Thursday 23 January 2014

0
Komen

Kepakaran Terpendam

Sesuai tak eh tajuk aku ni? Macam pelik je
hahahaha.. Actually ni alkisah mertua aku
Aku balik kampung 2 minggu lepas
Balik jenguk kampung halaman lah.

Masa kat rumah mertua aku terkejut tengok banyak sangat
telorr ayam yang ada. Lagi pun memang mertua
aku suka membela. Semua jenis dia nak bela
Tapi yang bimbangnya mertua ni bukannya sihat sangat
Aku terus hanya mak mertua aku pasal telor2 ni.
Rupanya ni adalah telor ayam belanda.
Ha....... hebat kot mertua aku.
Korang nak tengok ???????????????




Kepakaran abah gak ianya mencucuk ayamnya sendiri.
Memang aku kagum lah. Patut lah anak2 abah semuanya
boleh hidup berdikari sebabnya dah memang diajar.
Abah pun berdikari bela ayam. Dah lah dedak ayam pun
kadang2 abah buat sendiri je. Wahhhhhhhh
ES padahal takut ayam gak 2
Saja je bua2 macho... hahahaha

Aku tak tahu lah plak ES boleh pegang ayam.
Aku ingatkan dia takut binatang macam aku. hahahaha
Cayoookkkkkk ES..
Abah ada semua bahan2 untuk membela taw.
Ubat 2 ES g beli kat Jabatan Perhilitan Haiwan tak silap aku

Tengok... siap dengan tarikh lahir 2.
Ni semua mertua aku buat sendiri taw. Tak de nya nak
beli2 kat kedai. Dah lah mahal. Buat sendiri
boleh guna barang2 buangan je taw.

Abah bela banyak jenis ayam gak
tapi yang aku kenal, ayam belanda je lah. Ayam kampung
ada gak kot tapi tak kenal pun. hahahha. Angsa pun abah bela gak.



0
Komen

Menambahkan Kalsium Badan

Salam semua..
Adakah anda berada dalam keadaan sihat sejahtera?
Semenjak preggy ni aku g mana2 pun
dah tak terasa nak ambil pic and
post kat blog ni. hahaha
tak tahu lah kenapa
Nak kata pembawakan, memang teruk bebenor lah
Tak pe lah, aku akan cuba untuk gagahkan diri aku
untuk setia berblog. Mana boleh aku lupakan
blog aku ni

Ni alkisah menambahkan kalsium. Sebabnya aku ada buat
banyak sangat research pasal preggy kat internet
Ni kan anak sulong and first time mengandung
so banyak yang aku kena tahu.
Setahu aku yang paling ketara ialah si ibu akan
mengalami kekurangan kalsium sebabnya diambil
oleh baby yang sedang membesar.
Oleh yang demikian, ES telah membekalkan aku dengan
pelbagai kalsium macam contoh
susu anmum, yogurt, fresh milk and macam2 lagi

Tapi sayangnya aku ni jenis tekak yang susah nak terima
semua mak nenek ni. Ni pun dipaksa oleh ES je.
Tapi aku heran dengan ES yang boleh telah semuanya.
Memang hebat lah ES ni. Tapi aku tetap gagahkan
diri aku untuk makan jugak sebabnya pk kan anak.
Don't worry, i will try my best for this baby.


NI antara yang ada dalam peti rumah aku. Sekarang ES dah
mula belikan aku fresh milk untuk aku minum kat opis
Aku pun terpaksalah minum walaupun rasanya
begitu teruk pada aku. Jenis family aku memang tak makan and minum semua2 ni. Aku ingat kak long aku mengandung pun
macam ni jugak. hahahaha

Kusyuknya ES mengadap lappy. Tapi korang jangan sangka
ES tengah main game ke apa. Tapi dia tengah
buat research apa lagi yang boleh aku makan
untuk menambahkan kalsium badan ni
Dia kata yang dia tak mau lagi dengar aku kata
sakit kaki lah, nak kejang kaki lah,
terbaru sakit gigi. So dengan itu, dia pun mulakan pencarian

Terkantoi lah.. hahahaha
Anyway, aku betol2 bertuah dapat ES
Thanks my dear for being a good husband to me and our
coming baby. Teruskan usahamu mencari segala info.

Jangan tak tahu, ES ni memang jenis yang suka membaca.
Tapi aku tengok dia gemar membaca newspaper je pon..
Tak pe lah, at least ada jugak info yang berguna
berbanding dengan aku yang memang paling tak suka
sentuh buku. hahahahaha