Sunday 28 December 2014

0
Komen

Banjir Di Kelantan - part 2

Perbualan aku dengan pihak IPK Tanah Merah

A :Saya perlukan bantuan ke Kusial Bharu kerana mak saudara
   saya sekarang ni sangkut di rumah sendiri and air
   telah naik sehingga ke paras pinggang. Mohon pihak polis
   menghantar bantuan ke sana dengan kadar segera
   kerana terdapat seramai 100 orang bersama mak saudara saya.
P :Puan, kami minta maaf sebabnya ni dah malam and bot kami tak        jalan malam.

Apa u all aspect? Ni bukan cerita tipu
tapi ni cerita yang aku sendiri kol sebabnya nak menyelamatkan
mak saudara serta orang kampung yang masih lagi tidak dipindahkan
ke pusat pemindahan di Kusial Bharu, Kelantan.

Aku sedih sangat2 terima jawapan macam ni sedangkan air 
makin naik. Kusial Bharu hanya dipunggah oleh bot orang
kampung yang tidak mempunyai minyak yang cukup 
untuk punggah semua orang kampung. Aku memang sedih sangat2
Sebabnya mak saudara aku ni adalah orang yang rapat dengan
aku. Sedaya upay aku cuba untuk menyelamatkan semua orang

Last sekali aku terpaksa call secara personal ke 
seorang tentera yang bertugas di Kem Desa Pahlawan dan juga di
Kem Tanah Merah. Setelah tu, baru aku dapat tahu
dari pak saudara aku yang kebanyakkan mangsa telah pun
di pindahkan ke pusat pemindahan. Sampai macam 2 sekali????
Come on lah... ni melibatkan nyawa... jangan lah sampaikan
nak pk pasal pihak atasan atau apa. Kalau orang kampung
yang memang tidak kenal sesiapa macam mana?

Keadaan perumahan kampung kusial bharu.
U all semua ada nampak dalam berita pasal ini????

Kereta waja itu ialah kereta abang ipar aku
Ni rumah kakak aku kat Taman Harmoni Tanah Merah.
Masa ni abag ipar aku balik untuk menyelamatkan
keretanya dari tenggelam banjir. 

Keadaan ni sebelum banjir yang teruk. Abang ipar aku 2.
Balik untuk tengok apa2 benda yang boleh diambil
Tapi semua barang2 penting kak long and abang ipar aku
telah simpan




Ni adalah picture sebenar yang berlaku di kampung kusial bharu
Tanah Merah.. and untuk pengetahuan semua, boat kecil ini lah
yang banyak menyumbang jasa untuk membantu menyelamatkan
orang kampung. Untuk memindahkan orang kampung ke tempat yang
lebih tinggi

Kawasan sekitar rumah kak long aku pada sebelah petang
Nasib baik dia sempat balik ambil kereta dia

Korang boleh nampak x air yang nak mencecah sampai
ke bumbung rumah????? And yes... ni rumah kak long aku.

Ni adalah picture dari atas masjid kusial bharu. Sumber ni
aku dapat dari saudara aku yang terperangkap
kat masjid kusial bharu ni.
Segala info and perkembangan aku dapat dari dia. Tengok lah seluruh kampung penuh dengan air. Tak tahu nak cajap apa.
Allahuakbar...
Dugaan Allah untuk hambaNya

Ni pada hai mula-mula banjir. Air masih lagi paras kaki and
ni semua orang kampung yang terpaksa bertahan di sini demi menyelamatkan nyawa masing-masing
Bekalan makanan juga terputus





Ni keadaan di masjid pada 24 Disember 2014. Air mula naik
sehingga ke paras lutut.
Orang kampung terpaksa bertahan 

Bagi kanak-kanak and warga emas akan ditempatkan
di tingkat 2 masjid bagi memastikan keselamatan mereka




Sekolah Tahfiz Kusial Baru, Tanah Merah, kelantan


Alhamdulillah akhirnya bantuan dari Perantau Kusial
dan juga sumbangan dari CIMB Bank Bangsar tiba di kamoung
ini untuk memberi bantuan makanan kepada mereka.

Walaupun arus deras tapi demi menyelamatkan orang kampung
and juga saudara mara,
mereka sanggup meredah arus yang bolh dikatakan agak deras.
Mereka menggunakan bot bomba yang telah disediakan bagi menghantar
bekalan makanan. Ramai sukarlawan yang memberikan bantuan.

Hanya Allah yang layak membalas segala jasa baik
orang yang telah memberi bantuan ini.


No comments: