Wahhhhh... Macam hebat semacam je diri ni.
hehehhe. Bukan nak bangga diri cumanya aku terasa bangga dengan diri aku.
Kalau u all baca aku punya entry before nie, tentu u all tau yang hari ni aku kena submit assignment and juga ada presentation.
Aku dapat juga present dengan jayanya assignment aku walaupun aku buat seorang.
Aku tanya member2 aku, diorang kata yang diorang pun pening nak buat macam mana and juga rasa macam tak mau buat. Ada 1 group yang langsung tak buat sebabnya tak tahu bahawasanya submision date hari ni. Aku pun tau secara tak sengaja gak. Aku plak nasib baik berjaya juga buat walaupun penat teramat2 semalam.
Ada 1 lagi assignment tapi ni kena submit 23 June nanti. And ada seorang akak kelas aku siap ajak aku joint group dia sebabnya ni pun group projek jugak
Memang aku tak sangka lah sebabnya before ni ada juga 1 group pojek and aku buat sendiri jugak. hahaha
May be akak ni nampak yang aku ni boleh diharap bila dengan assignment and juga komitmen aku tinggi. hehehe
Bukan nak kata aku sombong tapi masalahnya bila buat group projek dengan student PJJ yang tinggal jauh and susah nak jumpa ni memang beban lah sikit. Tapi bila akak ni plawa aku joint group diorang, aku pun ikut je lah sebabnya akak ni nampak ok and juga tak de masalah. So aku setuju je lah. Aku dah buat dah actually assignment ni. Cumanya belum siap sepenuhnya lagi. Dalam 60% dah siap. Ni adalah last assignment aku untuk sem ni. Aku exam pada 8 Julai untuk 1 paper je. Aku tak sabar nak habis study. Tambahan nanti aku pregnant harap tak lah alahan teruk sebabnya aku tak nak lagi extend.
No comments:
Post a Comment