maaf haruslah terungkap di bibir menandakan keinsafan untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama. Mungkin agak sukar mengungkapkan kata maaf, tetapi kemaafan yang terindah lahir dari ketulusan hati tatkala mengungkapkannya. Apa salahnya sesekali membuang perasaan ego untuk maaf-memaafi antara suami dan isteri. Kesabaran manusia ada tahapnya dan gunakanlah kesempatan bermaaf-maafan ini selagi ada peluang sebelum kesalan menjadi permainan hidup.


* Bertolak Ansur Mewujudkan Persefahaman
Sifat memahami dan bertolak ansur di dalam kehidupan seharian sebagai suami isteri amatlah penting untuk memupuk sebuah keluarga yang bahagia. Bertolak ansur dalam apa jua perkara amat diperlukan untuk mengelak sebarang masalah lain timbul. Ia juga mampu mewujudkan suasana harmoni di dalam rumahtangga dan interaksi dua hala amat-amat diperlukan untuk mewujudkan persefahaman yang berkekalan.


* Bersifat Terbuka Dan Berterus Terang
Sifat berterus terang amat penting di dalam sesuatu perhubungan. Begitu juga halnya dengan bersifat terbuka terhadap pasangan anda. Bayangkan sekiranya si suami mahupun isteri suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan pasangan secara tidak langsung ia akan merenggangkan lagi hubungan. Pastinya akan wujud perasaan curiga terhadap pasangan. Tidak semua rahsia suami atau isteri perlu didedahkan kepada pasangan terutamanya perkara masa silam pasangan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.


* Sensitif Terhadap Pasangan
Kita sering mendengar pendapat bahawa wanita adalah individu paling sensitif di dunia berbanding kaum lelaki. Kenyataan ini memang tidak boleh disangkal lagi. Itulah kelebihan kaum wanita. Oleh yang demikian, sebagai suami tidak salah sekiranya mempunyai sedikit rasa sensitif dengan keadaan emosi dan fizikal isteri. Pelajari lenggok bahasa tubuh isteri anda agar segala keputusan yang bakal anda ambil adalah rasional untuk kedua belah pihak. Sesekali biarlah bahasa tubuh atau body language memainkan peranan dari ketajaman kata-kata.


* Menghargai Pasangan Anda
Menghargai pasangan anda adalah sesuatu yang perlu diwujudkan di dalam perhubungan. Sebagai contoh suami perlu memberi pujian atas apa yang dilakukan oleh si isteri. Sebagai contoh, ucapkanlah sayang dan terima kasih buat si isteri selepas penat lelah bertarung nyawa melahirkan zuriat sebagai penyambung kasih sayang antara suami dan isteri. ada juga di kalangan suami yang sukar menzahirkan rasa terima kasih. Untuk suami seperti ini, tidak salah sekiranya anda ringankan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah pada waktu hujung minggu. Pasti si isteri menghargai pertolongan anda.


* Beri Perhatian
Kadangkala suami mahupun isteri memerlukan perhatian yang lebih dari pasangan masing-masing. Tidak kira walau sesibuk mana pun anda melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan, si dia usah dilupakan. Cukuplah sekadar bertanya khabar melalui sms untuk menunjukkan kasih sayang dan sikap ambil berat yang mendalam. Isteri bukanlah mahu perhatian 24 jam, tetapi ingatan dengan kata-kata cinta menjadi penawar dukanya.


* Zuriat Penambat Cinta
Tidak dinafikan kehadiran cahaya mata antara faktor penting di dalam usaha memupuk kebahagiaan di dalam kehidupan suami isteri. Ramai yang berpendapat kehadiran si kecil ini mampu mengembalikan sinar kasih sayang di dalam sesebuah rumahtangga. Bagi pasangan yang masih belum mempunyai rezeki lagi tetapi tidak salah sekiranya terus mencuba. bagi yang telah dikurniakan cahaya mata, ingatlah bahawa anak adalah anugerah tuhan yang tidak ternilai dan menjadi amanah untuk dididik supaya menjadi insan yang berguna.


* Detik Romantis Melakar Cinta
Jangan dianggap perkara ini sebagai perkara yang remeh-temeh. Mungkin ada yang berpendapat, di awal perkahwinan sungguh romantis jika berjalan berpegangan tangan dan menikmati saat berbulan madu tanpa gangguan. Tetapi apabila usia perkahwinan mencecah puluhan tahun, segalanya semakin pudar. Jangan biarkan situasi ini berlaku di dalam perhubungan anda. Wujudkan rasa cinta yang berpanjangan di antara suami isteri dengan aktiviti yang kerap dilakukan ketika bercinta antaranya makan malam romantis bersama, dan sebagainya. Ingat, rasa cinta dapat dipulihkan dengan adanya interaksi antara dua belah pihak!


* Ucapkanlah Rasa Sayang
Bagi wanita, walaupun hanya satu ungkapan atau ayat, ia sangat berharga dan rasa begitu bahagia menerimanya. Ungkapan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari mampu menambahkan lagi rasa cinta dan kasih di dalam menjalani kehidupan berumahtangga. Kata-kata cinta ini mungkin mampu menjadi amalan anda untuk isteri tercinta supaya keutuhan cinta terus bertahan lama. Jika anda mampu mendalaminya, pasti anda menjadi lelaki yang paling disanjungi isteri. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan 'I Love You'. Gunakan teknologi yang ada kini sepenuhnya. Sering menelefon atau menghantar email untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.


* Urutan Kasih Sayang
Sentuhan mesra dari suami untuk isteri tersayang menjadi penawar buat si isteri tatkala berhadapan dengan stress sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Kadang kala si isteri tidak memerlukan sentuhan secara berlebih-lebihan dari suami. Cukuplah sekadar sentuhan mesra di raut wajah isteri tanda si suami memahami perit jerih yang sedang dihadapinya. Peluk dan belailah isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutama daripada yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tidak ternilai kepada mereka.


* Ingat Tarikh Penting
Ini adalah merupakan perkara yang sering dipandang remeh oleh kaum lelaki tetapi begitu penting dalam diari kehidupan seorang wanita. Janngan ambil mudah perkara yang amat penting bagi wanita. Wanita cukup kuat mengingati tarikh penting contohnya hari ulang tahun hari lahir pasangan dan anak-anak, tarikh perkenalan dan ulang tahun perkahwinan. Sesekali, buatlah kejutan supaya mereka rasa lebih disayangi.

Aku pun mengharapkan supaya rumah tangga aku akan sentiasa bahagia walaupun usia perkahwinan sudah mencecah 30 tahun.

Saja nak tepek jugak pic aku dengan ES. hahahaa

Thursday 24 October 2013

0
Komen

Auto Car Wash

Salam semua..Entry aku kali ni still lagi
berkisah tentang Kuala Ganu.
Aku kan pergi ambil adik ipar aku kat Dungun,
tapi aku sampai sana dia still tak
habis exam lagi, so aku dengan ES
decided untuk basuh kereta memandangkan
kereta kami dah rupa macam belancan.
hahahahahaha.....

Aku pergi semua kedai cucian tapi semua
tutup memandangkan esoknya dah raya.
Mungkin semua dah balik kampung kot.
Last2 aku tengok ramai plak yang beratur untuk masuk
ke car wash automatik ni.
Alah..... yang kereta kita masuk dalam mesin bulu2 2
Taw idak??????

Lagi pun aku dengan ES boleh masuk sebabnya
murah je basuh pakai mesin ni
Tapi awal2 still pakai khidmat orang gak.
Bukan sepenuhnya mesin lah.


Yang ni aku heran bila tengok
Kat kedai ni langsung tak de orang Malaysia taw
Semuanya dari Bangla je.

Ni lah bulu2 yang bakal menyucikan kereta kita
Tapi semburan sabun pekerja dia yang pancutkan
ke kereta kita. Kiranya bulu2 ni hanya akan
membantu untuk menyucikan kereta.
Yang senangnya kita boleh rilex sekejap sebabnya
dianya bergerak atas rill yang disediakan



Memandangkan adik ipar aku lambat lagi,
ES decided nak vakum kereta sebabnya
dah banyak benor pasir dalam kereta aku
Macam ada anak kecil plak kami ni. hahaha

Lagi pun yang boleh menyebabkan ES nak vakum
sebabnya kereta aku sebenarnya tak CUCI pun taw
Geram benor aku... So, ES kata kita vakum je lah
sambil2 2 diorang akan lap, so nampak lah cuci kereta aku
Hampeh betol masin ni. Langsung tak membantu
ES kata kalau tengok kat tayar, macam tak basuh je
hahahaha.


Monday 21 October 2013

0
Komen

Kucing Berjari 24 batang

Salam semua... pelik tak tajuk aku?
Sebenarnya aku pening pk tajuk
yang sesuai untuk diberikan pada entry aku ni
Aku tak tahu apa yang terbaik
Last2 aku hentam saja lah. hahahahaha

Kucing ni aku jumpa kat rumah member ES kat Ganu.
Baca Entry ini
Aku tengok kucing ni macam berlainan,
Kebetulan mak si Peja terangkan yang kucing ni
kucing terbiar and dari kecil lagi memang
Mak dia yang bagi makan. So, kiranya
kucing ni milik diorang lah sebabnya
dah dibela dari kecil lagi.

Yang uniknya pasal kucing ni,
semuanya kaki dia mempunyai lebihan jari taw
Aku pun terkejut time tengok.

Nah.... perhatikan jari kucing ni.
Kan ada lebihan 2.
kucing ni baik sebabnya sangat suka datang dekat
dengan orang. Tapi aku tetap
takut jugak. hahahha

Walaupun selalu je turun ke tanah tapi kucing ni tak
nampak pun badan dia kotor
Memang comel lah....

Walauapa pun kucing ni tetap makhluk Allah
and mungkin akan membawa rezeki kepada keluarga
Peja yang telah membelanya dari kecil

0
Komen

Kelas Masakan @ Giat Mara

Hari Ahad yang lepas,
aku memang tak de ape2 plan pun,
so aku, Kak Ita, Kak Ma, Kak Fida, n Kak Ira
telah hadir ke Kelas Masakan kat
Giat Mara Setiawangsa.
Kelas ni free je taw.
Memang best lah belajar masak free
then dapat plak bawa balik makanan
yang telah kita masak

Bukannya sedikit taw.
Banyak gila..... Aku nyesal sebab
bawa tupperware kecil.hahahha

Officemate aku yang offer,
Bila tanya ES dapat keizinan, so apa lagi
haruslah rembat peluang baik depan mata ni.
Aku g sana pukul 8 and siap dalam pukul 3.
Menu yang dimasak bukannya 1 2 taw
Tapi keseluruhannya 7 menu... Hambik kau...
Dah lah banyak and setiap 1 menu dapat
banyak plak 2. 1 kelas 5 orang sahaja yang dibenarkan
sebabnya ruang memasak yang tak berapa luas



Ni diantara apa yang aku belajar.
Kesemuanya memang akan dapat kat kita k
Memang tak payah masak dah sebabnya aku dengan ES je
yang ada kat rumah. Makanan yang aku belajar ni banyak
gak hasilnya dapat walaupun tengok bahan
tak lah banyak sangat.


Possing sikit sambil tunjuk hasil pembelajaran

Aku buat sendiri ni taw. Ada lebihan aku buat sebagai
meatball. hehehhe. Daging ni sebijik sama macam
burger bakar taw.. Lagi pun memang nanti akan dibakar pun.
Aku dapat 6 biji burger taw.
Kat sini bukan sekadar sedia bahan ni
tapi disediakan terus bahan lain yang memang lengkap untuk 1 menu

Ni lah kesemuanya yang aku telah
belajar seharian kat Giat Mara ni. Banyak x
korang tengok???? Aku dengan ES sampaikan
simpan dalam fridge sebabnya tak larat nak habiskan.
Banyak sangat

Sandwish Tuna yang sebiji sama macam oversea punya
hahahahaha..

Shish Kebab. Sayangku... Tak payah beli
kat pasar malam lagi erk.
I dah boleh buat sendiri pun

Fish Finger a.k.a Fish and Chep

Swiss Roll Popia.

Mini Burger Bakar.
Tak payah nak beli burger sampai RM 30.00
I boleh sediakan untuk u
Wahhhhhhh... berlagak kan

Alamak.... ada 1 lagi hidangan sebenarnya..
Chiken Wing yang memang sedap taw.

Aku belajar ni sekali dengan sos dia taw
BBQ sos pun belajar juga cara membuatnya.
Tak payah nak beli yang readymix, tapi kalau malas
melanda terpaksa gak beli. hahahahha

0
Komen

Ke Dungun, Transit Di Kuala Terengganu

Kisal ini terjadi 2 hari sebelum hari raya
aku and ES pergi ke Ganu sebabnya nak g ambil adik dia
yang belajar di Politeknik Dungun.
Aku bergerak dari Kelantan jam 1.00 pm and sampai ke
Kuala Ganu jam 5.00 pm tak silap aku.
Lama sebabnya ES jumpa dengan member dia dulu
kat Kuala Besut.

Nak dijadikan cerita, aku dah sampai depan UMT
adik dia kol and bagitaw yang esok dia ada kelas lagi
Tak kan nak patah balik Kelantan and
datang semula esok. Kalau nak g ambil barang je,
adik dia nak balik dengan apa? Dah lah tiket bas
dah kehabisan. ES pun cuba kol member dia yang
duk KT. Nasib lah member dia sanggup
tumpangkan aku dengan ES kat rumah dia.

Kalau tak, jenuh jugak kami nak cari
tempat bermalam. Aku dengan ES memang datang
tanpa bawa apa2 baju lebih sebabnya plan asal
nak ambil adik dia and gerak balik Kelantan terus
Kejadian yang tak disangka. hahahah

Thanks to Peje and family. Mak dia memang baik sangat2
Adik and adik ipar dia pun layan kami
sebagai keluarga taw
Tak rasa macam tetamu pun duk rumah dia
Tapi lupa nak snap pic diorang.. :(


Aku dengan ES terpaksa kuar cari baju
untuk bermalam and juga berus gigi. hahaha
Kami terjah ke Mydin Mall je
Baju pun rembat yang paling murah je. hahaha
RM 11.00 @ RM 6.90 je sehelai.
ES tengah kol ma untuk maklumkan bahawa kami
bermalam kat Ganu. Anak soleh.....

Keesokannya kami bergerak ke Dungun
untuk ambil adik dia. Dalam perjalanan banyak lah plak
tempat yang bagi aku menarik.
Memandangkan kami masih awal, so stop lah kat pantai2
tepi jalan untuk bergambar sebagai
kenangan. hahahahaha.
Rantau Abang dah tak de penyu pun.
Dah tak de apa2 yang boleh dilihat.
Hanya pantai je yang ada.



Ni lah politeknik adik ipar aku
Aku datang ambil dia sebabnya dia dah last sem pun.
Banyak lah barang dia yang perlu dibawa balik.
Syabas berjaya habiskan Diploma... Guddddddd

Tengok barang2 dia je taw. penuh kete ni
Memang banyak betol. Ingatkan budak
laki tak banyak sangat barang,
tapi sangkaan ku meleset. hahahaha
0
Komen

Sunway Lagoon

Sunway Lagoon is a fun place
Not only for children but also for the adult too.
Aku memang dah lama plan nak g sana tapi tak
duit sentiasa je tak cukup untuk kesana
Almaklumlah.... mahal wei nak masuk ke sana
Memang tak kesempatan wang lah.. hahaha

Ni pun boleh masuk sebabnya kak ipar aku
yang dapat free ticket semperna
family day office dia. Wowwww,.....
kaya gila sebabnya setahu aku harga tiket
untuk dewasa ialah RM 120.00 and for
children is RM 90.00
Thanks to my sis in law yang sudi ajak
aku dengan ES. hahaha

Memang fun gila taw. Tambahan plak
breakfast and lunch di sediakan. Bukan makan
sebarangan taw. memang special menu lah
Jom.... tinjau beberapa keping pic aku g sana
Tak dapat nak buh semua pic nanti
berjela2 panjang...............

Cuba korang tengok plastik makanan yang disediakan
Banyak k sebabny ni untuk seluruh warga company dia
Memang meriah teramat2 taw. Aku pun terkejut sebabnya
company ni kaya gila.... hahahah

Aku dengan ES memang tak melepaskan peluang
yang ada depan mata. hahahah
So, kami memang main semua mainan yang disediakan
Yang mainan kepala kebawah pun aku try jugak
walaupun takut melanda diri. hahaha.

Sebelum aku mandi manda, aku berjalan dulu
untuk tengok sekitar Sunway ni and juga main
semua mainan. Bila berpeluh, baru terjun dalam air
hahahahah....
Sesiapa yang datang sini, aku nasihatkan try lah
semua permainan yang ada sebabnya kita dah bayar mahal
untuk masuk. hahahah. Tambahan plak
mainan air dia memang syok and best
Aku memang naik semua mainan air and juga mainan2 lain

Kalau nak berjalan, please make sure pakai
selipar sebabnya naik ke Jambatan Gantung ni
sangatlah panas. Nasib aku dengan ES pakai selipar

Ni saja2 aku bergambar sebabnya bagi aku tempat
ni sangat lah owesome. hahahahha
Sebelum ada anak boleh lah nak berhoneymoon cam ni.

Untuk anak2 kecil jangan bimbang sebabnya
ada sesetangah mainan yang tak berbahaya untuk
diorang tapi perlu diawasi oleh ibu bapa.

Okeh.. menu tengahari yang disediakan ialah KFC
Memang syok and best lah.
lepas je mandi, naik makan, and mandi sekali lagi
hahahaha.... Bakar lemak kata orang.
Masa kat sini langsung tak terasa penat, Tapi
bila je sampai rumah memang tido
tak ingat dunia. hahahaha

Disebabkan terlampau ramai yang tunggu turn
nak salin pakaian, so aku dengan ES
decided tak mau salin
Kami tunggu and berjalan2 sampai lah
pakaian kami dah sedikit kering. hahahah
Ni kami bergambar depan Hotel Sunway.

Kak ipar aku tak mandi sebabnya menjaga anaknya
yang sangatlah cumelllll
Aku ambil anak dia untuk mandi manda tapi
nangis lah plak. Tak sampai 5 min dalam air.
Takut agaknya. huhuhu

Last sekali..... pic aku depan gajah
Sunway kan memang tersohor dengan themanya gajah
Aku pun tahu kenapa..
Tak sempat nak siasat. hahahah
Nak tahu lebih lanjut boleh layari Sunway Lagoon Website
Tempat menarik seperti wild park, amazing park and
sebagainya