Sunday 19 October 2014

0
Komen

Pecah Rumah

Masa Raya Haji ari 2, rumah aku kena masuk pencuri
Rumah aku yang kat Kelantan
Sebabnya my mum balik kampung, aku plak
tido umah ES and kak long balik umah sendiri
So, rumah aku memang 0 lah. 
Tapi papa memang dah pasang lampu.
Mungkin lah perasan sebabnya tak de kereta.

Mama kol aku pagi2 lagi sebabnya 
umah ES dekat je dengan umah aku. Dalam 10 minit boleh sampai
Malam 2 aku plak silence telipon sebabnya aku
letak hp dekat dengan Vee. So masa mama kol berkali2
memang tak dengar lah. Hp ES pun sama. hahaha
Masa nak bangun solat subuh dalam pukul 6.30
and bersiap sebab nak gerak balik KL, 
aku terpandang HP aku yang meyala2. Terus aku
ambil and tengok banyak miskol.

Aku buka wassup terkejut lah baca. Aku tinggal Vee dengan
MIL and terus balik rumah. Nenek aku belah papa duk 1 taman
and dia lah orang yang paling awal sampai
Kejadian ni disedari jiran aku yang sememangnya tahu
kami balik kampung. Dia lalu and tengok pintu depan
rumah terbuka. Terus dia kol mama. 
Masa aku sampai terkejut sangat aku tengok dengan keadaan
rumah yang sangat2 berselerak. Pencuri ni memang 100% focus
pada bilik sahaja sebabnya dapur and tempat lain memang
dia tak kacau pun.

Kat mana ada laci semuanya disepahkan

Ni kat bawah. Kat ruang tamu tempat tengok TV.
Dalam laci ni just ada surat2 je. And juga
bedak, telipon lama yang rosak. Memang
benda berharga tak de pun

Ni keadaan dalam bilik aunty aku dengan adik.
Memang teruk disepahkan



Ni kat bilik pakaian. Memang tak de apa jugak
Yang ada cuma pakaian2 papa,mama aku and adik
Serta cadar2 pengantin je lah

Ni plak keadaan dalam bilik mama. Nampak tak kaki 2?
2 kaki ES yang sedang mencari cop jari. hahahaha


Memandangkan bilik kak long paling banyak barang
so bilik ni lah yang paling teruk disepahkan
Banyak sangat kain baju kak long yang dikeluarkan
dari almari


Apa yang tak de??????????//
Yes.... TV... bilik mama and juga kat bawah ni
Barang lain berharga yang hilang ada juga.
Kami just berserah and memikirkan kearah positif
walaupun hati membara. hahahaha
Lagi pun mungkin ada hikmahnya

Pada malam keesokkanya plak jiran aku plak
yang kena. Dia park kete kat tepi rumah dia sebabnya dia
ada 2 biji kerete and tak muat porch.
Yang menariknya, minyak kereta pun diorang pam keluar,
radio, TV and smua barang berharga
diambilnya, Kejadian ni berlaku malam sebabnya
bila jiran aku nak keluar g keja terkejut tengok keadaan
kereta dia. Aku tak pasti dipecahkan
cermin @ macam mana. Aku tahu pun melalui adik aku
sebagai pemberita TV1. hahahaha

Suspek2 utama dalam kes ni sudah di laporkan
kepada pihak polis. Biar diorang buat kerja diorang lah plak
Aku harap kepada pencuri tersebut insaf lah sebelum
ajal maut menjemput. 

No comments: