Salam Isnin untuk semua...
Hari ini aku nak kongsi tentang minyak ni. Aku tak tahu lah plak u all pernah tengok @ dengar nama minyak ni. Seikhlas hati, aku memang tak pernah tengok, jumpa, selisih atau dengar minyak ni before.
Ok, aku dapat tahu tentang minyak ni time aku g berurut dengan Moksu.
Dia memang mengurut pakai minyak ni. Moksu tak bagi sapu sebarang minyak angin kat perut sebabnya minyak angin terlampau panas untuk rahim.
Boleh merosakkan rahim. Aku pun tak pasti betul ke tak.
Tapi aku memang tak pernah sapu minyak ape2 kat perot kecuali pati halia- padahal panas gak. huhu
Moksu campurkan Jerselin oil ni dengan minyak bunga matahari.
Minyak bunga matahari ni pun aku tak pernah tengok... Bukan jakun erk, tapi aku memang tak pernah beli minyak ape2 kecuali minyak masak. hahahahahah
Aku dah tanya pak cik google untuk pic minyak ni tapi xdapat lah.
U all boleh dapatkan di guardian. Minyak Jerselin ni tak pasti plak kat mana boleh dapat since aku beli dengan Moksu Je.
Memang wangi and aku suka. Tak de lah bau minyak panas yang biasa orang mengurut.
Lepas mengurut tak payah mandi pun tak pe sebabnya dah wangi.
Waktu nak balik, aku beli sebotol sebabnya banyak yang teramat2 khasiat dia.
Memang mahal lah gak sebabnya RM 30.00 untuk botol seperti mana dalam pic 2.
Tapi bagi aku and ES duit boleh cari, yang penting kesihatan. huhu
Aku dah guna sendiri and memang aku akui kesannya.
Seluruh badan boleh disapu.
Pada tempat2 tertentu pun boleh. Tak de memudaratkan ape2 pun.
Dalam dia terdapat banyak sangat khasiat. Tambahan lagi ada Habatulsauda.
Bukan aku je pakai, tapi ES jugak. Kalau u all beli and baca sendiri kelebihan dia memang bagus
Kalau aku nak cerita segan jugak sebabnya ada jugak yang sulit2. hehehehe
Bagi orang yang memang idamkan zuriat, aku rasa boleh cuba.
Lagi pun bagi Moksu, dia tak nak letak minyak Yuyie(tak sure how to spell it) kat perot baby.
Tapi suh guna minyak ni sebabnya tak panas and juga memang bagus untuk kulit lembut macam baby.
Dapat bayangkan tak minyak 2???? Tak pe, aku tepek pic ni kat bawah..
Haaaaaaaaaaaa........... ni dia minyak nya.
Moksu kata bagi orang cina memang ianya molek, tapi bagi dia tak nak
Aku pun rasa nak gunakan Jerselin Oil untuk anak aku
Lagi pun aku sebagai ibu, of course nak yang the best for my baby.
Aku sendiri dah rasa kesan dari menggunakan Jerselin Oil ni
Aku memang tahu yang minyak ni panas, sebab 2 kalau sapu kat perut baby tak leh banyak2
Tapi yang ni memang langsung tak de rasa. Macam biasa je.
Aku bukan nak promote ape2 tau, sekadar berkongsi lah apa yang aku tahu
Lagi pun husband aku sendiri bising kat aku bila aku beli 1 je
Time ada sakit ke apa2 ke kat office, minyak 2 kat umah
Dia siap suh beli 1 lagi letak dalam handbeg
Untuk pengetahuan semua, minyak ni tak boleh dilangkah sebabnya ada bacaan Quran.
No comments:
Post a Comment