Tuesday 23 July 2013

0
Komen

Anak Angkat

Anak angkat???
eeee..jijik..tak tahu mana usal usul
Membawa sial
Membawa malang
Keturunan tak baik
Anak luar nikah
Anak haram

Kenapa semua manusia mesti ada fikir macam ni?
Aku nak tanya pada semua....
Anak yang lahir dari rahim korang semua adakah 150% akan jadi anak yang baik? Akan jaga korang bila sakit?Akan change lampin korang and tak akan sesekali hantar kang semua ke umah orang tua?
Cuba renung kan...

Kenapa kita mesti bangkang bila d suara kan untuk pengambilan anak angkat? Bukan kan setiap anak yang dilahirkan ke dunia ini adalah sesuci kain putih? Tidak mempunyai dosa
Malah, setiap kanak2 yang meninggal adalah tertulis sebagai
Ahli Syurga.
Tapi kita???? Ahli Syurga @ Neraka?
Pernah korang pk semua ni?

Tiada istilah jijik @ kotor untuk mengambil anak angkat
kerana dengan pengambilan anak angkat, mungkin
rezeki kita akan bertambah2
Sayangi anak angkat seperti mana anak sendiri kerana
setiap ibu boleh menyusukan anak angkat dan
dengan itu, sahlah akan menjadi
anak susuan sepertimana darah daging kita sendiri.

Bagaimana terbentuk nya seseorang adalah dengan didikan
yang diberikan oleh setiap ibubapa
Bagaimana kita mendidik anak2 kita semua
maka itu lah hasilnya yang kita akan dapat

Setiap daripada anak adalah anugerah yang tak ternilai
Sesungguhnya anak lah yang akan mendoakan kita
bila kita dah tak de kat dunia ini.

Kepada para ibu bapa yang terpk untuk
membuang anak masing2, cuba renungkan
Kenapa Allah permudahkan rezeki untuk mendapat zuriat walaupun bukan dengan cara yang halal.
Kenapa Allah permudahkan usaha untuk bersalin sedangkan bagi orang yang sah sampai makan masa berhari2 untuk bersalin
Pk lah wahai sahabat semua.

Renungkan segala nikmat yang Allah berikan kepada anda

Berapa ramai pasangan di luar sana yang inginkan
cahaya mata tapi tidak dapat?
Perkahwinan yang dibina bertahun2 lamanya tapi masih tidak mendapat zuriat yang di impikan

Sesungguhnya setiap anugerah dari Allah amatlah
berharga dan tiada tandingannya.


No comments: