Thursday, 31 October 2013

0
Komen

Penyelidik Di Arkib Negara Malaysia

Salam semua...
Semalam aku pergi Arkib Negara
Aku tak pernah jejak pun kesana
Aku g sana pun sebabnya aku nak siapkan assignment
yang telah diberikan and bahan2nya
memang terdapat di Arkib Negara sahaja.

Aku memang suprise sangat masa masuk Dewan Penyelidik
sebabnya aku tengok ramai penyelidik
yang sedang tengok bahan arkib yang bagi aku
sangatlah bernilai sebabnya kertas2 yang diorang
refer 2 semuanya dah berwarna kuning and juga
memang nampak keasliannya.
Terpesona aku dibuatnya.

Bila sampai sana, aku terus ke kaunter
pertanyaan and terus kita akan didaftarkan sebagai
penyelidik and secara automatik akan mendapat
KAD PENYELIDIK.. FREEEEEEEEE...
Bukan aku je dapat, ES pun dapat jugak taw.
Walaupun dia hanya meneman aku je.
Dah lah kad dia seumor hidup.



Sebelum masuk dalam dewan 2,
kita akan dibekalkan dengan buku peraturan
bagi memastikan kita semua mengikut peraturan.
Macam aku lah.... walaupun hati rasa cam nak je
ambil picture bahan2 dalam 2 akan juga pic keadaan
dalam dewan 2, tapi aku tetap menghormati
peraturan yang telah ditetapkan.
Baik tak aku?????

Semua barang2 kita harus ditinggalkan dalam locker
yang telah disediakan.
hanya boleh dibawa masuk hanya
PENSIL, BUKU NOTA and BEG DUIT.
Tu je yang dibenarkan
Buku yang bercetak memang tak dibenarkan.

Kita kan pergi ke tempat yang menyimpan
bahan2 lama, of course lah kena jaga elok2.
Nanti generasi bawah kita plak yang nak guna
Tak gitu?????

Sebenarnya tak lah susah sangat pun cari
ARkib ni. Kalau siapa yang tak kenal,
Boleh cari Stesen Bas Jalan Duta,
hanya berdepan sahaja.


No comments: