Tuesday 30 July 2013

0
Komen

Resipi Kek Kukus Coklat Moist

Makin lama makin banyak plak
entry pasal resipi yang aku update kan?
Aku sebenarnya jadi rajin nak try macam2
resipi baru sebabnya ES selalu sokong
and juga turut membantu. Aku lagi semangat bila ada
orang yang memang bagi semangat. hehehe

Sebenarnya ES suruh buat kek coklat moist ni
pada hari Ahad lagi, tapi memandangkan
kekangan bahan2 so aku malas lah buat. huhu
Balik kerja semalam, aku teringat yang ES request kek ni
So aku pun try lah buat
Ni memang totaly berbeza dengan kek Kek Coklat Kukus 
dan juga Kek Coklat Moist.

Bahan2 yang diperlukan adalah :
250 g butter
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
4 biji telor
1 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung

*bancuh serbuk koko dengan susu cair
*Pukul butter and juga gula sehingga kembang
*Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul lagi
*Masukkan tepung gandum serta bancuhan koko tadi
*masukkan minyak jagung

Untuk Topping
1 sudu majerin
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu makan serbuk koko
sedikit air

*masukkan semuanya sekali gus dan kacau diatas api.
*masak sehingga coklat menjadi sedikit pekat

#untuk letakkan topping atas kek tadi perlu lah tunggu sehingga kek suam2 kuku. Jangan plak curah atas kek yang tengah panas.


Lepas siap, ni lah hasilnya
Nampak  x moistnya? memang terbaik lah.
 Sedap sangat sebabnya
tak terasa pahit.

Cara hiasan topping and atas kek bergantung pada kalian semua k

0
Komen

Kurma Badam

Salam semua.. Dari semalam lagi
aku nak berceloteh tapi aku penat
so aku terpaksa wait sampai pagi. hehehe

Aku beria nak update entry ni sebabnya nak bercerita
pasal kurma yang aku dapat semalam dari seorang hamba Allah
yang memang dia tak mau mention nama dia
So, aku kena lah jaga amanah ni sebaik mungkin
jujur x aku? huhuhuhu

Kurma ni aku sendiri memang terkejut bila terima
sebabnya besar sangat. Aku ingatkan Best Dates yang paling besar aku pernah terima, rupanya ada lagi yang lagi besar.
Yang buatkan kurma ni special sebabnya kat dalam dia
ada badam. Wah, ni first time aku and ES
tengok kurma ada badam taw.

Kurmanya besar, ada badam and juga biji yang kecil
Makan sebiji je dah memadai.
Boleh menguruskan badan ni
if makan kurma gini je. hehehe

Ni lah kurmanya.
Cuba korang zoom in and tengok kebesarannya
Aku memang tak sangka
ada kurma yang besar cenggini
Aku yang ketinggalan zaman
atau kurma ni memang susah nak dapat?

Ni yang aku buka plastik dia
nak bagi nampak dengan lebih jelas
lagi nyata. hahahaha
tengok lah badam yang ada 2.
Dah lah manis sangat2. macam makan kuih plak aku rasa

Sapa yang pernah jumpa kurma lain dari yang lain boleh lah share dengan member2 blogger semua.


Monday 29 July 2013

0
Komen

Diskaun Until 80% at The Store

Ni aku cite kat Ampang.
Dewan Dato Ahmad Razali.
The Store ada buat potongan sampai 80% taw kat sini
Aku memang hari2 tengok tapi nak singgah
haruslah dengan ES
Baru save duit aku. huhuu

So, balik je dari majlis berbuka puasa
yang dianjurkan oleh office aku,
tengok dewan ni masih ramai lagi.
Apa lagi, terus suruh ES masuk lah. hehe
Duit dalam tangan memang 0 lah
Tapi ES kata, masuk tengok dulu

Sekali kami masuk amat lah terperanjat sebabnya
begitu murah and juga banyak choice ok.
banyak plak
yang berkenan kat hati ni.
Es sepantas kilat tanya
"boleh bayar pakai kad x?"

Wahhhhh sempat aje possing

Aku ingat aku yang teruja.
Sekali aku tengok ES dah jumpa dulu
barang dia.

ES memang dah lama nak cari kasut yang simple cam ni.
Bila dah jumpa dengan price yang begitu murah,
ES kata nak rembat terus lah

Ni lah yang ES pilih
Aku berkenanan warna coklat tapi
sayangnya no size for my husband
ES pun terpaksa pilih grey

Ni aku yang berkenan
Memang nampak cantik
Price : RM 17.00

Asyik barang ES je.
Aku pun nak jugak lah. hehe
So ni aku tengah pening sebabnya bagi aku ketiga-tiga
comel. Last2 aku pilih yang paling kiri

Ni price before less.
After less price dia cuma RM 69.00
Aku pada mulanya memang tak mau ambil
tapi sekali ES bagi kebenaran, so aku pun
ambil je lah. huhuhu

Aku ambil juga 1

So, ni lah semua barang2 yang aku beli malam 2
Memang semuanya murah2 taw


Ni lah pentingnya datang shopping dengan ES
Haruslah dia yang bayar.
Aku tukang pilih and juga bawa barang je. huhuu

Kepada sesiapa yang berada di sekitar Ampang boleh lah terjah ke sini. memang berbaloi2 taw.
Kalau tak silap aku promosi ni sampai 4 Ogos 2013.

0
Komen

Berbuka Puasa Bersama The Red Warrior Club

Rezeki melimpah2..
Alhamdullilah.
Sebelun ni, aku berbuka diFelda D'Saji 
Namun, semalam ES dapat jemputan dari The Red Warrior Club
untuk majlis berbuka puasa.
Bagi aku, majlis berbuka puasa ni sangat2 awesome
Memang best sebabnya diorang menganjurkan
tema yang begitu santai
Kalau tak caya, korang semua boleh tengok pic2

Untuk pengetahuan, majlis ni bergabung 3 sekali gus
The Res Warrior Club
Kelab Penyokong Selangor
Majlis Agama Islam Selangor

Hebat x???????
Memang super duper meriah taw.

Aku saja nak tepek pic aku. huhuu
Ni kat umah okey

Ni plak aku tak pasti penyokong mana
Tapi diorang pun joint gak majlis ni

Banner club kami. huhu
Gomo Kelate Gomo

Ni yang Majlis Islam Selangor

Memang santai habis lah. Berbuka tengah padang
dengan menikmati kehijauan alam
Tikar ni memang bawa sendiri

Terima kasih kepada orang yang telah sponsor nasi ni
Nasi yang sebetulnya lain taw.
Dapat sebekas seorang

Ni lah semua AJK and juga penyokong2 club yang telah
joint majlis ni. Sebenarnya ramai, tapi yang
masuk pic ni yang mana pakai baju club je

Antara kuih muih yang dihidangkan.
Kebanyakkan kuih tradisional Kelantan

Ni plak lauk pauk yang ada.

Totally ni lah menu kami
ES kata ambil  pinggan je sebabnya kami dah dapat
nasi free 2 bekas 2.

Cian ES tak tepek pun pic dia.

Banjiran lautan merah. huhuhu

Sapa kenal???? cepat angkat tangan.. nanti dapat gula2
Ni Yat Hamzah. Dia datang bagi ceramah untuk
Majlis Agama Islam Selangor.
memang comel bangat orangnya
Siap borak2 dengan aku taw.
Jangan jeles. huhuhuhuhu


Sunday 28 July 2013

0
Komen

Keenakan Makanan di Felda D'Saji

Semalam aku and ES makan sedap wooo
Sebabnya selama office aku buat makan di 
Felda D'Saji.
Kat mane???????

Kat Jalan Semarak. ERm... Berdekatan dengan Menara Celcom.
Berdekatan dengan UTM SPace. Berdekatan dengan MINDEF.
OK, stakat ni je aku boleh bagitaw sebabnya aku dah tak tahu lagi macam mana nak bagitaw kat korang. hahahaha.
Susah2 cari je dalam google maps.

Apa yang aku boleh share kat sini
tempat dia memang super2 best
Dari sudut makanan, cara hiasan, cara diorang atur makanan and juga yang penting surau yang sangat2 selesa.
Memang au rasa tk nyesal office aku buat kat sini taw.
Jom kita tinjau2 pic yang aku and ES sempat snap masa kat sana.
Aku tak nak bebel banyak2 sebabnya aku nak korang layan picture je. huhuhuhu

Aku sampai dah dekat2 azan. So ni adalah lauk pertama yang kami terjah. Memang sedap and banyak pilihan

ES ambil udang masak petai


Tempat ambil air. ES yang pergi ambil and ES kata banyak pilihan.

Aku sempat terjah jap dapur diorang. Tapi dari luar je lah. Memang bersih sangat2

Malas lah plak nak rotate. hehe. Ni steambot. Ketam, lala, kepah, udang, hotdog, fishball, meatball and macam2 lagi. Ada yang aku tak pernah tengok and juga tak taw nama. hahhahaha



Ambil and celop sendiri. Toyam @ sup biasa.
Aku pilih tomyam sebabnya sup dah biasa makan




Yang belah kiri ni kak ma and yang tengah possing 2 Kak Ita. Aku duk semeja dengan diorang 

Sampai je sana, ni lah benda pertama yang ES cari taw. Iaitu kambing.


Banyak kek tapi aku tak jumpa. Ni aku rembat yang Kak Nurul punya. hheheeh

Pelbagai jenis pasta yang ada taw



Cuba perhatikan sapakah yang berbaju pink 2.
Nasir Wahab and JJ ada time ni tengah buat rakaman seperna raya. Diorang meraikan anak yatim. Memang encem gila taw Nasir Wahab nie.


Ni sudut satay, lemang, nasi impit. Tapi aku tak try pun sebabnya perot aku yang begitu besar dah penuh tank. heheheh

Bahagian kuih muih

Ni plak bahagian laksa and laksam. Ada yang Kelantan and juga ada yang Penang.


Ni plak bahagian kerabu2.. Kerabu kaki ayam, kerabu perut, kerabu mangga, kerabu betik. semuanya ada


Time ES tengah ronda2 baru lah ternampak nasi arab ni. Kalau tahu ada, memang aku tak ambil lah nasi putih biasa nie

Kambing 2 woooooo


MUshroom sup with garlic bread. Memang sedap sangat and sup dia 2 ada yang chicken and juga asparagus. 

Ni anak officemate aku yang sangat comel. Baik sangat2 taw. Memang senyap je budaknya. 

ES punya lah support activity aku berblogging ni sampaikan kami dah kuar dari Felda baru teringat yang kami tak de pun snap pic ni. ES sanggup pusing semula taw. hahahaha

Terlampau banyak picture yang aku nak share tapi sayangnya tak boleh. Nanti makan berhari2 korang semua baca blog aku ni. hehehe. So aku tepek yang mana aku rasa perlu je lah.
Tentng harga berapa aku tak tahu sebabnya ni MAKAN FREE. hehehee