Thursday 27 November 2014

0
Komen

Family Day @ De Rhu Beach Resort - part 1

Minggu lepas, opis aku telah mengadakan familyday
kat Balok Pahang.. Nama hotelnya 
De Rhu Beach Resort.. Tempat dia memang lawa.
Kolam yang sangat luas and juga corak yang cantik
Kolam kanak-kanak sangat2 menarik sebabnya
ada banyak mainan kat kolam 2.
Pantai pun memang bersih sangat2.

Ni dia bilik aku... Bilik yang sangat luas
Aku memang sangat2 puas hati taw.
Tengok lah katil. ES dengan Vee duk pun banyak lagi ruang
Aku dapat bilik single. Aku rasa kalau letak
2 katil single lagi memang muat taw. Tak salah aku
katil aku dapat ni king size sebabnya memang besar sangat2

Ni plak toilet dia. Sangat bersih cumanya aku
tak puas hati air panas dia yang tak menjadi
Bilik lain ada sesetengah sahaja yang berjaya dapat air
panas. Ksian Vee belajar mandi dengan air sejuk

Seronok Vee dapat guling-guling atas katil yang besar ni.


Nasib bawa stroller. So tak de lah lenguh nak dukong
je si puteri yang berat badan dia dah
semakin bertambah ni. hehehe
Tengok belakang ES. Ni adalah kolam kanak2 yang terdapat
banyak sangat mainan. Memang puas hati lah anak2
member aku yang datang sini.

Aku pikul beg badminton ES 2 sebabnya kat sini ada disediakan
court tenis, squash and juga badminton
So far facilities yang disediakan memang
aku rasa sangat2 puas hati. Pasal bayaran sewaan dewan
semua aku tak tahu sebabnya pegawai aku deal baik
dengan hotel and kami dapat gunakan secara FREE. hhuhuhu

Vee pun sebenarnya tido pada mulanya
Sampai je kat kolam terus cerah je matanya. huhuhu
Lagi pun ni 1st time bawa dia tido hotel. Dia kecil lagi.
SO, tak berani lah nak bawa jalan jauh2.

Nantikan part 2 aku di sana sebabnya banyak lagi benda
yang aku nak share. Tapi aku lupa lah nak snap
pic makanan, dewan badminton, and juga makanan yang
dihidangkan kepada aku.

Yang aku boleh kata aku sangat berpuas hati dengan layanan
and juga service hotel ni. SO far memang ok.

0
Komen

Berlakon untuk Bahasa Arab

Untuk pengetahuan semua....
aku ni masih lagi belajar
walaupun dah kahwin and ada anak
SO, secara automatik aku masih lagi layak untuk
menerima duit raya.. huhuhuhu

Ni lah assignment aku pada sem ni yang aku
kurang suka sebabnya aku kan buat PJJ
so group aku kebanyakkan datang dari Johor,Pahang
So, memang time jumpa terus kena shoot
And sebab utama aku tak suka sebabnya 
aku memang tak pandai nak berlakon. 
hahahaha

Sah ke nak berlakon bahasa arab.. bahasa melayu pun
aku failed.. hahahaha. Tapi demi kerjaya and belajar
aku sanggup juga harungi. huhu
Aku harap2 geng2 aku ada lah buka baca and terharu
sebabnya pic diorang masuk blog aku yang comel ni
hahahahaha

Ni lah semua geng aku yang cute222...
Diorang semuanya best2 taw. Memang sayang lah u all semua
Yang depan sekali ni nora... still single.
Tudung purple- aku
Tudung Biru - Sriza
Tudung Hitam - Asnida
Baju hitam- Hasrizal
Baju kuning - Fadzil

Tengah tunggu orang lain shoot untuk scene diorang
Hebat tak geng kami?


Tengah hafal skrip... sempat lagi bergambar

Semoga kita semua berjaya kawan222..
Habis lah belajar dengan hati yang tenang
Walaupun lama and panjang sangat untuk dapatkan
segulung ijazah...
dari bujang - kahwin - ada anak
still xhabis belajar lagi. haha

0
Komen

Menikmati Kenny Rogers Roster

Salam semua.. kan aku dah bgtaw yang aku dah mula
aktif untuk membeli on9
Tapi aku tetap berwaspada and tak semua lah aku
beli on9. Cam kupon2 makanan kalau murah memang
aku akan beli. Canm sebelum ni aku beli Pizza.
Now aku beli lagi Kenny Rogers.
Untuk makluman semua aku memang tak pernah masuk
dalam Kenny Rogers ni. So berbaloi lah aku beli
Lagi pun agakk murah lah dia pnya kupon ni

Aku beli cam biasa lah.... dalam groupon
Aku aku gak tinjau2 dalam Mydeal tapi 
kebanyakkannya makanan kedai cina. Walaupun dia kata
free pork tapi sebagai seorang Islam, kita tetap
harus berwaspada and kalau was-was baik tak payah
makan terus. Lagi selamat. Tak gitu?????

Kupon yang ni masa pembelian kena pilih tempat makan terus
ad aku pilih JUSCO CHERAS SELATAN sebabnya dekat dengn
rumah aku. Tak berbaloi lah kalau aku nak pilih tempat yang jauh
untuk makan Keny Rogers ni memandangka time aku
buat pembelian ini tak gaji lagi.
hahahahaha

Yang ni syok sebabnya boleh makan hari apa saje termasuk
weekend. SO tak lah bimbang sebabnya Vee memang tido 
pukul 8. So aku memang elak untuk
ganggu masa tido dia
Kecian plak kat dia. Sebab 2 sekarang aku dengan ES
dah jarang kuar malam. Dia plak jenis tido yang agak ikot
masa. Kalau lari pun tak jauh dari masa sebenar
dia tido. hehehe. Tak de lah aku dengan ES
penat sangat cumanya masa kami untuk
bermain dengan dia agak singkat lah.

bergambar ber2 sementara anak baik je
duk dalam stroller. hehehe
Rindu saat bercinta. huhu
Sekarang pun bercinta gak tapi bila ada anak
anak menjadi keutamaan

Cak.....muncul pun si comel ni.
Cian dia nengok je kami makan. hehe
Tapi ni makanan tak sampai lagi




Look at the set that we got. Ni lah setnya yang aku
beli kupon 2. Memang sedap sangat....
terutama mufin dia
fuh..... puas hati lah


Ok... yang ni aku minta tambah sebabnya saja2 nak try

Yang ni include dalam set dia.
Tapi pic boleh jadi seperate sebabnya aiskrim ni
sampai lambat gila.
Apa2 pun bagi aku Kenny Rogers ni agak sedap
and tetibe terasa nak ajak ES g lagi. hahaha

Wednesday 19 November 2014

0
Komen

Pizza Hut by Groupon

Sekarang aku macam aktif je membeli on9
hahahaha... bahaya ni
Aku macam dah suka lah plak.
Nasib setiap benda aku nak beli ES
kata roger and ok... hahaha
Sebabnya setiap benda aku beli haruslah mendapat
keizinan dari dia dulu. 
Nampak x aku ni isteri mithali? hahahahaha

Minggu lepas aku pergi makan Pizza Hut dimana kupon
ni aku dah beli dalam groupon. Nampak cam best je
sebabnya harga asal RM 53.30 tapi aku just beli dengan harga
RM 25.00. Tapi buka lepas beli terus boleh g makan taw
Kena tunggu dia valid voucher 2.
Lama juga aku tunggu. Lebih kurang 3 minggu xsilap aku

Aku beli ni pun sebabnya kak ipar aku yang selalu
wassup aku bagitaw ada benda murah.. 
ada itu yang best... ada ini yang best.. 
So, kak long aku salah sebab ajar aku membeli on9.
hahahahahahhaha..... Tapi yang syokya, bila dia dah ajar ni
banyak juga maanfaatnya pada aku.
Macam nak pergi bercuti senang lah sebabnya banyak juga hotel2
murah dalam groupon ni. Boleh tahan jugak harganya. 
Tq my sis...... hehe



Excited nak g makan pizza ye sayang?
Kamu just boleh tengok je. hehehe



Semenjak ada anak lama dah tak bergambar berdua
hehehe... Asyik2 masuk anak.

Dah mula tak mau duk dalam stroller. Tapi nasib sepanjang
kat Pizza ni dia tak nangis pun
Cumanya dia marah sebabnya aku dan ES lagi tinggi
hehehehe



Dah mula mengantuk sebabnya waktu tido dia..

Agak kurang berpuas hati dengan apa yang dapat sebabnya nampak
dalam kupon cam best je. Tapi ni je.. Tak berbaloi pun ada jugak rasanya

Saturday 8 November 2014

0
Komen

Memasak Breakfast di Office

Salam semua....
Hebat x tajuk entry aku?
Cerita ni akan jadi lebih hebat
hahahaha
sebabnya mana ada opis yang siap boleh masak2
yang paling best plak,
si tukang masak adalah pegawai yang bergred 44 taw.
Tinggi 2, tetiba plak boleh joint kami
yang orang bawahan masak2 kat opis
hehehehe

Aku memang tak masak sebabnya aku tukang 
tangkap picture lah. hahaha
Pagi 2 aku memang tak tahu lah program budak2 ni
aku sampai je tengok diorang dah siapkan barang2 untuk
masak2 bagai. Budak sambilan yang mulaka tapi
lepas 2 pegawai aku seorang ni nak tunjuk bakat
terpendam katanya. Padahal hampeh jugak dia buat
hahahaha

Masakan kami pagi 2 ialah lempeng....
Wah... nampak macam simple tapi syok lah sebabnya
boleh masak2 and bersuka ria sebelum memulakan kerja
Dapat lah jugak ambil mood happy sebelum stress
huhuhuhu

Lengan baju kurung ni lah budak sambilan opis aku
yang telah memulakan operasi lempeng ni

Tetiba officer ni tak puas hati dengan cara masakan
dia plak nak tunjuk bakatnya
tapi rupanya hampeh... dia pun tak pernah masuk dapur
hahahahaha.... jahat gila

Yang sebelah dia plak juri nak menggantikan Chef Jo
huhuhuh... Dia memerhati je, buatnya idak.


tengok lah hasil yang dilakukan oleh officer ni
dah lah tebal... ketol2 plak 2.

Muka ketat semua orang sebabnya lambat sangat tunggu
lempeng ni masak. Nasib lah semua dah ada breakfast
cumanya tengah tunggu side dish. hahahaha

Taraaaaaaaaa
ni lah hasilnya. Jangan menilai dari segi rupa
Sekali kena, fuhhhhhhh nak lagi
sedap wooooooo

Saturday 1 November 2014

0
Komen

Bowling at Metro Point

 Minggu ni ES ada pertandingan bowling yang
dianjurkan oleh budak2 opis dia.
Ramai gak yang joint and aku plak diajak oleh
ES untuk memberi sokongan pada dia
aku sebagai isteri yang solehah mesti lah ikot
hahahahaha...
Padahal suka je nak berjalan. huhu

Aku pun balik awal, ambil anak and terus
bersiap untuk gerak ke tempat bowling. 
Aku saja nak joint sebabnya nak memberi sokongan
pada ES supaya menang tapi hampeh....
kalah gak akhirnya. Tapi rasanya ni kali pertama
ES balik tanpa membawa sebarang hadiah.
Selalunya ada je luck yang memihak pada dia

Sepanjang aku kahwin dengan dia ni, memang semua
tournament yang dia joint akan berhasil.
Entah kenapa kali ni kurang bernasib baik sikit
hehehe.... 

Antara balingan yang dibuat oleh ES
Baligan dia yang kurang menjadi lah jalan macam ni
Kalau tak memang dah melompat2 kalau
dapat jatuhkan semua pin 2

Kemana sahaj Vee pergi aku mesti akan bawakan buku
untuk dia. Aku nak tanamkan sikap suka membaca kat
Vee sebabnya dunia sekarang memang perluka ilmu
bagi memastikan anak berjaya dunia dan akhirat
amin......

Sebab pakai skirt pendek terpaksa lah selimut kat
kaki dia. hehehe
Kalau tak kesejukan lah anak aku.
ES ambil pictue aku dengan anak terketar2 taw
Jahat betol sampaikan semua pic aku dengan Vee
tak menjadi. Picture dia comel je aku ambil


Kepanatan tunggu ES main sampaikan dah terlena anak


Nasib lah kat sebelah bowling ni ada taman mainan
kanak2. Aku bawa Vee lepak2 kat sini lah
Lagi pun dalam 2 sejuk sangat2
Cian kat anak aku


Tempat dia memang akui cantik and bersih. Lagi
pun kebetulan anak member ES and isterinya ada
kat sini jugak. So adalah teman aku berbual2
Aku memang kenal dengan semua budak opis ES
Masalahnya semuanya terlibat dengan bowling
Mana ada masa nak borak2 dengan aku. hehehe


Dah habis pun... ni sesi pembahagian hadiah


DIsebabkan balik dengan tangan 0, and teringat kupon
yang bakal habis esok, kami pun g melantak lah
Kebetulan perot dah berbunyi2 minta diisi. hehehe
Aku bungkus je sebabnya cian kat anak yang dah lena
dalam stroller 2. Lagi pun dah lewat malam and
esoknya kerja. hehehe