Thursday 4 July 2013

0
Komen

Kursus Lagi

Assalamualaikum......

Sepertimana sedia maklum, aku telah menganjur 1 kursus pada 24 Jun 2013 yang lalu.
Kepada sesiapa yang tak tahu, boleh visit entry ni okey.Persiapan Kursus/Bengkel

Lagi sekali aku and the geng bakal menganjurkan kursus di Felda D saji. Actually kursus kali ni akan ada 2 siri. 1 bermalam and 1 lagi walk in. Aku perlu membuat survey bagi memastikan untuk buat kursus luar dari lembah klang mendapat sambutan.
Ye lah, diorang ni ada masalah anak, suami and bagai2. Tapi kalau mendapat sambutan aku dah pilih place yang nak g.hehe
Memang kena buat perancangan rapi sikit untuk yang ni sebabnya bermalam diasana.
So aku perlu membuat tinjauan lah dulu. Baggga???????
harus lah jugak cikit.heheh

Aku pun tak sangka dapat handle kursus walaupun masih baru dalam MINDEF ni. Kursus yang bakal dijalan ni pada 26-28 Ogos. Walk in okey.. Bukan overninght
Start pukul 8.00 pagi-4.30.
Persiapan yang dilakukan

  1. Minta quoatation daripa tempat yang kita nak buat bagi memastikan tempat2 yang dipilih memberi harga yang berpaptutan dan juga tempat yang menarik. Perlu 3 quotation bagi Sebutharga (Pekeliling Kerajaan).
  2. Menyediakan buku atucara majlis , memilih penceramah, modul dan juga tajuk yang bersesuaian.
  3. Memilih peserta (penting untuk tahu sapa peserta bagi menyesuaikan dengan tajuk)
  4. Perlu menghantar surat ke bahagian kewangan untuk meminta budget and juga mendapat kelulusan. Kalaun tak, macam mana nak bayar. 
  5. Keluarkan juga Arahan Pentadbiran. (penting untuk hantar surat pada peserta).
  6. Harus diingatkan untuk memohon kelulusan kewangan, perlu disertakan juga dengan Arahan Pentadbiran, Quotation, Atucara majlis, Sebutharaga yang dipilih.
  7. Hantar surat kepada tempat berkenaan secara official untuk memberitahu bahawasanya kami telah memilih tempat anda sebagai kursus yang bakal dijalankan.
  8. Setelah mendapat kelulusan kewangan, perlu menghantar surat jemputan/permohonan bantuan penceramah
  9. seminggu sebelum kursus perlu kol untuk membuat pengesahan tempat yang telah di book
  10. 2 hari sebelum perlu untuk site visit bagi tengok apa-apa lagi yang tertinggal.
  11. 1 hari sebelum perlu pergi lagi untuk membuat last tinjauan bagi memastikan semua yang diatur sebelum ini menjadi.

Pada hari kursus berlangsung, sebagai urusetia :
  1. Perlu datang lebih awal dari perserta
  2. Memastikan semua VIP, penceramah akan tiba dan menyambut kedatangan mereka
  3. Pastikan semua peserta masuk ke dewan baru mulakan acara
  4. Memilih MC dan pembaca doa yang bersesuaian dengan majlis
  5. Menyediakan meja pendaftaran
  6. Memastiakn semua kelengkapan yang diinginkan disediakan dengan selengkapnya.
  7. Bersama-sama peserta sepanjang kursus berlangsung
  8. Sebelum kursus tamat harus memberi borong survey untuk menilai tahap keberkesanan kursus ini

Setakat ni sahaja buat masa sekarang sebabnya aku bz.heheheh
Lagi pun sekarang surat permohonan untuk kewangan baru sahaja dihantar.
Segala perancangan akan ku ceritakan di blog ni k.
Kamu2 semua yang nak tahu cara buat kursus boleh terjah ke blog ni sebabnya bagi sektor kerajaan sama je prosedurnya

No comments: