Salam semua.. Sibuk kerja ke pagi2 ni?
Minggu lalu aku g majlis kesyukuran
rumah member ES kat Putrajaya
Then dengar2 kabar kat sana sedang berlangsung
Karnival Usahawan Desa (KUD).
Aku dengan ES terus plan nak g lah dah alang2 sampai
Bila je sampai kat sana, mak aiiiiiii
nak park kat mana ni? semuanya full je. Macam
tak de space untuk aku. hahahaha
Sebab 2 lah aku dengan ES lebih suka dengan moto je
kalau datang tempat2 cam ni
Tak payah nak pk park yang sememangnya akan terletak jauh
Sampai je sana, agak terpegun sebabnya besar juga
karnival ni. Sampaikan aku plak rasa lenguh kaki
nak jalan2. hahahah. Dah lah berheel taw.
ES siap kata, nanti jumpa selipar kat sana
beli lah terus. Mana lah ada selipar kat sini. Kalau
ada pun selipar teropah je kot.
ni kan karnival usahawan desa. hahahahahaha
|
Aku tengok ni memang terpegun sebabnya abang yang baju hijau
boleh buat dengan begitu cantik and
juga sangat lembut tangan dia taw
Akak yang tudung putih try buat tapi
tak berjaya. Caya lah bang |
|
Ni plak hasil batik. Boleh try buat kat sana. Aku tengok
akak 2 buat punya lah senang. Tapi memang susah
lah kot bagi orang yang tak berseni macam aku ni
nak melukis n mewarna batik.
Aku duk negeri Kelantan yang kaya dengan batik pun tak
pernah plak try. |
|
Fokus pic pada sebelah kiri dulu k. Ni dihasilkan oleh budak
IKBN yang sangat owesome bagi aku
sebabnya ni adalah cara pembakaran lemang yang sangat canggih
Kat bawah dia ada rill yang boleh buat lemang jadi masak
Api ada kat tengah2. So arang @ batang kayu akan di
masukkan ke tengah dan dikelilingi oleh lemang.
Yang kat sebelah kanan plak hasil tenun. Fuh....
berpeluk aku tengok dia buat. Satu2 beb2
I wonder now kenapa hasil tenun ni mahal
Payah weh nak siapkan 1 helai kain 2 |
|
Okeh.. Yang ni memang bagi aku sangat2 menarik
Aku memang teruja nak naik tapi ES tak bagi
Lagi pun nak naik ni kena buat pembelian RM 10.00 keatas
dan sertakan resit pembelian. Dapat lah kupon untuk naik ni
Sebenarnya banyak lagi ada, tapi 2 benda ni je
yang aku sempat snap. hehehehe |
|
Ni 1st time aku tengok aiskrim cam ni. Aku memang
tak pernah tengok lagi aiskrim yang digoncang2
untuk memastikan ianya benar2 dah keras. Tapi memandangkan
aku memang dah full, so aku langsung tak try.
ES je yang sarat memenuhkan perutnya dengan
mencuba pelbagai hidangan yang diberikan
secara percuma |
|
Time aku nak balik, aku macam terdengar suara Anuar Zain
Tapi aku ingatkan kaset sahaja. Last2 bila je aku tengok pentas
rupanya memang betol2 dia yang nyanyi.
Konsert dia malam 2, tapi tak kuasa aku nak menunggu
baik lah balik rest kat rumah je, ahhahaha
So, aku hanya ambil picture je
Bagi aku karnival KUD ni sangat lah bagus untuk
generasi akan datang supaya kenal dengan pelbagai
jenis produk dan keluaran desa yang semakin lama
semakin hilang di dunia. Walaupun negara dah modern tapi
hasil2 kreatif macam ni tinggi nilainya.
Pameran makanan juga turut dihidangkan
dibahagikan mengikut negeri masing2. Tapi aku tak terjah
kesana sebabnya perut dah full sampaikan nak jalan
pun tak larat dah. huhuhu |
No comments:
Post a Comment