Salam semua.. ni alkisah dari bulan lepas lagi.
Tapi baru aku ada masa untuk update
almaklumlah ibu berkerjaya cam aku ni memang jadual sentiasa padat.
hahahahaha..
Aku kan balik Kelantan masa cuti Federal Day and time 2
Vee memang dah demam tapi tak lah teruk sangat
Just demam2 biasa and pada aku mungkin demam sakit
urat je sebabnya perjalanan yang jauh.
Demamnya merebak sampai lah balik ke KL. Lama sangat taw
Sampai 2 minggu dia demam. Masa kat KL paling teruk sebabnya
suhu badan dia cecah 38C taw. Aku nak mulakan kerja pun
bimbang tapi aku dah pesan awal2 kat pengasuh supaya kol aku
sepecat mungkin seandainya terdapat perubahan pada Vee
Pada belah malam aku memang nampak Vee cam mula
tak aktif and juga mula tak nak menyusu. Lagi lah aku bimbang
Bila cek dengan termometer suhu badan dia 37.7c so tak de lah
panas sangat. Esoknya aku memang tekad nak bawa ke klinik.
Pada mulanya aku pergi ke klinik swasta yang memang biasa aku bawa Vee.
Lepas 2, doktor mula syorkan supaya aku ambil darah sebabnya vee demam
melebihi seminggu and yang paling takot suhu vee time 2 38.8c.
Tapi doc bagi ubat and suh makan ubat tengok dalam masa 2 hari macam mana.
Dalam masa yang sama aku telah usahakan untuk sentiasa basahkan
kepala dia dengan air asam jawa, dengan daun bunga raya and macam2 lagi untuk
make sure suhu badan dia stabil. Selain itu, aku juga cuba untuk sentiasa lap
kan badan dia supaya sentiasa sejuk. Memang berkesan tapi berkesan untuk
masa jangka yang singkat sahaja. Ni mungkin sebab panas dalam lagi teruk.
Sebelum ni kalau Vee demam memang ni je petua yang aku buat.
Dalam masa 2 hari jugak aku tengok demam Vee memang tak kebah pun.
Aku terus ajak ES untuk g klinik kerajaan untuk ambil darah.
Kat sini doktor dah pun syak yang Vee demm campak sebabnya dah nampak
biji2 merah kat mata dia. Nasib lah Vee tak meragam masa ambil darah.
Air Asam jawa yang telah diramas dengan air untuk di sapukan ke badan and kepala Vee. Make sure ramas daun ni sampai keluar lendir-lendir. Lendir dia lah penyejuk badan |
Pergi ke klinik untuk kali ke 3. Masa ni memang doc paksa jugak untuk g klinik kerajaan untuk ambil darah Nak tengok keputusan darah macam mana |
Zoon dekat and tengok kat mata Vee. Masa ni baru2 nak naik and aku ingatkan pada mulanya dia alergik dengan avocado sebab pada aku baru kenalkan dia dengan buah 2 |
Hari yang sama tapi belah petang. Waktu ni bintik merah dah mula banyak. Nampak x kat leher, pipi and seluruh muka |
Good girl.. Ambil darah pun boleh rilex lagi. Aku memang tak masuk sebabnya takot. hahaha. ES yang masok dengan dia. Kesian tengok muka monyok je |
Keesokkannya dah mula naik seluruh badan Kat muka dah mula nak penuh and juga kat badan dah banyak. Bahagian belakang juga dah banyak. |
Pada hari ke 3 bintik2 merah. Time ni memang kesian sangat2. Aku memang sedih and pilu tengok keadaan Vee macam ni. Kesian sangat2. Vee plak memang langsung tak bermaya |
Tido dengan tidak berbaju and juga dengan pakai bedak sejuk untuk sejukkan badan. |
No comments:
Post a Comment