Sunday 28 December 2014

0
Komen

Tahniah The Red Warrior Lembah Klang

Pada malam Kelantan dinaiki air yang begitu teruk,
kumpulan TRW Lembah Klang telah membuat keputusan untuk
menolong dan membantu golongan mangsa banjir
di pedalaman dimana kami semua dipahamkan makana tidak sampai
ke sana. Oleh yang demikian, bantuan yang bawakan 
oleh TRW Lembah Klang mnuju ke daerah pedalaman seperti
Kuala Krai dan juga Gua Musang

Mereka telah berjaya mengumpul sumbangan dari orang ramai
pada 1 malam sahaja akan tetapi sumbangan
yang diterima mamemang tidak sangka 
dan mereka berjaya memuatkan semua barangan tersebut kedalam 
2 buat trela. Tahniah kepada semua rakyat yang sangat
prihatin dan sumbangan mereka hanya Allah yang mampu
untuk membalasnya.

TRW Lembah Klang memang sangat gagah untuk menjayakan 
misi kerana tidak tahan melihat sengsara yang 
dihadapi oleh orang Kelantan terutamanaya dipedalaman dimana
bantuan ditidak sampai disana. Mereka akan cuba semua alternatif
untuk memasuki kekawasan pedalam bagi memastikan
mereka tidak mati kelaparan.



Ahli TRW Lembah Klang yang diketuai oleh
Faizal - dua dari kanan

Tengok lah sumbangan yang berjaya mereka bawa.


Orang kuat TRW Lembah Klang - Faizal


Semua usaha yang dilakukan amat lah berbaloi kerana
penghantaran dihantar sendiri oleh mereka dan
tiada pihak ke 3. Syabas anak2 Kelantan yang bergabung tenaga
dan juga sanggup membahayakan diri sendiri demi menyelamatkan
nyawa bayi2, kanak2 serta warga emas.
Semoga Allah memudahkan semua urusan mereka

No comments: