Friday 7 February 2014

0
Komen

16 Minggu Kehamilanku

Salam semua..
Hari ni aku nak share pasal kehamilan aku yang
dah mencecah 16 minggu. Yeeeeheeeee
Happy lah sebabnya anak dalam kandungan ni dah besar
Aku memang tak sabar2 nak rasa tendangan and
semua gerakan dia taw. Bukan setakat aku je
ES memang sentiasa nak minta doc scan je sebab
nak tengok baby. Sekali skala macam tak percaya ada gak
sebabnya dah nak jadi parents dah kami ni
Tapi aku dengan ES memang syukur dengan setiap kurnian
yang di berikan sebabnya aku tahu kat luar sana
ramai lagi yang dah lama kahwin and mengimpikan untuk
menjadi seorang ibu tapi belum dikurniakan
Jangan bersedih sebabnya setiap kejadian Allah
ada hikmahnya. Bersyukur dengan apa yang ada.

Sepanjang aku hamil 16 minggu ni aku rasa penat
yang teramat2 sampaikan nak buat kerja rumah pun
memang terasa malas. Cuma keadaan aku ni, klu duk
opis memang laju je jalan kemana je
Tapi bila balik rumah terus badan jadi penat
May b nak bermanja dengan ES kot. hahaha
Aku stakat ni just alah dengan BERUS GIGI
hahahha.....

Setiap orang lain ragamnya kan?
Aku punya alah ni memang aku rasa beban gak
sebabnya bila tengok je terus loya.
Kalau dah gosok gigi memang loya teramat2 lah.
Selain tu aku juga alah dengan bau masakan.
Tapi 2 sebelum ni lah. Now dah ok sikit and
juga aku dah boleh masak
Aku memang suka sebabnya dari dalam perut
lagi dia memang makan makanan yang aku masak
so bila dah keluar pun tentu makanan aku menjadi
keutamaan dia. InsyaAllah.

Cuma 1 je sikap aku yang dari dulu sampai
sekarang tak boleh ubah. Aku ni malas nak membaca
Memang orang kata time mengandung baik
banyakkan membaca, nanti anak akan rajin gak macam kita
Tapi macam aku terbalik plak. 
ES plak yang kusyuk membaca dengan setiap
bahan bacaan yang dia beli. ES dah start beli
buku mengandung lah, buku AL-Islam untuk aku baca
tapi sampai sekarang, ES je yang khatam.
Aku just beberapa helai page je baru baca. hahahaha
Demi anak, aku akan gagahkan diri juga untuk membaca

Aku harap aku dapat harungi and tempoh hari2 mendatang
sampailah masa bersalin dengan jayanya
Aku nak tengok anak aku sihat je bila bersalin nanti
And juga anak aku tak de alami apa2 masalah
Yang paling penting, time bersalin mesti disambut oleh
ES, walaupun aku tahu ES sebenarnya mabuk darah
Tapi dia dah janji nak sambut anak pertama kami ni.
Amin..............

No comments: