Friday 31 May 2013

0
Komen

Bersyukur Dengan NikmatNya

Salam Jumaat pada semua.

Aku sebenarnya amat2 rasa bersyukur dengan semua nikmat yang Allah pinjamkan pada aku
Terumata bila Allah menganugerahkan ibu bapa dan adik beradik yang memahami aku
Bila aku ada problem, orang aku cari sekarang is my lovely mum
She is very caring and a sportting.
Every single minutes of my life, i always remember of her
Walau pun aku dah kahwin, tapi aku memang sentiasa berhubung
My sisters who always be with me when i need

Allah juga anugerahkan pada aku seorang husband yang sangat2 penyayang dan juga memahami setiap keadaan aku
ES banyak mengajar aku erti kehidupan dan cinta
Aku memang tidak pernah bercinta
Setelah berjumpa dengan ES aku memang yakin dengan pilihan hati aku walaupun time aku i'm still young
ES seorang yang begitu periang bila berbicara dengan aku
Orangnya memang sedikit pemalu, tapi dengan aku memang all out.
Aku juga amat2 berteima kasih kerana ES sedia mendengar segala coretan dan bebelan aku
Dan juga sentiasa menemani aku

Sekarang aku memang mengaharap agar Allah kurniakan kami anak
Dengan kehadiran anak, aku harap dapat menambahkan lagi keceriaan dalam rumah kami
Aku memang bersyukur dengan segala nikmat Allah bagi setakat hari ini
Aku boleh dikatakan bertuah daripada member2 aku yang lain

Aku memiliki diploma, dan bakal memimilik ijazah. (dalam setahun lagi)
Aku juga senang mendapat pekerjaan (swasta @ goverment)
Aku mudah mendapat kerja / interview untuk apa yang aku apply
Allah memberi rezeki aku untuk mendapat kerja goverment sebulan sebelum perkahwinan aku
Allah juga telah permudahkan segala persiapan perkahwinan aku sehingga semua yang aku and ES impikan dapat dicapai di hari bahagia kami
Allah juga telah kurniaan pada aku and ES rumah tangga yang harmoni
Dengan kehadiran ES dalam hidup aku, membuatkan hidup aku lebih bermakna
Allah juga memberi jalan yang mudah kepada aku untuk mengumpul pahala dengan menyenangkan hati suami, melayan suami, menyediakan pakaian dan segala yang mengembirankan hatinya.
Selain itu juga, Allah memberi peluang dan juga jalan terbaik untuk kami bercinta iaitu dengan sebuah ikatan perkahwinan
Aku juga bersyukur kerana Allah masih memberi kami peluang untuk hidup didunia ini.

Segala pemberian Allah kepada aku and ES, akan gunakan sebaik mungkin
Walaupun kami masih belum dikurniakan anak, namun kami pasti Allah tahu apa yang terbaik
Allah tidak memberi sikap putus asa kepada kami. Oleh itu, kami sentiasa berusaha
Selebihnya bertawakal dan juga berdoa
Setiap yang berlaku ada hikmahnya
Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya dan apa dugaan yang mampu dipikul oleh umatNya

Oleh itu, aku dan ES percaya pada setiap ketentuanNya.
Hanya usaha dan juga diiringi oleh doa untuk apa sahaja yang kami hajati.
Percaya kepada Allah dan kuasaNya
Bersyukur dengan segala yang telah dipinjamkan buat masa sekarang
Kerana, esok belum tentu kita mampu merasai semuanya.
0
Komen

Pengalaman Cik P Lambat Datang

Salam semua..Selamat pagi and juga selamat sejahtera kepada pembaca yang bukan beragama Islam  (Macam lah ramai sangat yang baca blog aku ni. Entah2 ES je) huhuhu

Entry aku hari ni sapa yang dapat pk?? hehehehe
Pada kaum hawa sudah tentu paham apa yang dimaksudkan dengan Cik P 2 kan?
Aku pun tak pasti cam ner sebenarnya nak share dengan u alls semua nie.
Setelah Cik P aku delay selama 2 bulan , aku pun bimbang jugak cumanya dalam hati mengaharapkan preggy time 2
Lepas 2, perut aku menjadi2 naik, then perubahan demi perubahan terdapat pada aku
Sampaikan ES sendiri boleh tegur

ES : Honey tengok perut cayang dah nampak kedepan
Aku : Ye, lah semua kain2 baju kurung dah susah nak pakai sekarang nie
ES : Emmmm... Tak pe, layan je lah. Kalau nak check pun boleh
Aku : Rasanya macam tak mau check lagi.
ES : Tapi memang makin hari makin nampak perut yang 2
Aku : Honey tengok cayang makan banyak ke?
ES : Tak lah.. Honey yang makan banyak ada lah.

Dari situ lah aku memang mula berpk tentang perut aku yang semakin maju kedepan tapi isinya hanya lemak. hahaha
Kalau memang berisi dengan zuriat memang aku tak de nak pk panjang malah tak sabar nak tunggu perut semakin kedepan. Nak pakai baju2 mengandung.. Penuh kecomelan. huhu
Aku pun dengan perasaan yang hiba and penuh tanda tanya, terus google untuk mencari info yang berguna
Lagi menyakinkan aku bila ada sesetengah orang bagitaw yang preggy 3 bulan tak sedar tapi sedar bila perut makin kedepan.

Tapi aku tak mau letak harapan tinggi. Takut kecewa. hehe
Tapi, seperti mana yang sedia maklum, aku kan berurut dengan Moksu.
Then, Cik P datang dengan banyaknya pada hari semalam.
Padahal baru sehari Cik P datang, tapi perubahan agak ketara dengan perut aku,.
Memang dah kembali pada sedia kala. Dah tak de katat2 pakai kain.
Rupanya buncit sebabnya darah2 kotor yang tak keluar agaknya.
And mungkin jugak angin sebabnya masa berurut Moksu asyik sendawa je.

Now, aku memang gembira dengan kehadiran Cik P yang menjawab semua persoanlan aku and ES
Serta perut aku dah kembali normal.
At least aku tahu yang aku sihat and tak de penyakit.

Aku tak lah kata dengan berurut boleh sembuhkan segala penyakit,
Cumanya apa yang aku boleh share, kita semua boleh elak dari mengambil ubat yang mengandungi dadah.
Walaupun dadah dalam ubat 2 tak lah merbahaya, tapi ianya akan memudaratkan juga
Aku selagi boleh elak, memang akan elak dari mengambil ubat2 ni
Tambahan lagi aku jenis yang elergik dengan ubat.
So memang kena berjaga2.

Amalan aku dengan ES sekarang ni ialah
1) Air zam2 - minum setiap hari
2) Jus Delima - mencairkan darah, elak strok, cancer and sebagainya ( Ni Keluarkan Giffarine)
3) Buah kurma Ajawa Nabi- Sebiji sehari
4) Kismis - 7 biji sehari

Selagi boleh ikhtiar, akan diusahakan
Semuanya atas keizinanNya and juga doa....

Thursday 30 May 2013

0
Komen

Terjawab Akhirnya

Salam semua..

Aku rasa amat2 bersyukur dengan setiap kejadian Allah
Sesungguhnya Dia lah yang tahu apa yang terbaik untuk aku
Aku pernah bagitaw dalam entry before ni yang period aku memang tingtongg
So memang susah untuk aku merancang kehamilan
Aku period pada 26/3 and lepas dari itu, sampai lah sekarang aku tak period pun lagi
So aku pun ambil alternatif untuk pergi berurut sebabnya ramai yang aku dengar berurut ada bagusnya jugak
tapi aku bukannya tak usaha dari segi sains
Aku and ES memang stabil lah antara tradisional and modern

Sekarang  ni period aku dah delay selama 2 bulan.
petanda untuk period memang langsung tak de cumanya aku mengalami sakit badan
Sakit pinggang and juga sengal2 badan
may b sebab darah kotor banyak dalam badan aku
Aku g berurut pada hari Jumaat lepas semperna cuti Wesak
Aku dapat ni pun dari cousin aku
Sila baca entry aku sebelum ni untuk lebih lanjut k...

Moksu : Rahim bengakak ni. kalau diizinkan Allah akan lekat and kalau tak, akan period
Aku : Ok mok su.. Saya ok je sebabnya memang nak anak tapi semuanya atas keizinanNya
MS: Ok, tak per, kita usaha

Hari ini, aku memang langsung tak de rasa macam nak period, tetiba je pagi ni
Alangkah terkejutnya aku tengok darah period yang begitu banyak.
Aku terus kol ES and ES takut yang aku mengalami keguguran je
Manalah tahu lekat tanpa sedar sebabnya period aku delay 2 bulan dah.
Aku pun takut gak, so aku decided untuk kol Moksu

Aku : Salam moksu. Saya period arini. Pah cam ner (macam soalan orang bodoh je) heheheheh
MS : OOiicc.. ok lah 2. Sebanarnya time urut 2 memang MS nak bagi darah2 kotor kuar dlu sebabnya darah kotor ni kadang2 bahaya jugak pada baby if awk preggy.
Aku : Ok lah 2. Saya tetap bersyukur sebabnya memang sebelum ni niat kalau tak preggy nak suh period turun.
MS : tak pe lah, biarkan dulu darah period habis. lepas 3 hari boleh solat, datang jumpa MS semula k
Aku : Ok moksu. nanti saya kol moksu semula lah.
MS : Banyak kuar kan? moksu nak suh kuar semua, so moksu buka and betulkan rahim 2 pada kedudukan yang betul. Selalunya hari pertama and kedua kuar sikit je kan?
Aku : Yup... betul 2 . Tak pe lah, jumpa moksu nanti k. Saya akan kol semuala bila dah habis period ni.
MS : Ok, jangan lupa berpantang. jangan makan pisang, nangka, mee kuning, meggi, cempedak.
Aku : Iyee... (aku memang dah tahu sebab dia dah pesan ari 2)

Aku pun terus je kol ES untuk cerita. Es pun memang setuju jugak dikeluarkan dulu darah2 kotor
ES lega dengar cam 2 sebabnya ES takut aku gugur ke apa..
Aku pun memang bersyukur dengan segala kejadiaanNya sebabnya aturan Allah untuk aku and ES memang terbaik.

Aku and ES sekadar merancang and harap semuanya baik untuk kami
Aku memang mengharapkan supaya Allah makbulkan permintaan untuk dapat baby.
Aku dah nak masuk 4 bulan pun kahwin. (macam dah lama je kan) hahahahaha

Time aku pergi ni dengan adik ipar aku yang sebaya degan aku
Dia pun tengah usaha untuk dapatkan anak juga setelah 2 tahun kahwin
Dia pun nampak cam berminat dengan moksu. Tapi dia kata tengok dulu
Aku plak memang rasa senang dengan moksu ni. Orangnya cakap banyak and nice person
First time aku tengok memang garang lah orangnya.
Bila kenal, rupanya peramah dia nie.

Sesiapa yang nak berurut dengan dia memang aku syorkan lah..

0123688704 - Moksu (Orang Kelantan)
Tinggal di Kota Kemuning
Tidak letak harga- atas kita nak bagi berapa.  Aku bagi RM 50.00
Nak pergi berurut dengan dia pastikan :
1) bawa towel kecil - untuk tutup dada
2) kain batik untuk dipakai time berurut
3) minyak urut cap bunga matahari - boleh dapat kat guardian
4) air mineral 2 botol
5) paling penting - MAKAN NASI DAHULU (tak nak makanan lain selain nasi)

Time aku g aku tak tahu and tak makan lah nasi
kesian dekat moksu yang sendawa mengeluarkan angin aku
sampai kembong perut dia taw. hehehehe
Pengajaran untuk aku bila g berurut dengan dia
0
Komen

Nasi Arab Ali Kebab

Salam semua....
Sepertimana semalam, aku memang rasa xdak mood nak datang office.
Aku datang pun sebabnya aku duk umah pun tak de buat apa. ES pun kije
So, aku gagahkan diri jugak datang office.
Aku tak tahu lah kemalasan apa yang melanda diri aku.
Tahap puncak gunung kinabalu malas aku nie
Memang langsung tak de hati nak datang office.
Nak jenguk office pun tak mau taw.... huhuu

Semalam aku bagi alasan kuar lepas lunch and tak masuk office dah lah
Aku kuar g baiki kete, tapi sebenornyooooo kejap je part baiki 2. hehehe
Dah memang aku tak mau masuk office, so balik umah terus lah
Wak tu on the way balik, aku terpandang 1 restoran yang fofular jugak lah.
OPSSS... Lupa plak nak bagitaw. Aku g baiki kete dengan ES
Dia datang tinggal moto kat office aku.

Aku singgah di restoran...........


Ali Baba Kebab DI Ampang
 Aku boleh singgah sini sebabnya kebetulan lalu untuk balik umah.
Tak plan langsung untuk masuk.
Bila aku bagitaw ES, tak sangka plak terus dia u-turn untuk masuk makan
Aku memang dah lama tengok restoran ni and nampak cam best je.
2 lah nak try nya.....
Aku makan ni tengahari semalam, tapi pic malam sebabnya aku tak bawa camera. huhu
Rembat dari pak cik google. Credit to google for this picture
Tunggu aku ada hp baru, banyak pic aku boleh upload. ahhaahhahahaha
Entah bila lah.........



Tak Sodap..........!!!!!!!!!!!!!!

Sesiapa yang pernah makan sini, ada pendapat sendiri kk.
Ni apa yang ES makan.
Actually aku order lain, then orang 2 kata roti dah habis.
So aku dah hilang selera makan
Aku pun share je dengan ES
OOOHHH MMMYYY GGGOOOODDDDD......
memang tak sedap.
Aku ulang erkkk...
TAK SEDAP tahap gaban....
Kalau tak pk, bayar mahal2 memang aku tak habiskan je
Tapi ES dah ajar aku jangan membazir makanan. So telan jugak walaupun nak muntah
Serius weeeee memang langsung tak leh telan
Kali pertama kunyah memang akan rasa best.
Masuk je kali ke 2, memang akan rasa something yang amat2 lain.
Semalam orang 2 ada suggest chicken roster, tapi au tak nak sebabnya if nak makan sekadar 2 , baik aku g makan kedai biasa. Masuk kedai arab, mesti makanan arab punya..



Anatara menu yang ada kat sana

 Banyak menu kat sana cumanya aku je yang tak rasa nak makan sangat
Lagi pun b4 kuar aku dengan ES memang dah makan nasi yang aku bekalkan pun
So tak de lah bersungguh sangat nak makan nasi.
Lagi pun setahun aku memang nasi arab ni nasinya banyak.
2 lah bagi aku order 1 pun cukup
Tapi aku memang bagi 1/10 untuk kedai ni.
hahahahahahhaa

Aku pernah g makan kat Casabalanca kat depan Menara Perkeso (Menara Celcom).
Kat situ memang aku boleh bagi 10/10 sebabnya makana murah and juga memang terbaik
Sedap sangat2.
Dari sudut harga pun tak semahal Ali Kebab ni
Ali Kebab ni dah lah mahal, makanan plak tak sedap.
Harga makan yang aku makan ni ada lah RM 25.00.
ES aku kata orang datang situ untuk Shiha je...(tak tau betol tak ejaan)

Sampai kemalam taw aku sendawa rasa dia punya lamb yang tak sedap 2.
Padahal aku dah makan betik, biskut, minum jus delima and macam2
Tapi tetap rasa lamb dia 2.


Aku ada 1 lagi kedai nak bawa ES aku makan.
Aku tahu pun sebabnya time balik mata aku memang liar mencari apa2 yang menarik. hahahaha


Wednesday 29 May 2013

0
Komen

Buat apa Kat Office?

Salam... hebat tak punya entry?

Actually memang betul pun.
Aku kan buat kewangan kat MINDEF ni.
So automaticlly aku akan bz time akhir bulan je. Melainkan ada benda yang penting lah
Cam contoh 2 minggu lepas aku memang bz gila dengan budget 2014 sebabnya semalam and hari ni boss aku nak present kat MOF.

Semuanya dah setel.
Semalam aku ada cite yang aku memang rasa boring duk office and rasa nak balik je
Hari ni plak aku rasa tak mau datang office. bila bagitau kat ES, aku plak yang kena marah
ES kata aku tak boleh buat gini sebabnya aku masih belom sah dalam jawatan kerajaan lagi
Tapi hati aku memang tak der kat office sekarang ni. 2 lah yang susahnya
Aku pun tak tahun lah jugak kenapa aku rasa gini. Aku nak nangis je time drive tadi taw sebabnya ekna datang office.

Padahal, office aku memang best and terbaik. Dengan staff yang memang sempoi
Tapi tak tahu lah kenapa. Hari ini pun aku turun lambat untuk datang office sebabnya aku memang tak de mood
Selalunya akan turun awal pagi and before jam ES bunyi.
Tapi hari ni, jam dia bunyi aku masih lagi tak siap. hehehehe
Sampaikan dia terkejut tengok aku
Tapi aku terus tarik muka and dia pun paham yang aku memang tak nak g kerja. hehehehe

Aku rasa macam benci plak duk office ni. Tak tahu lah kenapa. Kalau pembawakan budak Alhamdullilah.... Maksud aku syukur sebabnya aku pregnent.
heheheh.. Tapi takut sebab sikap malas je. ahahahhahahaa
Aku pun heran gak sebabnya aku duk office ni tak de lah plak stress2 ni. Memang rilex dengan geng2 yang ok

Tak pe, layan kan je lah. Aku pun datang jugak dengan malasnya. Tapi aku datang buat assigment je lah. ahahha
Boss aku pun tak de jugak ni g bentang budget. So aku pun tak de kija nak di buat. 2 lah aku siapkan assigment aku yang masih berlambak2
Aku nak siapkan minggu ni sebabnya minggu depan dah bz dengan kija.
Minggu ni plak aku bz dengan makan2 je taw....-kenduri kendara.
Yes.... minggu ni minggu menaikkan perut yang sememnagnya dah boroi. huhu

lagi pun aku memang tak suka buat kija kat umah, sebabnya kat umah untuk aku luangkan masa dengan ES je. huhuhuhu

Ok lah aku nak sambung buat assigment. hari ni aku ada plan dengan ES. Harap2 jadilah plan aku dengan dia sebabnya aku memang tak nak duk office nie.. Nyampah tau..................

Tuesday 28 May 2013

0
Komen

HP Baru

Salam semua...

Aku memang moddy hari ini seperti mana dalam entry aku sebelum ni.
Aku memang trasa nak sleep tapi tetibe plak tak nagantuk
Tekok aku ni rasa loya semacam je.
Aku pun tak tahun lah kenapa
Nak tido tak terlelap lah plak.
Padahal hari ni kalau tido memang syok sebabnya tiada pengacau,. hahahah

Duk main2 game, teringat satu hal yang aku nak kongsi dengan semua
Ni bukan nak menunjuk tapi nak share tentang kesetiaan aku dengan hp lamaku. huhu
Walaupun ramai yang mengutuk hp aku ni tapi aku rasa sayang nak buang sebabnya memang selesa and tahan lama bateri dia..
Nak tau fon apa??????

bawah lagi


bawah lagi






bawah sikit je lagi.

cikit lagi


 So, bila hp ni dah nak terkubur dengan kerosakan yang teruk kat cover dia, aku bagitaw ES yang aku nak change cover.
Then ES bagitaw "baik xpayah yang. Beli je HP baru. Lagi pun cover dah mahal".

Aku memang nak HP baru cuma tunggu persetujuan dari ES je. ahhahahahaha

LOVE YOU SAYANGKU......

0
Komen

Moddy Sangat

Salam semua readers...
Especially husband aku yang memang sentiasa akan jadi reader pada blog wifenya yang tercinta nie.

Aku sekarang ni duk kat office.
Lepas aku g mengurut minggu lepas aku memang dah rasa macam badan aku ni hilang sikit sengal2.
Semalam aku rasa macam badan aku ni seram sejuk macam nak demam je
Before mandi aku suh laki ES peluk erat2 sebabnya nak bagi panaskan badan.
Semalam lepas je solat Maghrib memang ingat nak tunggu isyak, tapi aku memang tak boleh tahan mata aku ni sampaikan terlena ata riba dia.
Aku ingatkan saja nak baring2 and tak terpk lah plak nak tido.
(padahal time ni memang dah ambil pillow pun.huhuhu).
So aku tertido sampailah pukul 10 baru ES kejutkan untuk solat Isyak.

 lepas je solat aku memang terlelap yang teramat2.
Aku tak boleh nak buka mata dah pun. Sampailah ke Subuh.
Aku tak tahu kenapa sekarang ni memang tiap2 malam aku akan terjaga untuk kencing.
Aku pun heran. Padahal sebelum tido memang aku dah masuk toilet pun.

Pagi ni aku bangun dengan malasnya. Aku tak tahu kenapa tapi memang langsung tak de mood nak datang office apatah lagi nak bersiap2.
Aku memang rasa badan aku lain sangat2. Tak sedap badan.
Time aku solat Duha tadi tetiba je aku nangis.
Aku tak tahu kenapa tetiba je aku rasa macam tersentuh hati

ES baru kol kata dia buat kerja luar then terus balik umah.
Aku rasa nak menangis je sekarang ni sebabnya aku memang tak de hati nak duk office hari ni.
Perasaan aku macam mana pun tak tahu nak cita kat semua.
Rasanya tak boleh nak diluahkan.
Aku rasa macam nak nangis sangat2 hari ni and nak dipeluk je.

ES : sayang, honey buat kija luar ni. Sayang nak honey belikan air mineral? (ada kes aku nak air mineral ni)
Aku : Yup... Honey belikan air mineral erk. bukan air yang dirawat. Beli 2 botol
ES : Besar mana nak nie?
Aku : Yang 1.5 l 2 pun cukup.
ES : okey.. nanti honey belikan. Honey balik umah terus lepas habis kija nie.
Aku : Honey, cayang rasa macam nak balik umah je. Tak nak duk office nie.
ES : Amboi.... suka hati dia plak nak balik2 nie. Sayang bukan kerja macam honey.
Aku : Ok lah... Nanti habis kija tepon sayang semula taw.
ES : ok sayang. Nanti honey call k. Sayang, nasi tadi macam kurang sedap cikit. May b tak cukup bahan kot
Aku : Memang pun. Sayang pun tak leh telan tapi tak mau membazir terpaksa.
ES : hahahahaha... Bukan tak sedap cuma tak sos yang digunakan tak sedap.

Sos 2 sebenarnya aku yang belikan sebab nya aku ingatkan tertulis  ''CILI BOH". Sekali tengok..... "CILI SOS". So, semalam time masak aku gunakan lah cili sos nie. 2 lah yang rasa masakan aku lain cikit.
Memang bengang jugak lah aku rasa.
Kilang yang keluarkan sos 2 memang tak berhati perut

Dah lah cair teramat2 sosnya

Berbalik pada story aku... Kalau ikutkan hati nak je aku balik sekarang. Aku memang langsung tak de keinginan untuk datang office nie.
Aku tak tahu lah kenapa aku ada perasaan cam nie hari ni.
Aku bangun tido pun dalam pkul 6 tau hari ni
Before ni pkul 6 aku dah siap solat Subuh taw....

Perasaan aku sekrang ni memang sedih and sebak... Nak nangis rasanya

Monday 27 May 2013

0
Komen

Usaha Hamil Lagi

Before ni, aku pernah menaip tentang Usaha Hamil kan????????
Ni just sambungan je lah.

Actually, aku pernah juga scan kat doktor.
Time ni secara tak sengaja, aku n ES g kat Banting.  Klinik Dr Noridah (Pakar Sakit Puan).
Doktor ni memang lembut je orangnya and juga dia cam alim sikit.
bagi aku memang senang dengan dia walaupun ni adalah 1st time aku jumpa dia.
Aku minta dia scan kan rahim aku, n dia kata yang rahim aku nipis.
So, that's mean nak period pun tidak, and nak hamil memang tipis sangat2.

Aku pun mengiyakan je lah walaupun aku memang confius sebabnya Mok Teh (tukang urut) bagitau bahawa rahim aku menabal and menandakan dah lekat. Aku pun heran juga. Tapi time dia scan memang aku n ES tengok sendiri rahim aku nipis.

Lepas sebulan, aku try check plak kat Dr Jamieton. Dia ni pakar gak tau.. Gynea. Aku g tempat dia then dia kata rahim aku tebal. Tapi dia tak kata yang aku nak preggy sebabnya UPT aku negetive. So, dia pk yang aku nak period lah.

Aku pun confius jugak sebabnya aku tak de rasa2 nak period. Lepas dari 2 lah aku tak puas hati aku pun berurut dengan Mak Su-------------Kalau u all tak taw sapa Mak Teh and Mak Su, boleh baca entry aku before ni..

Before kahwin, aku miss period selama 9 bulan... YESSSS... 9 bulan beb...........
lama kan? aku memang pelik dengan peroid aku nie. katanya berat badan berlebihan, padahal time ni aku kurus kot. Then stress, tapi tak gak sebabnya aku rilex and tak sabar menanti untuk kahwin.. gataiiiiii

Aku pun heran dengan period aku nie. Then lepas je kahwin aku memang tekad untuk ubati segala penyakit aku nie. So, aku pergi umah kawan kak ipar aku
Orangnya memang baik and mak dia pun kenal dengan husband aku.
Time aku g, dia ada bagi jamu, so far lepas aku makan memang period aku datang
Dengan banyak nya. Melimpah ruah taw... Memang semua kuar time 2.
Aku tak teruskan sebabnya Kak Ros bagitaw yang jamu ni tak payah makan bila dah plan nak baby.
So now aku pun tak ambil dah lah.

Time aku nak makan jamu 2 memang ES aku dah nampak macam berat hati sebabnya takut time 2 aku dah lekat cumanya UPT tak dapat detec.
Maklumlah dia pun beria nak kan baby. Cian kat dia gak
Tapi aku ni memang terkenal dengan kedegilan. So, aku pun go on juga makan. Hehehehe

Lepas habis jamu and habis period, aku pun tunggu dengan harapan yang meninggi gunung. Tapi sampai now, period aku dah pun stop selama 2 bulan. Aku pun tak tahu lah apa cerita dengan period aku nie
So, now aku continue dengan berurut lah plak. tengok keadaan plak cam ner. Aku harap aku berjaya mengandung.

Kawan2 semua tolong doakan aku dapat baby cepat2 taw. Semoga kawan2 yang senasib dengan aku pun akan dapat berita gembira setelah pelbagai usaha telah dilakukan.
0
Komen

Usaha Hamil

Salam semua..
Aku rasa memang dah berkurun lamanya aku tak menaip blog aku nie.
Dah berdebu pun... huhu
Aku sebenarnya memang agak buk dengan kerja, kelas, assigment yang banyak dan juga keadaan sekeliling.
Aku memang rindu and teringin nak menaip hari2 tapi apakan dayanya.
Aku sebenarnya nak kongsi dengan u all semua usaha aku untuk mendapatkan zuriat.

Aku memang baru kahwin dalan 4 bulan lebih tapi bagi aku untuk mendapatkan zuriat memang nak cepat and kalau boleh aku memang ingin sekali untuk bunting pelamin. Aku memang usaha dari pelbagai sudut samada moden atau pun tradisional.
Member2 aku ada cakap...............
"kenapa nak cepat sangat? lagi pun kan baru kahwin"

Aku rasa nak je cakap cam ni.............
"U all ingat usaha skali je terus lekat ke???"

Tapi ES aku sentiasa mententeramkan aku. Aku bukannya nak think negative cumanya aku nak usaha and selebihnya aku memang berserah kepada Allah sebabnya semua dengan keizinanNya. Kalau memang dah tertulis bukan rezeki lagi memang tidak akan tiba lah. Setiap yang berlaku adalah datang dariNya. 2 memang aku percaya and apa yang aku pegang lah.

Sebelum ni aku memang ambil asid folic sebabnya orang kata asid folic memang bagus untuk persediaan mengandung. Kak ipar aku memang pernah suggest kat aku before aku kahwin lagi tapi je yang buat tak tau. bila dah kahwin baru lah terhegeh2 nak mencari asid folid ni. heheheh

Actually the big trouble pada aku ialah period yang tingtong... Memang period aku gini since aku dara lagi.
Lepas kahwin aku mengharapkan segalanya back to normal, tapi hampa sebabnya amsih lagi begini.
Tapi bagi aku tidak lah teruk sebabnya aku yakin Allah buat cam ni sebabnya nak bagi aku pahala dengan beribadat lebih.
Aku memang syukur dengan setiap kurniaan yang telah diberikan. Antaranya, Allah kurniaan aku Encik Suami yang amat2 lah memahami, sentiasa menyokong dan juga sentiasa ada dengan aku walau apa pun terjadi. 2 lah yang aku memang rasa epi and syukur sangat.

Then aku, rasanya dengan makan asid folic sahaja tidak mencukupi, so aku try lah berurut sebabnya pengalaman kak ipar aku yang dah 3 tahun tidak mempunyai zuriat, dengan izinNya dapat juga akhirnya.
So aku pun ambil pendekatan untuk berurut gak. B4 ni aku berurut dengan Mok Teh kat Kelantan. Aku g time aku balik PRU ari 2.
Time 2, Mok Teh kata peranakan aku macam lari sedikit, so dibetulkannya lah. Aku rasa dah ok pun sekrang, and yang paling aku suka Mok Teh kata
"peranakan awak ni bengkak. Kalau tak silap mok Teh memang akan lekat lah nie".

Bila aku search kat internet ada 2 sebab peranakan bengkak
1) nak period
2) memang akan lekat

Aku tunggu sampai lah period aku delay 2 bulan, tapi hasilnya negatif.
Yang menjadikan masalahnya semua tanda2 preggy memang ada and bukan aku je rasa, malah ES pun turut nampak berubahan yang ketara.

Aku rasa macam tidak sedap hati, so aku tanya cousin aku tentang tukang urut area KL memangdangkan aku duk sini. Senang lah untuk aku berulang nanti. Nama dia Mok Su. Tetap orang Kelantan gak. Time aku g berurut dengan dia pun, dia kata benda yang sama dengan Mok Teh. Aku pun heran gak. Peranakan bengkak tapi period pun tak, preggy pun tak gak. Entah apa lah dugaan Allah sebenarnya pada aku nie.

Apa2 pun aku memang berserah and tawakal pada Allah. Setiap kejadian hanya dari Dia. Dia lah yang tahu apa yang terbaik untuk aku and ES. So aku memang redha dengan segala yang terjadi.