Wednesday, 19 June 2013

0
Komen

Jumpa Bunga Baru Jumpa Wife

Salam semua..

pelik tak tajuk entry aku kali nie? hehehe
Sebenarnya ni nak bercerita tentang ES.
Dia kan memang minat dengan gardening berbanding dengan aku.
Aku memang langsung tak de minat.heheh

ES siap boleh cakap2 dengan tanaman dia tau
Nampak x yang ES aku penyayang? hahahahahah
Harap2 sampai ke Syurga kasih sayang dia terhadap aku and juga makhluk Allah di dunia ini.
AMinnn...

Semalam dia balik lambat sebabnya dia g jog.
Entry lepas kan aku ada story morry yang dia nak diet dengan makan sup sayur je.
So, semalam dia g jog kat Stadium Kajang. Lama gak aku tunggu dia.
Tapi bila sampai umah, lepas je buang helmet, terus dia jenguk garden dia berbanding dengan aku. Jahat betol. perasaan macam nak merajuk je.  :(
Dah lah aku tunggu dia, last2 garden jugak yang dicari.

tengok lah, belum sempat buang kasut lagi. Terus siram bunga2 dia
Tapi memang ada hasil pun dari tanaman ES ni
Pokok lada dia kami dah boleh petik and makan
Tak pelu nak g Cameron pun. hahaha.
Kat umah kami pun segar

Kan aku dah kata, tak sempat masuk umah
Barang2 kija pun ada lagi kat moto


Aku tercegat je kat pintu nak sambut. Ingatkan dah siap siram nak masuk
Alih2 buh baja plak bunga dia
Memang sayangkan kehijauan lah betol lah ES ni
Lagi pun memang father in law aku jenis suka tanam2
So gen dia pergi kat suami aku lah. hehhehe
Tak pe, at least segar jugak area umah aku nie. Tak de lah macam duk bandar yang langsung tak de tanam2 kawasan umah. heheh


No comments: