Friday 20 March 2015

0
Komen

Restoran Nasi Arab

Memandangkan keluarga aku berangkat ke Tanah Suci
bagi menunaikan Umrah, aku pun kena lah ambil
mood untuk ke sana jugak walaupun pada hakikatnya
kami duk kat KL je. huhuhu

So, ES suggest untuk g makan nasi arab yang telah direkemenkan
oleh Kak Tie (officemate ES). Restoran ni dekat area sempadan Bangi. 
Jalan Jalan Reko, Kajang Selangor. So kami decided untuk g try makan
kat restorn 2 lah.

Bagi aku makanan dia sangat sedap dan juga sangat menarik.
Tambahan pula menu dia kita boleh pilih saiz nasi yang kita nak
dia sediakan saiz :

1) Small
2) Medium
3) Large

Oleh sebab temakan kami untuk makan, so kami telah
memilih untuk mengambil large saiz walhal sudah kenyang
Jangan ikut perangai kami sebabnya membazir
Amalam syaitan. Tapi aku tak membazir sebabnya makanan yang tak
habis kami tapau untuk makan kat rumah. Kita bayar so jangan sesekali
membuang makanan. Bila bungkus boleh makan next time plak
Bukan nak kata kedekut tapi pada hakikatnya
kita bayar makanan tersebut untuk 1 set.
So, jangan nak membazir k. 

Disebabkan oleh sangat2 teruja so aku lupa nak snap picture
persekitaran restoran ni and tambahan pula aku susah dukong Vee time ni
banyak plak alasan. padahal memang lupa . hahahahha

Ok... ni lah menu kami semu..
eh2 kenapa ada 3 set??
Sebabnya sepupu aku joint sama. And kami semua ambil large set
ES semestinya tidak ketinggalan untuk makan beef lah.
Aku dan Jue makan chicken cumanya flavor je lah yang berlainan.

Tapi aku cakap terus terang lah.... memang sedap sangat2 makana dia
sambal and juga kuah dia terbaik... Oh ye.. memandangkan nama
menu dia sangat unik and susah nak sebut, aku tak dapat
 nak refresh semula otak ni untuk ingat dia punya nama, hahahah

Boleh lah u all semua mencuba makanan dia. Harga yang ditawarkan bagi aku berpatutan jugak and sesuai dengan menu makanan arab and juga portion yang
di hidangkan. Kalau siapa yang nak ke sini boleh lah ikut arah ini

0
Komen

Menghantar Keluarga ke Tanah Suci

Salam semua.. Sekarang semua officemate tak de sebabnya
berada di Langkawi semperna LIMA 2015. 
Al maklumlah office aku ni Induk bagi LIMA 2015.
Aku yang tidak ikot akan menjaga office serta aset kerajaan.
hahahaha

Ok2... back to the topic. 2 minggu lepas family aku pergi ke
Mekkah bagi menunaikan Umrah. Dengan izin Allah semua benda 
dipermudahkan dan sangatlah berjalan lancar.
Tambahan pula, mereka pergi dengan rombongan Teram Holidays 
kalau tak silap aku. Memandangkan mereka akan berlepas dari KLIA
yang sangat dekat dengan rumah aku, so kami berkumpul di sana
sebelum mereka berlepas. 
Parents nak gerak kesana, opkos lah kena pergi hantar.

Parents gerak dari KB jam 8.30 pagi dan dijangka sampai ke Kl jam 9.30 pagi.
Akan fly ke Jeddah pada jam 3.00 petang. Masa sangat sekejap
so papa aku decided untuk lepak kat KLIA je. 
Bukan setakat lepak-lepak je taw malah siap berkelah lagi. hehehehe

Tengok lah aku bekalkan Mee..... Maklumlah makan pagi walaupun aku
sampai KLIA dah pukul 12. hahahaha
Kena bagi tenaga untuk family aku duk dalam flight 9 jam

Tengok lah diorang 2 syok tengah menjadmu selera.

Aku dengan my lovely cousin...


Siap bawa tikar 2. hahahha
Nasib lah aku bawa boleh jugak duduk atas tikar ni
Kalau x menapak atas lantai je lah



Dari kiri....
nenek (emak papa), kak na sepupu, mak alang, mama, and aku

Dah tiba masa untuk berangkat. Bergambar dulu sebelom masuk

Semoga selamat pergi dan selamat kembali
Semoga ibadat yang dibuat ditanah suci
mendapat keberkatan

Eh22222222.
macam aku plak yang nak berangkat
Ada gaya cam nak g oversea x?

Lama dah tak posing romantik ber2 cam ni. hahahaha

Selamat pergi dan selamat kembali dengan selamat
Juga yang penting selamat beribadat dan juga menunaikan Umrah

Wednesday 18 March 2015

0
Komen

Puree Campuran Khasiat

Aku sangat gembira kalau ada sesiapa yang terjah ke blog aku untuk
tengok dan tinjau menu yang aku sediakan untuk Vee sebabnya
masa aku mula-mula nak bagi solid food pun aku buka main lagi
buka and tinjau blog orang2 berpengalaman. 
Makanan untuk anak ni penting sebabnya khasiat yang diberikan
perlu menjadi yang utama untuk pastikan
diorang mendapat khasiat yang secukupnya.

Ni antara yang aku steam lah sebabnya semua yang aku keras
so macam mana lah puteri aku nak makan memandangkan kekerasan yang melampau
and juga dia tak de gigi lagi. hhahaha. Nak pakaikan polident ke? hahahaha

Antara yang ku steam ialah;
kurmabrokoli
Avocado
labu

Lepas bend lenyek2 kan mana yang boleh @ lenyekkan sahaja

Setiap makanan Vee memang akan aku tambahkan dengan olive oil.
Tapi ES beli yang EXTRA LIGHT sebabnya bila search yang ni telah
melalui banyak proses and bukannya yang pure.
Oleh itu, ES akan beli yang baru and yang ni aku akan makan lah. hahaha

Bila dah dicampur dengan nasinya akan jadi macam ni lah
Vee makan bukan main selera taw. huhuh

Ini plak sebelum dicampur dengan nasi..
yang ni ialah
kurma
labu
apple

Para ibu boleh usaha untuk campurkan apa sahaj dalam makanan baby
selagi mereka tidak mempunyai sebarang alahan

0
Komen

Daging Mask Hitam

Mood berkongsi resipi telah tiba
huhuhu.. Aku nak share bukan sebab masakan aku sedap
tapi sebab bahan-bahan yang digunakan dalam resipi ni 
sangat simple and juga sedap.
Yang menyebabkan leceh sikit mungkin sebabnya terpaksa merebus
daging yang agak lama untuk pastikan daging ni lembut.






Apa aku boleh share resipi ni serius sedap...............

Daging - sebanyak mana yang nak makan. huhu
6 ulas bawang merah *
6 ulas bawang putih *
1 inchi halia *
8 tangkai cili kering *
sedikit jintan manis
sedikit jintan putih
gula & garam
Air asam jawa
Kicap secukupnya
Tomato
Ubi kentang 

  1. Rebuskan daging sehingga empuk. Lebihkan air sebabnya nanti nak ambil air 2
  2. Mesinkan semua bahan-bahan yang bertanda *
  3. Ambil sedikit air rebusan tadi & rendamkan jintan manis n putih tadi
  4. Gaulkan bersama tumisan tadi. 
  5. Tambahkan ubi kentang 
  6. Masukkan kicap dan air asam jawa
  7. Last sekali masukkan daging serta air rebusan daging tadi sebagai kuah.
  8. Last sekali masukkan tomato dan biarkan seketika. 
  9. Lepas 2 boleh lah matikan api dan sedia untuk dihidang
0
Komen

Stable Steak House @ Kampung Baru

Ada sesiapa yang mencari tempat makan western yang best tak??????
Aku memang nak syorkan pada semua tempat ni sebabnya
memang makana dia sangat lah best and juga 
harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Kedia memang berada di kawasan yang sangat jem and sempit
serta park yang susah nak dapat tapi dari sudut makanan 
akan rasa sangat berbaloi2222222

Restoran ni dah lama tapi apa kan daya aku baru je tahu semenjak aku kerja
kat MK Logistik TD. 2 pun sebabnya masa pregnant aku ada mengidam nak makan
apa entah... masakan Kelantan lah. Member aku bawa datang kawasan ni.
Then dia lah bagitaw yang kedai ni best. Dah lama ajak ES tapi sekarang je
baru kesempatan nak meninjau. huhu

Restoran ni bertemakan ala-ala koboi. Menu dia pun special sebabnya
ada yang diambil semperna dengan nama kuda.
Kedai ni buka dari jam 6.00 petang - 2.00 pagi. Aku pergi masa ni restoran ni
baru je buka. So agak lama aku tunggu. Aku 1st customer masa ni
May be depa baru nak panaskan dapur kot. hahahahha

Sementara menunggu makana sampai. Air dah habis baru makanan sampai
Tapi aku tak salahkan kedai ni sebabnya diorang baru buka.
Aku sampai sharp2 pukul 6.00 petang. hahahaha

Sementara tak de orang boleh lah menjelajah ambil
ambil picture sekitar restoran ni.
ES poyo malu sebabnya dia tak nak bergambar. Bajet hensem. huhu


Taraaaa...... ni lah menu kami
Tapi aku lupa nama sebabnya sangat susah nak sebut. hahahaha
Yang penting ES ambil lamb aku ambil chicken.. Ke ES ambil beef..
lebih kurang lah. hahaha

Restoran ni pernah diterjah oleh Jalan-jalan Cari Makan taw sebabnya ada
JJCM tinggalkan tag diorang. Dalam bakul 0 2 sebenarnya berisi roti tapi sebab
kelaparan and tunggu main dish sampai kami makan lah dulu. huhu
Paling senang kalau u all nak cari belakang kedai ni ada LRT Kampung Bharu.
Bagi aku ni landmark yang paling senang untuk sesiapa yang mencari
restoran ni....

0
Komen

Gallery 3d yang Awesome

Sekarang kan banyak tempat2 3D yang u all semua boleh jumpa
Aku g jalan-jalan cuci mata and cuci perot masa raya cina
Cari yang mana tempat boleh terjah sekitar KL je. huhu
Nak bawa Vee pergi aquaria KLCC masalahnya Vee masih kecil.
Tunggu besar sikit lagi boleh lah jalan ke sana.

So, aku search kat internet jumlah lah 1 tempat yang FREE of charge
untuk bergambar and juga menikmati hasil
lukisan anak muda Malaysia yang sangat kreatif. Aku rasa ES dah kreatif
tapi rupanya ada lagi yang lebih kreatif. hahaha
Yang menariknya tempat ni dah lama siap and tak de mendapat sambutan,
dengan adanya benda-benda cam ni boleh lah menarik pelancong 
sampaikan tak de tempat nak parking dah sekarang. 

Gallery ni ada kat depan GIANT Seri Kembangan. Kalau nak senang lagi
berhampiran dengan Jaya Jusco Seri Kembangan. Pic aku ambil memang banyak 
tapi tak boleh lah letak semua, so aku akan letak pic yang aku rasa
aku, ES and Vee posing paling cantik lah. hahahahaha

Turun je dari parking aku terus nampak pemandangan kereta ni.
Sangat menarik. huhuhu

U all nampak tak macam real?
Seakan2 tangan ni nak ambil Vee padahal ni semua
hanya lukisan kat dinding je


Yeahhhh.. Vee nak naik tangga


Terasa kembali ke zaman 90 an lah plak 



Honey, this is train and not bus. So you no need buat tangan cam nak tahan bas
hahahaha... Cam salah posing je laki aku ni


Nanti besar masuk kelas piano eh


Asyik pic ber 2 je. Ni baru lawa picture ber 3 tapi masalahnya
Vee tak tengok camera lah plak.. Sakitnya hati.. hahahha
Ni ada port yang lawa untuk letak camera and set timer

Kalau sesiapa nak maklumat lanjut @ nak peta kemana hala tujunya boleh lah ke
laman ini

0
Komen

Muzium Coklat @ Damansara

Hari 2 kan Vee demam agak teruk. Disebabkan vee demam aku
terpaksa membatalkan niat untuk ke Melaka pada cuti CNY yang agak panjang
So, aku telah mengoogle kat mana tempat manarik yng boleh kami lawati 
and make sure kawasan 2 tak mendatangkan kepanasa kat Vee sebabnya
badan vee bukan sembuh sepenuhnya lagi. 
Pagi lepas solat subuh gagahkan diri untuk search tempat2 menarik.

Last2 aku terjumpa lah 1 muzium yang aku tak pernah tahu wujudnya muzium ni.
Muzium ni terletak kat Damansara tapi tempat sebetulnya aku lupa 
sebab aku pergi pun menggunakan google maps je..hahahahaha.. 
Muzium ni nak kata luas tak sangat and masa aku pergi memang tak de orang pun.
May be kes semua orang balik kampung memandangkan cuti yang
panjang. Dalam ni just bilik2 kecil je. 

Ni pintu masuk dia.. Vee ni tengok umi plak bukan nak tengok camera..
aiiisshhhh


Kat depan pintu masuk pun dah ada mesin pembuat coklat yang
zaman tok kadok. But its good to know as i am obses with chocolate. hahaha 

Buka je pintu akan terasa gelapnya.. huhu
And kita akan disambut mesra oleh lembu ni. hahahaha






Kat dalam cermin belakang ES ni adalah tempat demo pembuatan coklat
Tapi aku wrong timing sebabnya masa aku pergi demo dia pukul 3 lebih
ES kata malas tunggu and as he is my driver aku kena lah follow. huhuhu


Semua benda kat belakang aku ni diperbuat dari coklat.
Memang sangat2 menarik




Dalam ni jugak disediakan tempat untuk u all membeli coklat and
bila ES compare kan dengan harga pasaran ternyata disini adalah sedikit lebih murah


Vee kecil lagi so tak boleh main upin ipin ni. huhuhu

Aku adalah jugak shopping coklat kat sini..
Eh lupa nak share.... semua coklat yang ada kat Langkawi u all bolh dapat kat sini taw
and harganya memang lebih kurang je.


Sebelah dengan muzium ni ada cafe.. Tapi masa aku pergi ni cafe ni tutup plak.
So masuk bergambar je lah
Cafe ni tak de lah jual coklat semata2, adalah makanan ringan yang lain

Yang syoknya muzium ni FREE. Bawa lah sekumpulan mak cik kiah pun tak pe
sebabnya tak de bayaran yang dikenakan. And kawasan ni agak terpencil sebabnya berada di kawasan kilang. Untuk maklumat lanjur boleh lah Click disini