Salam Jumaat untuk semua readers aku.heheheh
Aku nak share dengan semua beberapa petua yang memang aku sendiri amalkan and juga petua2 lain yang aku dapat dari sumber2 yang boleh dipercayai.
1. Cara menghilangkan jerawat
- Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
- Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
- Minyak Zaitun – Petua ini telah diamalkan sejak zaman nenek monyang lagi. Campurkan satu sudu besar minyak Zaitun dengan 4 sudu garam, kacau sebatian untuk beberapa minit. Sapu pada bahagian wajah anda yang ditumbuhi jerawat dan biarkan seketika. Kemudian bilas wajah dengan menggunakan sabun pencuci muka.
2. Mengurangkan Berat Badan
- Kurangkan makanan berminyak and teruskan usaha dengan melakukan pelbagai senaman.
- Lebihkan makan buah. Jangan sesekali lupa untuk ambil breakfast sebabnya ianya penting
- Jangan makan lebih dari pukul 7 malam.
3. Cara Menghilangkan Batuk Dengan Cepat
-Anda hanya perlu mencampurkan madu mencampurkan madu dan limau nipis dalam sedikit air suam kemudian minum air yang telah dicampurkan itu.Anda boleh mengamalkan minuman ini di pagi hari. Jika anda tidak tahu berapa banyak madu yang perlu dicampurkan, boleh menggunakan nilai campuran yang aku gunakan, iaitu, 3-4 biji limau
nipis + 1 sudu kecil madu + suku cawan air suam.Selamat mencuba.
4. Menghilangkan Keputihan Yang Berbau
- Ambil beberapa helai daun sirih dan rebuskan isnya. Bila dah mendidih, sejuk kan ia dan cucikan vigina. Berhati2 semasa mencuci sebabnya vagina amat sensitif dengan kuman2 yang ada kat tangan kita.
5. Supaya Rambut Cepat Panjang
- Sediakan beberapa batang serai dan ketuk kan ia. Lepas itu, rebuskan serai tersebut sampai mendidih. Biarkan ianya sejuk dan sapukan pada rambat.
6. Elak Daripada Rambut Gugur
- Dengan menggunakan pati santan. Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua. Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan. Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.
Selamat mencuba semua. Aku pun ada jugak sesetengah dari petua ni yang aku try and hasilnya sangat memuaskan.
No comments:
Post a Comment