Thursday 29 May 2014

0
Komen

Farewell Party

Salam semua... Isnin yang lepas
aku telah menghadiri 1 farewell Part yang telah
diadakan di sebuah restoran yang agak mewah jugak
bagi aku... hahahah
Padahal restoran biasa je pun.Yang penting, ianya bermakna
untuk aku and semua geng2 aku yang telah 
menganjurkannya

Actually ni bukan majli untuk aku je
Ni adalah majlis untuk ramai2 sebabnya
lepas je aku dapat posting, ramai lah plak
yang berjaya mengikut jejak langkah
aku kuar dari tempat tentera 2. hahaha
Nak berubah angin untuk bekerja dengan awam walaupaun 
pada hakikatnya still lagi dengan Kemeneterian
yang sama. hahahaha. Timba pengalama kata orang

Majlis ni telah dibuat kat area Setiawangsa
dekat je dengan opis aku.. huhuhu
Majlis ni untuk meraikan 
1)Kak ira
2) Aku
3)Khairul @ Izwan
4) Kak Ita

Ni antara geng2 yang akan posting, and juga
telah pun posting. Tak pe lah, yang penting
u all semua boleh buka baca blog aku
untuk tahu perkembangan aku dari semasa
ke semasa. hahahah.. 

Ni lah restoran yang aku..
Namanya BLACK CANYON COFFEE

Nama2 menu memang aku tak tahu sebabnya
yang order semuanya datang dari
Kak Ma. Aku and yang lain just
tadah perut je untuk makan. hahaha.
Ni adalah air aku. Nama apa pun lupa. huhuhu



Dari kiri : CC Bahrin yang sentiasa cool,
Kak Ma yang sentiasa bertindak sebagai
seorang kakak and last sekali CC Yati. Aku tak sempat
dengan dia tapi yang penting she is
very nice..

Ni plak Kak Nurul yang memang banyak
menemani aku kalau aku terpaksa
OT atau balik lambat. Dia lah yang selalu
ada dengan aku kat opis sampai
malam.. Thanks kak


Kak Ma lah orang yang paling bagi nasihat
kat aku sepanjang aku duk sana
Bukan setakat aku je, malah semua staff kot
And dia jugak lah antara orang yang
paling rajin memasak di opis.
Sehingga kan boss aku pun suka gila
kat masakah dia. hahahahha... weeeekkkk


Dari kiri : Kak Zu yang tak sentiasa menadah telinga bila
kena bebel kat boss. Orangnya sangat cool. Yang 2 plak Kak
Ira and dia pun ada blog jugak. Dia yang posting paling
awal diantara kami tapi still
contact lagi taw...Sebelah dia husband dia..
Senang2 boleh visit ke page dia Di Sini
 


Ni plak Kak Ita yang sangat lembut
and juga sangat lah setia
Tengah berdarah manis sebabnya tak lama
lagi dia nak naik pelamin dah...


Time kena dengan picture aku mesti buruk je muka
Hampeh betol lah sapa yang ambil picture ni
Actually Izwan yang aku tak kenalkan kat sini
sebabnya Izwan tak de plak pic dia
Izwan ni sifu kewangan kat MK Log taw.
Semua pekeliling dalam kepala otak dia
Tapi dia dapat posting balik
Kelantan. Rezeki dia lah dapat balik kampung awal



Kepada semua..... Thanks sangat sebabnya
menjadi seorang kawan yang sangat setia and
juga sangat baik sebabnya banyak beri bimbingan
and nasihat padaku.. Jangan lupa datang jenguk baby
nanti k. Rumahku sentiasa terbuka untuk anda semua. hahaha
Baby dalam perut pun tak sabar nak jumpa semua
sebabnya u all semuanya yang banyak menenang
time kena marah kat boss. hahahahahaha


Sunday 25 May 2014

0
Komen

Malaysia - France Defence 2014

Setelah duk unit baru aku rasa 
macam syok jugak sebabnya banyak benda baru yang 
aku boleh belajar. Sebelum ni aku just buat kewangan
Tapi kat tempat baru, aku buat kewangan sedikit
and juga buat juga tadbir. Macam menganjurkan
kursus pun memang still under aku jugak. 
Yang paling utama, aku boleh berhubung dengan 
orang2 dari negara luar sebabnya
bahagian aku ni banyak menganjurkan
mesyuarat dan berurusan dengan negara luar
untuk memantapkan lagi pertahanan negara

Ni kali pertama aku terlibat dengan 
seminar yang melibatkan antara
negara Malaysia dengan negara Peracis.
Memang syok lah sebabnya dapat borak2 dengan diorang
Baby dalam perot aku pun boleh lah belajar sama
Ni asyik cakap Kelantan and juga bahasa melayu je
heheheehhe..... 

Seminar ni telah berlangsung pada 19 May 2014 di
Wisma Perwira ATM kat KL jugak. Ni adalah seminar 
dimana Malaysia bergabung dengan Perancis untuk 
masing2 memantapkan pertahanan negara.
Yang paling syoknya, aku lucky draw tapi
as a organizer kami tak layak nak joint. 
Hampeh betol.......

Selai tu, ada juga melibatkan beberapa buah syarikat 
Malaysia yang memeng menjual @ mengeluarkan produk 
yang berkaitan dengan pertahanan. Macam contoh life jacket,
teropong and banyak lagi. 

Ni adalah beberapa orang wakil dari
Kedutaan Perancis di Malaysia
Hadiah cabutan bertuah adalah
1) Tiket penerbangan ke Paris (2ways)
2)2 sets Lorrie yang berharga RM 500.00 each

Ni name tag aku lah sebagai wakil dari Malaysia

Ni plak sebagai hadiah @ cenderamata yang dapat dari
pihak diorang. Semua dapat ni

Yang depan sekali ni (pakai spec) aku rasa orang
besar Kedutaan kot sebabnya aku boleh
nampak dia lah orang yang paling busy
and juga semua orang cari dia

Wakil dari Perancis and juga syarikat2 dari sana
untuk membuat hubungan 2 hala dimana melibatkan
pertahanan negara

Discussion about MH370. huhuhuhu

Aku suka tengok muka diorang sebabnya sangat cantik
and juga licin serta bebas jerawat.
Dah lah bentuk tubuh pun cantik.
Fuh....... dengar diorang borak dalam bahasa
diorang lagi best.
And diorang juga siap belajar sedikit
sebanyak bahasa melayu sebabnya diorangkan
kerja kat Kedutaan Perancis di Malaysia
Harus lah tahu bahasa sini.hehehehe


0
Komen

Mengidam Tepung Boko

Salam semua.. lamanya tak update.
Aku agak sibuk and walaupun tak sibuk
mana kat opis tetap tak boleh update sebabnya
tak dapat buka blog pun
So time balik rumah lah.
Aku plak sekarang ni bila je sampai umah
tetibe je badan jadi penat
Tapi sebagai isteri mithali aku tetap gagahkan diri untuk
membuat makan minum ES.
wahhhhh... puji diri sendiri
hahahaha

Sebelum dari tahu mengandung sampailah
sekarang ni, aku memang asyik mengidam 
makanan Kelantan je
Memang anak Kelantan tulin lah nampaknya ni
Aku pun pelik. Terbaru aku mengidam tepung boko
Tapi masalahnya aku tak tahu kat KL ni panggil apa
Bila aku kasi tahu budak opis, dia pun ajak aku g
cari kuih 2 area Kampung Baru.
Paham2 lah sanakan banyak jual makanan Kelantan.

Bila je aku sampai aku tak begitu teruja
sebabnya tepung boko yang aku nak
tak de. Actually ianya banyak warna
and yang aku nak tepung boko warna hijau
Yang ada warna kuning tapi still tepung boko
Yang tak bestnya kurang sedap sebabnya bukan asli
dalam daun pisang. Dia letak dalam bekas je.


Selain tu, aku jumpa jugak pulut bakar tapi aku
nak makan pulut bakr yang bentuknya bulat
Tapi rasanya memang sedap. Aku ingatkan satar tadi
tapi bila buka tengok pulut. Terus aku beli

Yang ni pulut jugak tapi official name dia memang aku
tak tahu lah. Aku beli banyak jugak sebabnya time ni ES
posa, boleh lah buat berbuka nanti
Kedai yang aku ni memang murah
Lupa plak nak snap picture kedai.
Boleh syorkan kepada sesiapa yang rasa
nak makan masakan Kelantan sebabnya kedai ni semua jenis
lauk2 and juga kuih Kelantan ada taw. 

Setelah dibuang kulitnya. Sedap sangat tapi
tak berminyak macam yang asli punya.
Memang minyak not good for me and my baby tapi memang
pulut ni berminyak baru syok.

Setelah dibuang kulitnya, ni lah dia
kat dalam dia inti sardin. Memang sedap.

Kepada sesiapa yang tak kenal, ni lah
Tepung Boko yang aku nak.
Masalanya aku nak warna hijau bukan warna kuning ni
AKu memang dah pk kalau tak jumpa jugak memang aku
buat sendiri je sebabnya aku tengok resipi agak mudah
hahahahaha


Monday 12 May 2014

0
Komen

Mee Boggo

Dah lama tak cerita pasal masakan
and share menu2 yang best kat sini kan?
hahahaha.. Padahal tak de lah best sangat pun
Sekadar masak untuk makan boleh lah.. 
Lagi pun sepanjang mengandung kebanyakkan ES
yang masuk dapur. Nasib baik dapat laki yang 
boleh masak jugak. Boleh aku menumpang senang. 
Tapi aku ni wife yang baik taw. Walaupun ES
boleh masak tapi tak pernah ambil kesempatan.
Awal mengandung sebabnya aku memang terasa tak larat
sangat2. Tapi now aku dah gagah and ES dah tak
masuk dapur lagi. 

ES plak sekarang tengah berdiet.
Tapi aku tengok badan dia sama je
hahahaha.... Tak nampak perubahan lah plak.
Tapi aku sebagai wife always support my husband
So, aku pun mesti lah menyediakan makanan yang berkhasiat
Beras pun bukan sebarangan. Minyak pun sama.
Yang penting keluarga kami sihat..

Ok.... hari ni aku nak share pasal resipi 
Mee Boggo... Aku tak tahu macam mana boleh dapat 
nama ni. Actually sekali pandang macam mee bandung
tapi tak sangat..

bawang merah - 5 ulas *
bawang putih - 3 ulas *
bawang besar - 1 biji *
cili kering - 5-9 tangkai *
ayam / daging/ fishball/ udang/kerang -ikut suka
sos tiram
sos cili
sos tomato
buah tomato 
garam dan gula
cuka - sedikit (tak letak pun ok)
sayur (kubis, sawi, lobak and ikut suka lagi)
Mee / spageti

1)Semua bahan yang bertanda * haruslah diblend dan ditumis
2)lepas 2 masukkan air 
3) Masukkan ayam/ daging
4) setelah nampak ianya sedikit mendidih, masukkan semua bahan2 lain kecuali tomato. Tomato mesti dimasukkan last sekali.

Mee / spageti boleh digunakan dan haruslah
direbus terlebih dahulu. Actually hari ni baru aku
cuba pakai spageti sebabnya aku langsung tak
ingat nak beli mee. Nak kol ES tapi rupanya 
aku sampai ES dah pun kat rumah. 

Taraaaa..... ni lah hasilnya.
Aku masukkan telor last sekali and aku tak kacau pun
Biarkan telor 2 jadi sebiji macam 2.
Baru lah syok.... ES kata sedap walaupun makan
dengan spageti. hahahaha

Nanti boleh lah u all plak mencuba masakan aku ni
Ni pun aku belajar dengan mama. Dia dapat
resipi dari mana pun aku tak pasti lah plak. huhuh

Selamat mencuba. 


Sunday 11 May 2014

0
Komen

Persiapan Barang Baby ke Hospital

Kandungan aku dah pun masuk 30 minggu.
Kalau nak dikirakan untuk bersalin,
tinggal 6 minggu je lagi sebabnya orang kata
36 minggu boleh bersalin. Tapi klu ikutkan doktor 
memang 40 minggu. 

Perasaan aku sekarang ni bercampur baur.
Happy sudah pasti lah tapi dalam
masa yang sama aku takut and gementar
untuk menyambut kelahiran baby baru
Dah lah ni anak sulong
Tak de pengalaman. Tapi aku selalu set dalam mind
aku yang ni adalah fitrah wanita
and setiap yang dikurniakan untuk
mengandung akan mengalami situasi yang sama
cuma yang membezakan mungkin 
bersalin normal atau secara operate.

Aku sentiasa berdoa agar dipermudahkan
untuk proses bersalin. Dah masuk 7 months ni
kebanyakkan barang keperluan untuk baby
aku dah settel.  Banyak jugak barang yang 
dah dibeli. Baju2 yang dah dibeli pun 
aku dah siap basuh and juga dah siap pack.
Aku pack awal sebabnya nak bersalin ni 
tak boleh nak jangka. Awal ke, lambat ke
Tambahan plak anak sulong. Aku pun tak tahu
macam mana rasa sakit nanti nak bersalin. huhu

Bila aku duk sembang dengan ES dia
pun naik seram and sentiasa bagi semangat kat aku
So far, barang untuk bersalin aku dah letak dalam 
kereta pun. Tapi untuk barang baby lah. 
Keperluan untuk aku belom pack lagi sebabnya
masih mencari beg yang susuai untuk dibawa kehospital.
Aku ada beg tarik utuk gi bercuti je. ahahahhaha
Beg kecil kena beli lah nampaknya.

Beg ni aku tak beli pun. Kakak aku yang dapat tahun lepas
masa dia bersalin kat anak buah aku. So, dah ada
malas nak buang duit beli yang baru. huhuhu

Kebanyakkan barang2 baby aku beli time baby fair
Ni aku rasa pakai time nak kuar dari ward kot
Yang selimut baby skali dengan kepala
Aku lupa lah plak namanya. hehehe

Aku bawa lebih kurang 5 pasang sarung kaki
and juga sarung tangan untuk kehospital.
Aku memang pack ikut warna baju dah. Bukan rembat je

3 helai barut perut baby.
Sekarang banyak dah yang cantik2. Zaman aku
kecil dulu warna putih je
Aku tak beli banyak sebabnya kakak aku punya lagi
selesa sebabnya mertua dia jahit. Dia simpan cantik lagi.
So, ambil yang dia punya je lah

2 helai sapu tangan

10 keping pampers.. Duk hospital tak lama
Orang kata lepas anak berak and kencing boleh keluar dah

Antara baju2 yang aku pack untuk dibawa ke hospital
Semua baju aku dah susun ikut keperluan
ES pun aku dah sedia maklum. BIla baby keluar
yang mana perlu diberi kat nurse untuk dipakai.


Yang ni nak pakai time keluar dari hospital.
Sebab 2 lah kena nampak macam meriah sikit
Sebabnya dah nak balik rumah. hahahahaa


Ni semuanya yang akan dibawa. Tapi aku tak de lah
bawa semuanya. Ni semua dalam botol besar.
So aku akan masukkan dalam botol yang kecil2
supaya senang nak bawa and juga nak letak kat rumah
pengasuh. Untuk aku guna kat rumah sendiri bukan dari
product ni. Dari Giffarine. Yang ni nanti aku story
kemudian k

Towel baby sehelai..

Ni je lah barang keperluan yang aku rasa perlu buat masa
sekarang. Kepada pembaca2 blog aku yang mungkin
rasa ada lagi keperluan lain yang patut aku bawa boleh lah
bagitaw. Aku ni dah lah tak de pengalaman.
Kebanyakkan aku google je. heheheh
So far baju2 aku just beli warna yang unisex sebabnya
aku tak tahu jantina anak. Ada doctor kata
girl and ada kata boy. Memang tak nampak
Baby malu nak tunjuk. SO, ES kata ambil warna yang
boleh dipakai semua.

0
Komen

Kesan Rumah Sewa

Sapa yang ada rumah sendiri and bagi sewa
kat orang???????????
cepat2 angkat tangan sebabnya aku nak share
kisah and pengalaman bagi sewa 
rumah kat orang yang tak bertanggungjawab
Kalau dapat kat orang yang bertanggungjawab
and jaga rumah ni macam rumah kita sendiri
tak kisah lah... Ni alkisahnya
buat rumah 2 macam kapal pecah je.

ES ada beli rumah and bagi sewa
kat orang. Bab bayaran memang sangat cantik and
aku memang suka. Tapi sepanjang dia menyewa tak de
lah plak aku gi jenguk rumah 2
dengan harapan semuanya ok 
Tambahan plak bayaran dia cantik. 
Never had any problem.
Lambat ke apa ke memang tak pernah lah.
Aku pun mengharapkan yang dia akan menyewa lama dengan aku
Lagi pun aku tak bimbang sangat sebabnya
aku memag ada agreement dengan diorang.
So, kalau berlaku ape2 tak ada back up lah.

Sekarang2, orang 2 decided nak keluar 
so aku pun kena lah pergi check 
keadaan rumah sebabnya nak pulangkan semula
depositnya.Aku memang kena teliti sebbanya
main dengan aset besar ni, kalau ada kerosakkan
banyak duit nak pakai. 

Aku memang amat terkejut dengan keadaan rumah yang
sangat teruk. DIorang memang dah pindah and
janji aku simpan and kemas rumah 2
Tapi masa aku gi jenguk diorang tak kemas lagi lah
May be sebab 2 lah aku nampak teruk sangat
keadaan rumah. Tapi aku memang bgtaw diorang
minta kemas sepertimana diorang masuk.

Aku memang tak mahu usik. Yang aku tahu 
mencari pengganti bagi menyewa rumah 2.
Aku dah deal dengan diorang kalau semua kerosakkan
diorang tak mahu baiki, deposit aku langsung
tak akan pulangkan sebabnya aku terkejut tengok 
rumah dalam keadaan macam 2.
Sebelum diorang masuk, aku dengan ES siap cat bagai2 
taw. Memang cantik sangat keadaan rumah.

Ni pintu bilik yang hancur. Dah lah ni master bedroom
Memang aku tak tahu lah apa yang penyewa ni
buat sampaikan pintu hampir pecah.
Bergaduh ke apa ke tak tahu lah.
Kebanyakkan kerosakkan berkaitan dengan pintu.

Ni plak pintu masuk utama rumah yang pecah
Diorang tumbuk ke macam mana ke aku tak pasti lah.
ES kata pening bila tengok keadaan rumah ni

ES dah bagitaw, kalau nak semula deposit make sure
change semua pintu yang rosak and juga baiki segala
kerosakkan yang ada. Kalau tak memang aku
tak bagilah deposit sebabnya nak beli pintu baru,
baiki paip yang rosak, nak upah orang pasang pintu lagi.
EEEEEEEEEEEEEEE... banyak jugak pakai duit
Aku akan pergi jenguk plak umah 2 minggu depan.
Kalau tak de simpan and change ape2 lagi memang
aku akan tarik dari deposit je lah.

Kepada penyewa lepas ni aku akan lebih teliti sebabnya
aku and ES rasanya dah serik taw. Dah lah banyak
duit yang dilabur keluar atas rumah ni
Tapi Alhamdulillah sebabnya lepas je aku iklan dalam mudah,
ramai yang call, tapi aku nak pastikan
keadaan rumah ok, baru lah nak bawa orang g jenguk rumah

Sesiapa yang berminat yang menyewa boleh lah emel kat aku
nurfarhana1418@gmail.com

Block B3-11-11, Lagoon Perdana,
Bandar Sunway, Sunway, Selangor..
3 bedrooms, 2 bathrooms
Berdekatan dengan kedai, lrt and highway,
berhadapan dengan Sunway Medical,
Sunway University and Taylor Universiti..


0
Komen

Berurusan dengan SYABAS

Salam semua.. 
hari ni aku nak bercerita mengenai
pengalaman aku dan ES berurus niaga dengan 
SYABAS. May be setiap orang mempunyai pengalaman
yang berbeze. Kisah ni berlaku pada 2 minggu lepas.

Aku dengan ES dah lah tengah kejar nak naik flight
pada waktu pagi sebabnya flight kami pkul 10.00am.
Tapi ada hal yang terpaksa kami settelkan dengan
SYABAS, so terpaksa kuar awal pagi untuk kesana dahulu.
SYABAS daerah mana tak perlu aku bgtaw sebabnya
aku tak mahu mengaibkan mana2 organisasi
Cumanya ianya menyakitkan hati aku dengan ES
Dah lah kami kejar nak ke LCCT lagi,
then bila sampai kat SYABAS
memang langsung tak de orang
Aku dengan ES je yang ada

Then ada lah beberapa orang staf dia yang aku
tengok memang dah ready
duk kat kaunter untuk berurusniaga.
Lagi pun time 2 bukannya kauter tak buka lagi. 
Malah dah ada orang yang berurusniaga sebelum aku
Memang aku rasa bengang dan sangat menyakitkan hati.
Aku tahu lah awal pagi, tapi kena ingat yang
u all semua makan gaji.
Masa aku sampai ada 4 kaunter yang dah dibuka
Tapi bila aku masuk, aku tengok ada beberapa orang
staf dia yang duk bersembang, duk potong kuku,
kemas meja and sebagainya. 

Betapa sakit hati aku rasa. Aku bukan apa, 
kalau pintu SYABAS masih tutup atau kami yang sampai
terlalu awal, lain cerita. Padahal tak de
orang langsung tapi aku dengan ES tunggu hampir 30 minit
untuk nombor giliran dipanggil.
 Boleh korang pk x apa yang diorang tengah buat
sedangkan tak de orang langsung. 

Tengok nombor aku... so maknanya dah ada
orang yang berurusan sebelum aku. Alamk......
sayang lah plak picture ni tak nampak waktu
aku duk kat SYABAS.

Cuba u all tengok.... orang ni dah lama duk d kaunter dia
Tapi bila aku tunggu je nombor dipanggil
aku tengok dia tengah kemas meja
and juga sembang dengan
kawan belakang dia
Menyakitkan hati betol aku tengok..


Lepas 2 boleh plak time ni nak potong kuku bagai2
Apasal lah tak buat je lepas kije ke, kat rumah ke
E........ so annoying aku rasa diorang ni
Kalau tak duk kat kaunter tak kisah

Tapi aku dengan ES nasib baik sebabnya kami dilayan
dengan baik dan juga kaunter yang kami dapat
sangat2 membantu. Malah, dia siap buat cepat2 aku punya
sebabnya ES bagitaw yang kami tengah kejar flight plak.
Hilang rasa marah aku dan ES kat diorang ni.

Harap kepada semua yang bekerja di kaunter
tolong lah tunjuk sikap yang molek and elok
untuk semua. Baru lah organisasi u all semua tak
dipandang teruk oleh masyarakat untuk berurusan.
NI boleh diibaratkan,
Sebab nilai setitik, rosak susu sebelanga..

Sebagai pengajaran untuk semua......