Friday 28 February 2014

0
Komen

Masalah : Tak Dapat Reply Komen

Salam semua.
Hari ni nak minda pendapat semua yang sudi singgah
di blog aku ni. Actually aku pening pk kan
apalah masalahnya sebenarnya sebabnya
aku tak pernah plak usik apa2
atau buat apa2 kat blog aku ni.

Tapi tetibe je aku realise yang kat ruangan
komen 2 aku tak boleh nak reply
semua komen2 yang singgah kat blog aku ni
Kepada sesiapa yang komen tapi aku tak reply jangan
salah paham erk. Actually aku tak boleh nak reply
Aku dah tanya member2 aku diorang pun
tak tahu apa masalahnya sebabnya tak pernah terjadi

Aku cuba godek2 tapi tak berani plak sebabnya
aku takut benda lain plak terjadi nanti
Tak pasal2 terkubur plak blog aku ni. hahahaha
Aku realise masalah ni dari bulan lepas lagi
Tapi aku ingatkan masalah PC kat opis aku
Bila balik rumah pun benda yang sama jugak
berlaku. So memang masalah blog aku lah

Pening jugak aku pk. Kepada sesiapa yang
membaca entry aku untuk yang ni, tolong lah
aku untuk menyelesaikan masalah aku ni
Tak mau lah orang komen tapi aku tak reply
Rasa macam xsyok lah plak.



Tuesday 25 February 2014

0
Komen

Suprise For My Honey

Hari 2 kan aku ada bercerita pasal aku
punya ulang tahun perkahwinan
And telah pun di suprisekan oleh ES

So, hari Jumaat yang lepas aku memang rancang
yang terbaik untuk suprisekan ES
Bukan main lagi aku plan dengan budak opis aku
Idea dia jugak lah ni.
Aku plak tengah blur lagi waktu 2
sebabnya plan asal aku nak g Melaka and nak buat suprise
kat sana sebabnya budak opis ES ada buat
BBQ kat sana. Aku memang nak plan dengan
BFF ES lah nak buat kejutan ni
Alih2 kami tak pegi pun sebabnya roadtex kete mati
hari Jumaat 2 jugak.
Hampeh betol lah.......

Last2 suprisenya kat rumah je lah.
Aku just belikan kek and juga masak Carbonara
Lagipun dah lama ES request nak makan ni
Aku je yang tak pernah buat.
Aku balik punya lah cepat nak siapkan hidangan
and jugak nak sorokkan kek.
Nasib ES g jogging dulu so sempat lah
aku prepare apa yang patutnya.

Dekat2 Maghrib ES sampai then dia kuar semula g
baiki tayar kereta aku sebabnya dia kata
nampak macam ada skru je kat tayar. So, lagi lah
aku ada masa nak buat suprise.
Masa dia balik, aku dah tutup lampu and
juga nyalakan lilin atas kek.
Tapi yang buat aku sakit hati, punya lah lama
ES kat luar taw. Last2 aku yang tiup lilin
sebabnya lilin dah sampai tahap bawah dah taw
Hampeh betol ES ni

Sakit hati betol.. Entah apa lah dia buat kat luar rumah lama2
sampaikan aku yang nyalakan lilin, last2 aku
jugak yang terpaksa tiup lilin 2 sendiri. hahaha


Dengan gigihnya bawa kete laju2 semata2
nak sampai rumah awal sebabnya nak sorokkan kek ni

Yang ni plak aku je yang gigih pasang lilin and
padamkan semua lampu kat rumah 2
Tapi ES boleh plak dengan slambanya masuk rumah lambat

Ni lah yang aku masak....
sedap taw. ES makan sampai tambah2.
lalalalala... Susah gila nak buat Carbonara ni
huhuhuhu

0
Komen

Mengidam Bubur Lambuk

Aku tetibe je teringin nak makan bubur lambuk
Aku bagitaw ES tapi dia kata
kena tunggu bulan 7 nanti lah
sebabnya time 2 memang tak pening kepala nak pk
mana nak cari bubur lambuk 2
Tapi masalahnya aku terasa nak makan sekarang ni
Bukannya nak makan bulan 7 nanti

So, ES nampak macam susah hati lah sikit
Aku tak mau lah mengidam aku sampaikan buat dia
susah nak cari. hehehehe
So aku diamkan je lah

Tapi rezeki baby memang sentiasa je melimpah ruah
Sejak aku mengandung ada je rezeki
yang tak disangka datang depan mata
Rezeki ni memang tiada sapa yang boleh
duga. Semuanya ketentuan Allah.
Tak sampai seminggu rasanya aku bagitaw ES nak
makan bubur lambuk ni.
Tup2, Kak Noor kat opis aku boleh offer
kat aku bubur lambur yang
dia ambil dari Bilik Rehat Boss22222...

Hari 2 menunya bubur lambuk and may b
ramai yang tak gemar so banyak lah yang
tak habis. Diorang plak baik dengan Kak Noor
Kebetulan aku plak g jalan tempat Kak Noor
So, rezeki anak aku lah mengidam nak makan
bubur lambuk ni
Amin... akhirnya dapat jugak makan bubur lambuk ni


Tara..... ni lah dia bubur lambuk yang sedap
Aku makan sampai 2 pinggan taw
Alang2 Kak Noor kata memang dah tak de
yang nak makan. So aku pun bedal je lah.
hahahahahaha


Friday 21 February 2014

0
Komen

Pening Berputar-putar

Salam semua.
Sihat ke di pagi Jumaat ni?
Alhamdulillah sebabnya kandungan aku nak masuk
19 weeks. Aku masih menanti baby aku gerak2.
Actually aku mula bimbang sebabnya aku tak rasa
lagi baby gerak2. Tapi ES dengan slamber and bestnya
bagitaw "sayang, sabarlah. Baby tak cukup kuat lagi 2".

Malam semalam, aku MC sebabnya aku rasa pening
yang teramat2 taw sampaikan aku rasa
macam rumah aku berputar2.
Sebenarnya dari petang lagi aku memang dah rasa
pening tapi tak sangat and gagahkan diri aku jugak
gi hantar my sis ke Hotel Pacific untuk dia berkursus.

Balik terus tido and terasa nak membuang
air kecil, so aku celik mata and terus
berpusing-pusing rumah. Tapi aku gagahkan diri jugak
sebabnya tengok ES tido nyenyak tak sampai
hati lah plak nak kejutkan.
Masa nak sambung tido terasa lagi sekali
and kali ni memang aku terus kejutkan ES

Aku tak leh nak celik mata @ bercakap dah taw.
Aku rasa macam rumah nak jatuh atas aku je
Memang takut sangat. Aku terus pegang perut takut
apa2 terjadi pada baby aku. Then esoknya terus
ke klinik and bila doc scan baby aktif bergerak
and nothing happend to him. Alhamdulillah

Aku plak doc kata may b perubahan hormon and
bagi aku MC je. Dia tak cek darah aku
sebabnya mengikut jangkaan doc darah aku mungkin ok
sebabnya aku baru check up darah 2 minggu lepas.

Aku suka tengok masa doc scan baby sebabnya dah nampak
kaki dia yang panjang. Jantina pun doc dah kasi tahu
cumanya doc tak berani nak sahkan lagi.
Anyway, aku dengan ES memang menerima seadanya
sebabnya dia tetap anak kami. Pasal jantina
memang tak jadi masalah pun.
Yang penting baby selamat and sihat
serta cukup sihat
AMIN..

Tapi cian kat ES sebabnya tak boleh masuk tengok
baby. Aku check kat goverment so, hanya aku je lah
yang boleh masuk. Last dia tengok masa kandungan aku
2 bulan lebih kot.
Tapi ES dah sibuk ajak aku g scan kat swata
sebabnya katanya dia pun nak tengok perkembangan
anak jugak.

Monday 10 February 2014

0
Komen

Ulangtahun Perkahiwnan Pertama

Salam semua...
Apa kabar?
Sebenarnya aku nak wish kat husband aku
sebabnya Sabtu lepas (8.2.2014) ulangtahun perkahwinan
kami yang pertama.
Pejam celik dah setahun pun kami kahwin.
Bercinta plak masuk 8 tahun..
Semoga ianya akan terus bersemi seperti mana
ibu bapa kami yang sampai ke sekarang masih lagi
berbahagia dengan bahtera mereka..
wah.... syoknya...

Memandangkan blog aku ni asyik ES je yang baca,
so kat sini aku nak wish
Selamat Hari Ulang Tahun perkahwinan Sayangku....
Semoga Perkahwinan kita berkekalan hendakNya.

Semalam aku tak sangka dapat kejutan dari ES
Aku sendiri tak sangka yang ES akan buat kejutan
cam ni sebabnya dia bukan jenis yang romantik pun
So, agak mengejutkan aku sampaikan
sedih teramat.

Aku plak tak de apa yang nak diberikan pada ES
kecuali kasih sayang, cinta dan juga anak yang
bakal lahir nanti yang akan mewarisi keluarga kami
Semoga anak dalam kandungan aku ni membesar dengan
baik dan juga menjadi anak yang Soleh dan Solehah.

Honey, i really proud to be your wife
and be a part of your life. I will try my best
to make our family always in happiness.
Love you sayangku..


 

Friday 7 February 2014

0
Komen

Lampin Pakai Basuh

For sure pernah dengar and tahu pasal ni kan?
Sebelum aku preggy lagi ES memang dah bagitaw kalau
boleh untuk anak-anak dia nak guna
Bukan tak mau guna terus lampin pakai buang
Lampin pakai buang still digunakan sebabnya
time travel jauh2 jenuh lah nak change then nak
membasuhnya kat mana plak. Ni al kisah
klu duk kat umah je lah.

Aku tengok kat baby fair ada 2 je yang menawarkan
produk ni. 1 lunatots and 1 lagi aku tak sure lah
jenama ape entah....
Tapi aku tak beli pun sebabnya aku rasa masih
terlalu awal lagi. Masih ada masa untuk aku
tengok2 kat tempat lain.

Bagi aku memag bagus pun lampin ni.
boleh jimat banyak lah kalau guna lampin ni
ES kan orang perangkaan
bab2 calculation ni memang terbaik lah dia





0
Komen

Perlu Tunggu 7 Bulan Untuk Beli Barangan Bayi????

Sapa pernah dengar
Pasal petua kat atas ni
Erm.... petua ke erk ni?

Lebih kurang lah.
Aku memang sentiasa dengar mama and mertua aku
pesan kat kak long and juga kat ipar duai aku
Cumanya sebelum ni aku tak alami, so
tak ambil kisah
Memandangkan sekarang ni aku dah pun
hemil, so benda ni dah jadi penting lah untuk aku
ambil kisah. hahahaha

Tapi sebenarnya aku tak ikut pun sebabnya aku
dah start beli barang baby pun.
aku bukan nak langgar petua ke apa cumanya
kebetulan ari 2 ada Baby Fair, so apa lagi
aku pun terjah je lah ke sana menandangkan aku tengok
banyak jugak barang2 baby yang murah.
Dalam kereta aku tengok ES rilex je and nampak aku
je yang excited, tapi hampeh betol....
Sampai je sana ES plak yang nampak beria
memilih. hahahha. Jatuh egonya.

Aku bukannya beli banyak barang pun
Sekadar benda keperluan je pun. Aku just beli baju2
sarung tangan, sarung kaki, topi, barut perut and
botol susu. Aku nampak ES beria nak beli tilam kekabu
untuk anak dia. Pantang nampak kedai tilam2 je
mesti nak berhenti untuk tanya
Memang cadangan aku tapi aku nak balik tengok
kat Kelantan. Dia tak sabar2 tau.

Aku beli tak de lah sampai penuh troli time 2
Ambil yang mana aku pk perlu je
Lagi pun klu nak beli sekaligus memang banyak
keluar duit lah
Cumanya aku tak perlu beli barang baby yang besar sebabnya
banyak yang aku boleh guna kak long punya.
Macam contoh Stroller, Car Seat Baby and juga Walker.
Kan ni semua barang2 baby yang mahal.
So dah save kat situ. Anak kak long pun baru setahun
Masih elok lagi. Kak long kata ambil guna dulu sebabnya
dia mungkin tak gunakan dalam masa 2 tahun ni
hahahahaha.....
0
Komen

16 Minggu Kehamilanku

Salam semua..
Hari ni aku nak share pasal kehamilan aku yang
dah mencecah 16 minggu. Yeeeeheeeee
Happy lah sebabnya anak dalam kandungan ni dah besar
Aku memang tak sabar2 nak rasa tendangan and
semua gerakan dia taw. Bukan setakat aku je
ES memang sentiasa nak minta doc scan je sebab
nak tengok baby. Sekali skala macam tak percaya ada gak
sebabnya dah nak jadi parents dah kami ni
Tapi aku dengan ES memang syukur dengan setiap kurnian
yang di berikan sebabnya aku tahu kat luar sana
ramai lagi yang dah lama kahwin and mengimpikan untuk
menjadi seorang ibu tapi belum dikurniakan
Jangan bersedih sebabnya setiap kejadian Allah
ada hikmahnya. Bersyukur dengan apa yang ada.

Sepanjang aku hamil 16 minggu ni aku rasa penat
yang teramat2 sampaikan nak buat kerja rumah pun
memang terasa malas. Cuma keadaan aku ni, klu duk
opis memang laju je jalan kemana je
Tapi bila balik rumah terus badan jadi penat
May b nak bermanja dengan ES kot. hahaha
Aku stakat ni just alah dengan BERUS GIGI
hahahha.....

Setiap orang lain ragamnya kan?
Aku punya alah ni memang aku rasa beban gak
sebabnya bila tengok je terus loya.
Kalau dah gosok gigi memang loya teramat2 lah.
Selain tu aku juga alah dengan bau masakan.
Tapi 2 sebelum ni lah. Now dah ok sikit and
juga aku dah boleh masak
Aku memang suka sebabnya dari dalam perut
lagi dia memang makan makanan yang aku masak
so bila dah keluar pun tentu makanan aku menjadi
keutamaan dia. InsyaAllah.

Cuma 1 je sikap aku yang dari dulu sampai
sekarang tak boleh ubah. Aku ni malas nak membaca
Memang orang kata time mengandung baik
banyakkan membaca, nanti anak akan rajin gak macam kita
Tapi macam aku terbalik plak. 
ES plak yang kusyuk membaca dengan setiap
bahan bacaan yang dia beli. ES dah start beli
buku mengandung lah, buku AL-Islam untuk aku baca
tapi sampai sekarang, ES je yang khatam.
Aku just beberapa helai page je baru baca. hahahaha
Demi anak, aku akan gagahkan diri juga untuk membaca

Aku harap aku dapat harungi and tempoh hari2 mendatang
sampailah masa bersalin dengan jayanya
Aku nak tengok anak aku sihat je bila bersalin nanti
And juga anak aku tak de alami apa2 masalah
Yang paling penting, time bersalin mesti disambut oleh
ES, walaupun aku tahu ES sebenarnya mabuk darah
Tapi dia dah janji nak sambut anak pertama kami ni.
Amin..............