Sunday 28 December 2014

0
Komen

Banjir di Kelantan 2014

Assalamualaikum...
Aku rasa ramai bloggers yang memang dah sedia maklum
aku ni orang kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang
Sekarang, negeri aku kecoh dengan banjir besar yang 
melanda negeri itu.
Aku duk KL and memang pk kan dangat keadaan
semua mangsa2 banjir and terumatamanya
parents serta saudara mara aku yang menghadapi bencana ini
Aku memang tak sangka sebabnya Kelantan memang
tiap2 tahun negeri yang dilanda banjir
tapi ni kali pertama dalam sejarah
banjir seteruk ni melanda.


Tapi berita langsung tak tunjukkan keadaan sebenar yang berlaku
Picture yang aku nak share adalah pic original dari
sepupu2 aku and juga saudara mara aku
yang tersangkut dipusat-pusat pemindahan. Ada juga saudara aku
yang terpaksa berteduh diatas bukit..
Ya Allah sungguh besar ujian Mu kali ni bagi kami semua.

Pictures yang korang tengok ni adalah dari sumber yang sahih
Aku bekerja di MINDEF dan hanya boleh membekalkan
sumbangan dari segi memberi maklumat kepada tentera2
dan kem2 yang berdekatan untuk mengambil sesiapa sahaja
yang aku tahu tersangkut atau memerlukan makanan
Aku nak balik kampung memberi bantuan tapi masalahnya
aku ada anak kecil dan tidak mempunyai kudrat 

Ni di Sungai Durian - Kuala Krai...
Ni picture yang dihantar sendiri oleh abang ipar aku
Dia sangkut di Kuala Krai tapi alhamdulillah dia selamat

Waktu ni air masih lagi tak banyak. Tak silap aku ni
tarikh 23 Disember 2014. Air naik medadak pada 24 Disember dan juga pada 25 Disember..... Dimana semua orang yang memberi
bantuan???? Dimana?????

Bot yang digunakan hanyalah bot orang kampung yang
tidak mampu untuk melawan arus yang begitu kuat
Tapi semangat untuk menyelamatkan sesama Umat amat besar
sehinggakan diorang sanggup melawan arus jugak
sebab pk kan keselamat masing2

Ni aku akui bukan picture dari sedara aku tapi dari
member aku. Mak saudara dia yang hantar. Gambar masjid kristal

Ni berhampiran dengan Hotel Ridel sebelah sungai Kelantan.
Air naik dari limpahan Sungai Kelantan and mengakibatkan
seluruh Kota Bharu banjir.
Picture ni adik aku yang ambil picture. Masa ni dia masih lagi
boleh lalu dengan kenderaan ringan

Bulatan Masjid Muhammaddi...

Kat sini semua orang tahu kan? Air sampai sini dan sekarang ni
air makin dalam sehingga laluan telah ditutup

Kalau tadi u all tengok picture di hadapan Hotel Ridel,
sekarang keadaan dibelakang hotel plak.
Yang terbentang luas ialah sungai kelantan
akan tetapi ia telah melimpah dan menyebabkan air telah
naik ke darat.
Padahal jauh sangat2 kalau tengok picture sebelum banjir


Ni adalah Restoran Kapal bersebelah dengan Tesco Kota Bharu
Restoran ni memang betol2 bersebelahan dengan sungai kelantan.
Tapi sekarang tengok lah keadaan kejadian sebenar

Ni berhampiran dengan sungai kelantan jugak.
And untuk pengetahuan semua, ni adalah picture
sebelum banjir besar sampai ke Kota Bharu.
Ada u all semua nampak berita tunjuk keadaan ni? Mesti tak de kan???
Tapi sebenarnya ni lah hakikat air banjir yang melanda
KB..

No comments: