Tuesday 30 September 2014

0
Komen

LED Watch by MyDeal

Salam and selamat pagi semua...
Sekarang aku masih lagi syok menaip blog
sebabnya sekarang aku masih lagi
maternity leave. Bia dah masuk kije nanti tak de makna
dah nak update blog selalu. 
Dengan assigment lagi, anak, suami, kija...
Dah seorang isteri yang berjaya namanya ni. hahaha

Aku harap sangat akan akan jadi seorang
ibu yang berjaya, boleh dibanggakan oleh keluarga, 
taat dan juga solehah kepada suami serta anak aku.
Amin.....

Ok.... back to my entry. tak de kena mengena 
pun padahal. Saja je nak masukkan iklan diri sendiri
hahaha..
Memandangkan masa ES punya besday aku dalam pantang
kat Kelantan, so no present for him. Just kiss from far
huhuhu... So, lepas je aku balik KL, terus mencari hadiah
untuk ES. And memandangkan ES ada beberapa kali
sebut berkenan jam kat laman web My Deal
So far bagi aku memang berbaloi
sebabnya murah, branded and juga delivery
depan tangga rumah taw
hahahaha..

Jimat minyak korang tapi yang mungkin menyebabkan
tak puas hati sikit sebabnya kita tak boleh nak tengok
and juga belek2 product tersbut. Aku pun
ni baru first time belin on9 sebabnya aku lebih
suka pegang barang dulu baru lah nak beli. hehehe
Kalau baju, handbeg aku suka try2 and aku jugak jenis
yang payah berkenan pada sesuatu barang.

Ha.... ni lah jam yang aku beli untuk ES
memang lawa tau. Masa aku tengok pun sangat2
berkenan taw. ES hari 2 tahu je jam dia sampai
terus tak sabar nak balik kerja. hahaha

Ada warranty 3 years.. Boleh buat stopwatch,
tengok date, masa opkos lah. hahaha
Then boleh kunci jam.
Banyak lagi function yang ada cumanya aku je tak sempat
nak explore. ES plak memang tahu pakai je. Lagi pun
aku paham yang ES tengah sibuk sekarang ni. 

Bagi aku berbaloi sebabnya harga asal jam ni
RM 299.00 tapi aku just beli dengan harga RM 69.00 sahaja
Tapi bagi aku dan ES memang sangat2 berpuas hati dengan jam ni
Walaupun baru kali pertama beli on9 tapi product
yang aku dapat memang sangat puas hati.

0
Komen

Metal Toy Fair Warehouse

Hujung2 tahun ni banyak plak warehouse yang 
ada kat sekitar KL and Selangor ni.
Aku apa lagi... rebut lah peluang yang ada
Sekarang patang tengok apa2
yang berbaloi untuk aku beli.
hahahaha

Bukan untuk diri sendiri taw...
Untuk anak tercinta.
Looking something for Vee memandangkan dia
pun dah pandai nak main2 sekarang ni.
Aku memang langsung tak de beli mainan
sebelum ni sebabnya tak tahu anak kami ni
boy or girl. Mainan pun kenalah sesuai dengan
sex dia. hehehe... 
Ni bagi aku lah. Lain orang lain perception.
huhuhuu

Warehouse yang ni dia buat kat 
Petaling Jaya. Aku g sana pada hari Jumaat lepas
sebabnya Sabtu aku nak g warehouse yang
diadakan kat Setia Alam plak. hehehe


Sepanjang kat warehouse ni Vee memang tak sleep pun
Seronak kot dapat keluar. hehehe



Kalau sesiapa yang gilakan
berbasikal boleh lah datang sini
memang banyak choice sangat2. Dah lah cantik2


Ni plak bahagian baby set. Bagi aku ada
yang murah and ada jugak yang mahal.
Tapi memang lawa sangat2

Mainan yang dia jual memang banyak sangat2
Kalau anak yang memang suka rembat apa je memang
boleh habis ratusan ringgit jugak lah. hahaha



Ala.... comelnya... huhuhu
Teruja tengok mainan


Seronok Vee duk dalam ni????


Hasil yang dapat g sana. hahaha
Nampak macam tak berbaloikan????
rUpanya kat sana banyak mainan untuk
budak yang berusia 4 tahun keatas.
Memang banyak mainan untuk budak pompuan. Macam doll barbie
frozen and sebagainya.. tapi semuanya aku tengok tak sesuai
untuk Vee.

Last aku ambil flash card untuk Vee belajar. Boleh lah
dia belajar start dari sekarang. Harga yang murah sangat2
Aku pun rasa jugak tak berbaloi tempoh jem and juga
jauh. hahahahaha
Tapi tak pe lah, saja bagi Vee tengok dunia sikit.
Asyik terperap je. huhuhu

0
Komen

Little Whiz Warehouse Sale 2014

Salam semua... 
Aku nak share dengan u all semua
pasal warehouse yang aku pergi pada minggu lepas
Actually banyak sangat warehouse yang dibuat
tapi ongkosnya tak de sebabnya aku dah
buat pembayaran yuran pengajian aku bulan ni
Roadtex moto ES pun dah tamat gak

Nak dapat gaji kija sampai 30hari tapi
nak habiskan gaji dalam masa sehari je...
Duit ni betol2 ibarat air.
Lagi maju negara kita, lagi lah teruk
harga barangan sekarang.
Dulu aku ber2 memang tak kisah sangat
Sekarang ada sikecil ni banyak benda kena spent
untuk dia. Tapi tak pe, yang penting
anak aku sihat dan mendapat keperluan yang secukupnya
Sapa tak sayang anak. 

Nak dapt seorang pun pelbagai usaha
dilakukan. hehehhe.. Bila dapat anugerah Allah
ni kenalah jaga sebaik mungkin. Apa2 pun segalanya
haruslah mengikut kemampuan aku dan ES.
Tak boleh nak berbelanja sesuka hati sehingga
nanti kami plak terpaksa makan pasir. hahahahaha

So, bila ada warehouse macam ni perulu lah
rebut peluang yang ada. Warehouse kan memang
murah2 barangan dia. berbaloi sangat2 kalau 
beli barang kat warehouse macam ni.

Ni warehouse yang dilakukan oleh Little Whiz 
Barangan yang dia jual fuh..... memang
semuanya murah2 and juga lawa.
Gila aku dibuatnya. Tapi kena back kepada 
list yang telah dibuat. hahahahaha
Antara yang aku beli ialah product Tommie Tippe sebabnya
anak aku memang just nak botol ni je
Padahal before ni ada je beberapa botol susu jenama
lain yang aku beli. Tapi semuanya hampeh.
Nasib lah botol ni masa 2 aku beli 2 biji.

Ni botol susu 9oz aku belikan untuk anak buah aku
Murah gila sebabnya 2 set ni harganyaa RM 47.90.
Kiranya sebotol baru RM 23.00 sahaja.
Padahal 1 botol dia pun dah cukup mahal.

Korang nampak tak harga 2? RM 26.90????
2 adalah harga yang biasa dijual.
tapi masa warehouse ni harganya adalah RM 20.00 sahaja




Ni pun untuk anak buah aku. 12oz tapi sayangnya
tak de dalam warna pink. Cian kat kak yong...
Murah jugak. Harga terbaru RM 27.65 daripada harga asalnya
RM36.00 sebiji

Memandangkan vee dah hampir pandai nak
pegang barang2, so aku memang mencari
mainan yang ringan2 untuk dia pegang.
yang ni harganya cuma RM9.00 sahaja

Aku rasa harga untuk yang ni memang jelas
boleh nampak. SO tak perlulah aku nak bercerita lagi
Dari aku dalam pantang lagi memang niat nak beli
termometer ni. Bagi aku penting sebabnya nak pastikan
suhu badan anak aku. Tak de lah nanti aku jugak
bimbang jika aku rasa badan dia panas

Ni set yang aku belikan unntuk Vee.
Set pink lah sebabnya gegel. hehehe
 
Harga asal bagi set ni ilaah RM 229.00
tapi aku beli dengan harga RM 160.00 sahaja
Begitu murah.. So jangan lepaskan peluang yang ada
Antara yang ada dalam set ni u all boleh refer
pada picture diatas. hehehe
Kiranya 1 botol cuma jatuh pada harga RM 21.00 je lah

Thursday 18 September 2014

0
Komen

Matadata

Apakah metadata????????????????????
hahahaha..
Actually aku ketandusan idea tapi aku tetap
nak menaip something.
Tak pe lah...
Korang semua layan gambar2 je lah

Aku memang tak d benda untuk dikongsikan pun
Saja gatal nak upload photos je. hehehe

Rasanya Vee ni ikot muka ES kot
Lagi pun memang ramai gak yang kata hidung Vee
je ikot hidung aku


Alaaa.... sayang ngantuk erk?
Time ni bersiap nak g jalan2
Time cuti lah aku dan Vee boleh keluar sebabnya
ES kan kerja. Kalau hari lain memang just duk umah je lah


Ala.... comelnya. Next week masuk 2 bulan...
tak sabar nak tunggu Vee boleh borak2.
Boleh teman umi nanti


Tido mengalahkan orang besar
Cara tido dia memang sebijik macam ES
hahahaha...
Nampak benor tak senonoh ES tido


Pandai nak bergambar erk?
Tak dapat nak senyum sebabnya time ni tengah
ambil mood untuk tido. hehehe

Wednesday 17 September 2014

0
Komen

Yeah... A New Rocker

Minggu lepas aku ada buat makan2 sebabnya
keluarga ES nak datang. 
Kak long, kak ngah, pak teh semuanya nak
datang jenguk anak buah diorang yang
comel ni. huhuhu

Jadi memandangkan aku menjaga vee
ES lah yang masak. ES kan pandai bab2 masak
Lagi pun tekak family dia sama. hehehe
Memang semua menggemari masakan mertua aku
Hanya anak dia je masak akan jadi sama. 
AKu masak memang lain jadinya walaupun memang dah 
ikot semua resipi ma. So aku serahkan kepada yang pakar.

Aku lupa lah nak snap picture menu yang ES masak
untuk family dia. Memang special habis lah
Sampaikan kak ngah aku yang memang sentiasa diet pun 
boleh tambah2 taw. Adik ipar aku plak siap ada sencond round taw.
Memang power lah ES ni. Love u sayang. 
hehehehe

Menu pada hari 2 ialah sup tulang, ulam2, ayam goreng,
daging goreng and juga sambal...
Yang penting cara membuatkan and juga resepi rahsia
keluarga diorang. 2 yang jadi special. huhu
Korang nampak cam remeh je menu ni tapi
fuh..... memang boleh ambil tagline KFC lah...

Aku memang ditugaskan untuk menjaga Vee je

Yang bagi rocker ni kak long ES.. Lagi pun aku memang
berminat nak tengok benda ni kat babyfair nanti
Tapi nak beli ke x memang tengah memikirkannya.
huhuhuhu. Aku takut beli nanti xguna sangat
Rugi je lah. hehehe


Saya boleh tengok TV atas rocker ni...
Thank you aunty.



Cam seronok plak duk atas ni
banding duk atas tilam biasa. hehehe


Vee memang nampak cam seronok
duk atas ni. Terutama time dia tengok TV
Memang syok lah dia. Macam mam besar dah.
Comel je Vee duk atas ni.

Thanks aunty untuk rocker ni.
Sayang aunty banyak2....
Mmmmuuaaahhhh.....

0
Komen

Pegang Botol Sendiri

Salam semua....
Wah.. aku rasa syok sangat sebabnya aku 
dah back to normal
Time anak aku tido boleh lah nak berchatting2
nak menjenguk blog aku ni. hehehe
Lagi pun blog ni dah lama aku tak update ape
Time ada masa and ruang lah aku nak bersory mory. huhu

Anak aku tak sampai lagi 2 bulan. 
Minggu depan baru masuk 2 bulan, tapi nampak gaya
dia cam orang besar taw. Memandangkan aku
pam susu aku, so aku bagi dalam botol.
Tapi sekarang aku dah mix dengan susu formula.
Dia nampak macam dah pandai nak pegang botol sendiri
Aku memang suka tengok time dia menyusu
Dia minum susu sampai habis sampaikan 
kadang-kadang kena tambah sebabnya tak
cukup. Nak besar lagi ye anak....

Aku memang tak puas rasanya duk umah dengan dia
Tengok dia main2... tengok dia membesar depan mata aku
Memang syok sangat. Semua perkembangan dia
aku memang ambil kisah sebabnya aku nak pastikan
dia membesar dengan sempurna. 

Tengok lah tangan dia
Kemain lagi nak pegang botol sendiri.
Mata pandai plak pandang camera.
Bijak anak umi ni


Sunday 14 September 2014

0
Komen

Pilihan Nama Anak

Salam semua.....  
Tajuk entry aku kali ni ialah nama anak aku.
hehehe... Aku sebenarnya nak letak nama lain
yang memang dari sebelum aku kahwin lagi
mengimpikan nama 2. Last2 bila beranak nama lain
plak yang dibaginya. hehehe

Sebenarnya nama ni husband aku yang letak
Nama ni datang masa aku preggy 7 bulan
ES dapat mimpi. Dalam mimpi
dia ada senarai nama yang panjang,
then 1 nama ni dah lah bold, and sama besar dengan
ibu jari tangan. Masa ES story kat aku, 
aku layan kan je sebabnya aku kan dah ada pilahan sendiri
tak mahu lah percaya dengan mimpi dia 2
Aku memang dah niat nak letak nama yang aku pilih
Sebab kalau ikot orang tua-tua kalau 
dah niat and pilih tak letak takot
anak meragam ke, nangis ke... Tapi tak tahu la
Semuanya ketentuan Allah.

Bila dah masuk 38 minggu ES siap buat istikarah
nama mana yang patut bagi seandainya anak kami
memang anak perempuan. Lagi pun aku tak caya sangat
sebabnya kami kan tak tahu jantina anak.
Lepas je aku bersalin, ES memang nak jugak nama ni
Nak g buat surat beranak dia pun still bincang
adalah betul pilihan nama ni
Tapi ES kata dia yakin dengan nama ni

Last2 puteri kami bernama Nur Viana Dandra....
Seindah orangnya.. hehehe
Maksudnya adalah Cahaya Bidadari Syurga.
Nama yang aku nak sebelum ni adalah 
Nur Farah Irdina.. aku nak nama Farah ada kat 
anak perempuan sebabnya nama aku pun ada Farah jugak
So nak lah ada jugak Farah 2. hahahaha

Tapi tak pe lah.. Yang penting sekarang
semuanya dah selamat and surat beranak dia pun
dah buat.

2 Syawal... 9 hari

29 Hari... masa ni kat g sunat dia kat TMC - Kota Bharu

Ni plak yang lastest... 53 hari
Nak g makan umah kak angkat ES kat Dengkil.

ES bersama puterinya