Sunday 29 June 2014

0
Komen

Ayam Percik

Selamat Berpuasa kepada semua rakyat Malaysia
memandangkan hari petama puasa
jatuh pada cuti (Ahad), so
boleh lah aku memikirkan menu yang boleh dikatakan 
special lah sikit. Orang yang memberi orang lain berbuka 
puasa pahalanya akan berlipat ganda. So, aku
mesti lah kena rebut peluang yang ada ni sebaik
mungkin. ES pun sama sebabnya time aku masak
dia pun kalut jugak masuk dapur
Tak pe, boleh mengeratkan lagi hubungan. heheheh

Aku decided nak buat ayam percik. Padahal sebelum puasa
langsung tak pernah buat. Tapi ES kata tak pe
yang penting try. Sedap ke tak suku kira. hehe
Nasib lah menjadi dengan jayanya. Resepi 
dah lama ada dalam buku, buatnya tidak
hahahahha. ES plak dah mula complain yang aku
asyik dengan resipi yang sama 
and dia dah mula terasa bosan dengan menu aku
Bila suami kata gitu, haruslah try something new.

Antara bahan yang diperlukan ialah :

Ayam (direbus terlebih dahulu)
Bawang putih - 6 ulas
Bawang merah - 10 biji
Serai - 2 batang
Halia - 2 inci
Santan
Air
Garam
Gula
Asam Gelugur

1) Blend sekali gus bawang merah, putih, halia and serai
2) Masakkan semua bahan tadi serta santan, garam, gula, asam keping sekali gus tanpa menggunakan
minyak. Air masuk ikut kepekatan santan.
3) Bila kuahnya sudah masak, rendamkan ayam tadi
then bakar. Lepas 2, rendamkan sekali lagi, 
then bakar. Kiranya 2x bakar untuk lebih sedap

Tukang membakarnya ES sebabnya aku dah sediakan
kuah. hehehe. Tapi ES memang mudah je kerja dia
sebabnya dia just bakar dalam pemanggang ajaib je
Tak de dah nak membakar macam dahulu kala. huhu

Wah... sedapnya and yang paling penting ES suka
And dia bagi markah 8.5 / 10
Lagi pun bagi aku memang ok sebabnya ni first time buat
Dah lah tak try ape2 pun time buat sebabnya puasa
Tapi nasib lah semuanya cukup lengkap

Cuba lah resipi ni memang semudah 1,2,3 je
Tak rugi try masakan baru. Aku masukkan dalam blog ni sebabnya
mana tahu nanti kemudian hari buku resipi aku hilang ke
at least boleh rujuk kembali blog aku ni
ANd 1 lagi, aku memang niat nak share dengan semua.
So, semua resipi2 yang ada kat blog ni boleh lah dicuba oleh
semua. Walaupun mungkin ada lagi resepi yang lagi
hebat and sedap untuk di cuba.
Aku tak pandai masak, tapi suka memasak. hehehe

0
Komen

Sagupa (Sagu Santan)

Hari ni aku nak share dengan u all semua pasal
1 resipi untuk tatapan anda sekalian
Resipi ni sangat mudah and simple
Kalau si pemalas pun boleh sediakan untuk
menu petang. Aku buat pun sebabnya aku ni
dah masuk ke alam pemalas untuk masak memasak
Tapi bila pk kan masak untuk ES gagahkan diri 
jugak. Air tangan isterikan penting untuk pastikan 
hubungan rumah tangga kekal erat
AMin.....

Aku balik kerja terus siapka benda alah ni sebabnya
semua bahan2 yang nak dah ada kat
kabinet dapur. Aku jenis suka beli barang2 keperluan
tapi nak buatnya bila tak tahu. Tapi bagusnya
time kita terasa nak buat semuanya dah ada. 
Just ambil and buat je, hehehe

Antara bahan yang diperlukan ialah:
* 3 - 4 orang makan ni taw...

1 cawan sagu
1 1/3 cawan air (sukat ikut cawan sagu)
Santan
Garam
Gula
Daun pandan

1) Masakkan sagu and air tadi sampai lah ia jadi
melekat2.Pewarna suka hati nak letak ke x. 
Lepas sia, sejukkan sementara dan ikut suka
hati nak buat acuan and bentuk dia macam mana

2) Masakkan santan, garam, gula serta daun pandan

3) Sedia untuk dimakan

Kebetulan aku ada bekas ni, aku gunakan je lah
Kalau tak, time nak makan cedok dengan sudu je lah
sebabnya aku sejukkan yang lebihan dalam bekas biasa je


Ni lah kuahnya.. So simple


Dalam bekas yang comel tentulah untuk ES yang tercinta
hehehehehe... Aku mesti kena bagi dia kagum sikit

Cuba lah buat sendiri. Senang je ni. Memang simple
Nak sedap lagi sejukkan dalam peti buat sementara

0
Komen

Kasut Baru

Semenjak aku bertukar unit ni aku sering kali
kena pergi mesyuarat lah, seminar lah, 
bengkel lah. Tapi semuanya mesti lah
kena yang dekat2 and sekitar KL memandangkan
kehamilan aku ni dah pun masuk 9 bulan
Tunggu hari je lah
Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
aku pun boleh lagi nak berjalan, memasak and
lakukan aktiviti2 yang ringan.

Yang paling kerap ialah hadii mesyuarat
Nak cari aku kat opis memang susah lah
Memandangkan kaki aku dah pun sedikit bengkak
and juga kasut2 yang sedia ada dah pun ketat dengan aku
ES belikan aku kasut baru. Suka sangat
hehehehe
Lagi pun sebeum ni aku tak pernah plak pakai kasut
g opis sebabnya masa duk tempat lama
langsung tak pernah hadiri mesyuarat besar2
Sekarang yang chair dato2, jusa B and Jusa C.
So haruslah berperwatakan menarik and menjaga
imej aku sebagai seorang pegawai. hehehehe

Tapi disebabkan oleh keadaan aku yang tengah sarat
ES terpaksa pilihkan aku kasut yang sangat2 flat
Aku pun berkenan jugak cumanya tak nampak terlalu formal
Kata ES beli kasut macam ni memang sesuai dengan
semua jenis baju and juga boleh dipakai
untuk berjalan2 jugak.

Memandangkan tahap kepanasan aku yang tinggi,
ES pilihkan kasut yang ada lubang2 supaya kaki aku
tak perpeluh and tak de lah bau yang kurang menyenangkan
huhuhuu. Good job my dear

2 je lah tapak kasut yang sesuai dengan orang mengandung
yang penting kasut ni sangat lembut and tak menyakitkan
jari2 serta kaki aku yang memang semakin membengkak
Orang kata kalau kaki dah bengkak
masa untuk bersalin dah hampir. Takutnyaaaa.......

Thanks to my dear husband sebab menjadi husband
yang sangat memahami. Actually ES dah lama suruh aku
pakai kasut tapi kasut yang aku ada semuanya heels.
Memang ES tak bagi lah and then dah berapa kali kami
pergi kedai kasut tapi tak de plak yang
berkenan kat hati aku ni. Cerewet lah katakan. 

0
Komen

Restoran Absolute Thai

Salam semua... 
First sekali aku nak ucapankan 
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
Semoga semua perbuatan, perlakuan yang jahat2 dah ditinggalkan
dan mulakan dengan perlakuan yang boleh mendatangkan
pahala kepada diri sendiri serta orang lain
Tambahan plak, bulan ni adalah bulan yang mulia
Marilah sama2 mengucapkan Syukur kepada Allah kerana
memberi kita peluang yang bermakna untuk
bertemu dengan Ramadhan kali ni.

Now, aku nak share tentang satu restoran yang 
aku and family gi makan pada 2 minggu lepas
Actually time ni kakak aku datang KL, so dia ajak lah
aku and ES g makan kat s restoran ni. 
Terletaknya kat dalam One Utama, Damansara
Senang bangat nak cari kedai dia.

Makanan yang disediakan memang aku boleh bagi
99% tahap kesedapan and juga service yang sangat2
cekap taw. Memang tak de tandingnya service dia
walaupun kat dalam restoran 2 memang penuh dengan customer
Aku rasa may be diorang ada sampai 5 chef 
hahahaha.....Masakan dia sedap and layanan yang bagus
I like that...

Ha... ni lah menu yang ada kat sana
Banyak gila sampaikan u all semua mesti pening
untuk pilih. DIsebabkan oleh my sis yang nak bayar
so, aku just biarkan dia je lah yang memilih
semua menu2 ni. hahahaha

Kat belakang ni lagi banyak menu makanan and minuman
yang disediakan. Aku plak yang teruja tapi
sebabnya my sis dah order pelbagai lauk pauk, so
aku ikutkan saja. Yang penting aku and baby kenyang
hahahaha


Kat bawah ni semuanya antara menu yang telah diorder
So, aku pun apa lagi, menjamu selera dengan rakusnya sebab
memang kelaparan tahap gaban waktu ni
Pagi aku memang sarapan dengan biskut and milo sebabnya
pagi 2 aku teman ES buat kerja dia.Petang plak nak makan
teringat yang my sis suh makan sama2


Actually banyak lagi meny yang diorder tapi memandangkan
ianya sampai sekaligus and kami semua teruja,
aku pun lupa nak snap picture.

At the end of our lunch.................
Licin woooooo.. Sedap and juga memang semua tengah
kelaparan. hahaha
So bagi aku and family memang sangat2 puas hati and berbaloi
makan kat sini. Order air and makanan tak sampai pun
30 minit semuanya dah terhidang

Masa nak keluar aku ada terpandang kat sebuah family
aku nampak muka dia memang familiar sangat2
Rupanya Asyraf Muslim dengan 2nd wife dia and baby dia
Hensem and wife dia comel gak. Baby dia aku tak nampak.

Saturday 21 June 2014

0
Komen

Proses Membaiki Rumah Sewa

Kepada sesiapa yang memang sentiasa mengikuti
blog aku, tentu ada terbaca alkisah Kesan Rumah Sewa
So.. kat sini u all semua boleh tahu betapa
teruknya rumah yang aku bagi sewa kat orang
Aku pun sekarang ni duk rumah sewa jugak
tapi tak de lah sampai nak menjahanamkan
harta benda orang. Malah jaga rumah ni dengan baiknya
macam rumah aku sendiri

Aku tak paham betol dengan orang yang suka menjahanamkan
harta benda orang tanpa pk kan hati owner rumah 2
Bila tengok rumah dengan keadaan begitu teruk, aku ugut pada
penyewa 2 yang aku tak akan pulangkan sebarang
deposut sebabnya kerosakan yang agak teruk
Nasib lah diorang ok and sanggup untuk
membaiki segala kerosakan yang memang disebabnya oleh diorang
Aku dengan ES boleh dikatakan tiap2 malam kot g tengok rumah
2 untuk pastikan semuanya seperti yang aku bagi.

Diorang tukar pintu, baiki sinkin, buang segala jenis
barang2 yang ada dalam rumah 2
sebabnya aku bagi kat diorang memang rumah 0 je. 
So, aku pun nak diorang keluar dengan bawa sekali barang2
diorang lah. Lepas semua diorang baiki and juga tukar mana 
yang patut, aku dengan ES pergi kemas2 and juga mop rumah 2 untuk
pastikan ianya cantik and kemas untuk bagi sewa kat orang
lain plak. Masa keadaan rumah tengah sepah2
ada lah plak orang datang tengok. Tapi tengok
dalam keadaan macam 2 sapa nak. Memang macam tokang pecah lah

Ni ialah master bed room. Tengok lah keadaan rumah
yang telah siap di kemas and di mop.
Kan nampak cantik berbanding dengan sebelum ni
yang macam tempat sarang sampah

Kalau tengok dari entry aku sebelum ni, pintu pecah untuk
bilik ni. Lepas diorang dah change, dah ok pun. Tapi
berbandig dengan bilik lain, bilik ni lah pintu berlainan
sebabnya aku memang tak de masa nak cat bagi sama warna

Ni keadaan keseluruhan rumah. Gigih taw aku dengan ES
kemas. Berminggu2 makan masa untuk siapkan rumah ni
dalam keadaan elok semula

Ni plak bahagian dapur. Keadaan sinki yang teruk
sebelum ni. Memang pecah sinki. Aku heran betol.. Tido atas ni
ke apa ke tak tahu lah. Nasib diorang change yang baru.
Dinding tempat diorang masak tak payah cakap lah
Jenuh ES sental bagi bersih and putih semula

Ni keadaan bilik lain lah. Kat rumah 2 ada 3 bilik.
Kat bilik ni tak banyak sangat yang teruk. Kalau tak silap aku
tak de ape2 kot yang dibaiki.

Lepas dah cantik and kemas, ramai yang datang tengok tapi tak
de pun yang melekat. Aku and ES pk may be belom ada rezeki kami
 lagi ni. So aku and ES memang sabar and juga setiap kali
orang nak g tengok, aku pun terpaksa lah
terjah ke sana walaupun hadap jem yang teruk.
Bukannya sebelah rumah aku je.

Then aku and ES decided kalau ada sapa2 nak tengok,
terus janji ramai2. Tak perlu nak g seorang2. Nasib
aku and ES baik malam 2 sebabnya semua yang g tengok
berebut lah plak nak menyewa
And semuanya sanggup bank in keseluruhan deposit
malam 2 jugak. Aku dengan ES plak yang pening. Adoi...
Time tunggu2 tak de plak yang datang. Bila dah
macam ni sekali gus lah plak.

Yang penting rumah aku dah pun berpenghuni. So, tak de lah
nak pk macam mana nak bayar kat bank sebabnya 2 bulan kosong
kami pun tertunggak jugak dengan bank. Sakit oooo..
dengan interestnya lagi.. 

0
Komen

Decorate Bunga Untuk Konvokesyen

Pada awal bulan Jun hari 2 sepupu aku datang dari
Kelantan untuk ke PICC sebabnya ada Majlis
Konvokesyen. Tentu lah semuanya gembira sebabnya
lepas penat belajar diraikan dengan majlis
yang penuh gilang gemilang
Nak datang KL pun bersemangat taw. hehehe

Aku dengan ES ambil cuti sebabnya cousin aku
konvo pada hari Isnin. Sebagai seorang sepupu yang
begitu mengambil berat and juga prihatin, aku 
telah mengorbankan sehari cuti aku. hahahahaha
Tak pe, ni aku tolong dia.
Nanti mana taw aku susah diorang plak tolong aku
Hidup ni kan hukum karma. 

Aku dengan ES decided tak mau beli flower2 yang 
dijual kat sana sebabnya kat sana just beberapa jenis
flowers je tapi mahal. 1 lagi aku memang nak letak banyak
coklat2 sebabnya bagi aku diorang adik beradik boleh makan
Kalau letak flower tak sampai sehari dah pun kering.
Dalam masa yang sama aku nak tengok kot2 ada bakat yang terpendam.hahahahah

Okeh... ni antara coklat yang aku beli
untuk aku letak sekali dengan flowers nanti.
Harga aku habis untuk coklat sebanyak ni hanyalah RM 6.00..
Aku tak tipu taw. Nanti u all boleh bandingkan
harga buat sendiri dengan beli kat kedai.


Ni plak kertas pembalut yang aku telah pilih
Kertas ni harga dia hanya RM 1.20 semeter sahaja

These are the flowers that i choose to put with the
chocolates. Memang nampak kat sini tak cantik
Tapi bila siap, aku plak rasa macam tak mau bagi sebabnya
cantik kombinasi coklat2, bunga and juga kertas pembalut
Bunga ni aku habis RM 4.00

Ni memang kena ada sebabnya nak make sure
bunga2 terpacak cantik and tak jatuh bila dipegang.
Harganya RM 0.80 sebiji..
Sebenarnya ada lagi riben yang aku beli tapi lupa nak ambil picture. Riben yang aku beli harga dia RM 1.00 semeter.

So, korang boleh pk sendiri berapa harga sebenarnya
untuk buat decoration ni. Sedangkan orang jual sampai beratus kot. Nak letak bear boleh je cumanya aku tak jumpa
lah plak bear yang comel. Ni pun decided dah last minutes
nak buat sendiri. ES punya idea ni.

Gambar yang dah siap tak de sebabnya kami dah lambat
nak ke sana, and lupa plak nak snap picture.
Bila aku message kat cousin aku diorang dah gerak balik
Kelantan pun. And bunga2 serta coklat dah
pun rosak and habis dimakan. Dah tak nampak cantik
Sedih.... dah lah hasil kerja aku dengan ES tapi
tak de kenangan lah plak. hehehehe

Lepas je siap decorate, aku dah nampak kat mana
kekurangan yang mugkin boleh di baiki di kemudian hari nanti
Ramai lagi cousin2 aku yang akan konvo kat KL ni.
So, just wait je lah. Tapi kebanykkan idea untuk decorate ni
datangnya dari ES... TQ sayang atas idea mu yang bernas

0
Komen

Mee Tarik.. Mee Warisan

Okeh semua... Sihat? Now aku nak share al kisah
satu restoran yang bagi aku
agak ok lah kalau nak elakkan dari makan nasi
sebabnya tempat dia ni banyak choice 
Restoran dia ni terletak berhampiran dengan 
Menara Kuala Lumpur.
Kalau dari Balai Polis Dang Wangi (belah kanan),
u all terus lagi akan nampak lah kedai ni

Aku pergi makan dengan budak2 opis masa duk 
MK Logistik TD. Diorang lah yang bawa aku g makan sana
Memang sedap sangat2 taw
Aku pun teruja lah nak bawa ES plak. hehehe
Apa aku makan, ES pun mesti lah kena makan jugak
Lagi pun ni bertemakan masakan cina muslim
tapi tak mahal macam kedai cina muslim yang lain
Kiranya berbaloi lah sapa yang g makan sebabnya makanan dia
bagi aku agak banyak. 

Kat sini diorang akan datang bagi buku menu and juga kertas
untuk korang semua tulis sendiri menu yang nak. Diorang 
akan datang ambil kertas and buku menu bila u all semua
dah siap tulis. Jangan lah korang tunggu diorang datang
tanya macam kedai-kedai lain erk..

Memandangkan nama dia agak susah nak ingat
so aku pun letak lah resit yang telah diberikan
Ni lah antara menu yang aku and ES pilih.
Menu kami simple je sebabnya aku g ni dah petang
SO kiranya menu makan petang lah. hahahaha
Express sangat dia punya service. Memang bagus sangat2

Aku order sirap laici.. Memang simple tapi sedap wei...

Kat sini ada macam2 jenis nasi. Memang banyak sangat
Aku makan sampaikan kenyang and tak leh masuk dah
Last2 ES jugak yang terpaksa habiskan. hehehe
Kat sini boleh pilih nasi dengan cendawan, ayam,
daging, sayur and macam2 lagi. Nak makan ala cart pun boleh

ES seperti biasa lah.. Menu dia haruslah menu yang kearah
sihat sebabnya dia kan tengah menjaga kesihatan
and juga menurunkan berat badan
Dia pun sama naik dengan wife dia yang tengah hamil ni
hahahahah....

Kat sini, korang boleh tengok secara live macam mana diorang
buat mee tarik ni. Ada cermin yang boleh menampakkan
macam mana cara diorang tarik. 2 lah sebenarnya yang menjadi tarikan pada kedai ni.
The most important thing, service diorang memang cepat and terbaik.
Kalau datang makan time lunch pun tak perlu
nak tunggu lama2 walaupun dalam kedai dia ni penuh dengan orang

So... sesipa yang berada sekitar KL and Selangor
boleh lah try g makan Mee Tarik Warisan Asli ni...
sedap and aku yakin u all semua puas hati
Dengar kata dulu kat SUngai Besi tapi sekarang dah
tak de and diorang buka kat KL ni.
Tapi kesahihan cerita ni aku memang tak sure lah

0
Komen

Fire Drill

Salam semua.. Aku sekarang dah pun masuk
36 minggu kehamilan. Sekarang memang aku dah pun 
terasa penat walaupun perot ku tak besar macam orang
lain. Kiranya aku still boleh lagi pakai beberapa
helai baju kurung. Tapi berat badan aku naik banyak sangat2
hahahaha... Pas bersalin aku memang kena pk nak turunkan
berat badan ke tahap sebelum ini.

Bulan lepas.... ha... lama kau cite ni. 
Baru nak share dengan u all semua
Kat opis aku ada buat demostrasi kebakaran
Biasa lah yang ni. Lagi pun kan memang mana2 opis
perlu didedahkan dengan langkah2 kebakaran
Malang tak berbau.

Sepatutnya waktu ni aku ada wacana ilmu kat Wisma
tapi aku tak dapat nak g sebabnya sangkut dengan latihan
kebakaran ni. hehehehe.. Walaupun mengandung tetapkan gagahkan
diri turun pakai tangga taw. hehehe
Tak pe, bagi senang bersalin orang kata. huhu
Sebenarnya boleh nak buat latihan ni sebabnya sebelum ni
pernah berlaku kebakaran kat sini
tapi latihan mencegah and juga apa yang nak di buat
masa kebakaran langsung tak didedahkan.


Ni tempat berkumpul bagi block aku.
Aku berada di Block B. Bomba dah pun sampai and
tengah check sama ada pili bomba boleh digunakan ke x

Semua block aku berkumpul di padang.
AKu pun berkumpul gak sebabnya kereta aku dah
pun sangkut dengan kereta bomba

Ni dia abang bomba yang datang untuk memastikan
semuanya cukup kat padang

Bomba menyelamatkan seorang daripada staff kami
yang tersangkut dalam kebakaran.
Sedaplah akak 2 duk atas 2... hehehehe


Ni semua tengah tengok demostrasi bomba
and bomba juga memberi pendedahan ini lebih kepada wanita
sebabnya staff lelaki bukannya ramai and juga may be
time 2 tak de kat opis
Memandangkan aku pregnent, so aku just tengok dari jauh je.

antara peralatan bomba yang sempat aku snap.
Korang nampak x tayar kereta 2?
2 lah kereta aku... kan dah kata sangkut dengan
latihan ni. Kalau tak aku memang dah pun sampai ke
wisma and dengar ceramah. hehehehe