Salam weekend semua.
Weekend ni adalah weekend aku yang paling boring sebabnya aku terpaksa siapkan assignment yang bertimbun. hahaha.
Padahal bukan lah banyak. 1 je cumanya memang memerlukan kesabaran yang tinggi untuk buatnya. Mana tak nya 2 hari berturut2 buat. Ni baru je siap, 2 lah baru boleh jenguk blog nie.
Aku and ES memang langsung tak kuar. Just duk umah je. ES lagi lah suka sebabnya ES bukan jenis yang kuar tak tentu pasal. Sabtu petang je aku kuar g Hero Ampang sebabnya aku g beli barang2 dapur yang dah kehabisan.
Jumaat malam aku kuar g downtown The Mines sebabnya nak g cari barang.hehe.
Aku memang lapa gila2 bila sampai sana, Terus aku decided nak makan steamboat. Last2 sampai je sana aku rasa macam nak makan nasi lah plak. Mengada betol perut aku ni. Sampai bila lah perut aku nak kecil kalau asyik macam nie je. hehehe.
Banyak jugak steamboat yang ES ambil.
Tapi aku lupa nak snap dlu. LAst2 yang ada cuma lidi je.
2 pun ES yang tanya
"Sayang, nape tak ambil gambar dulu sebelum makan?".
Aku memang lupa lah. ES lah yang asyik ingatkan aku pada semua benda untuk di snapkan dulu. Macam ni blog dia plak. heheheh
tengok lah apa yang kami makan. Memang banyak jugak taw. Lupa nak ambil before makan. |
Bila ES tanya baru teringat and terpaksa lah snap pic lidi je yang tinggal. hahaha. Isinya dah masuk dalam perut kami yang besar nie. huhu |
Barang sebenar yang aku cari ialah beg handphone.
Macam mana nak bercerita erk??? aku tak tahu apa namanya sebab aku panggil beg phone je.heheheheh. aku kena tanya cik google. Jap erk.... Nak search..
Aku dengan muka slamber memang kata OK. hahah
So, aku jalan2 and jumpa lah beg ni dengan harga RM 15.00.
So apa lagi, rembat je lah. Dah lah murah. jauh beza dengan kedai yang aku masuk mula2 tadi.
No comments:
Post a Comment